Followers

AQSA2GAZA3

Showing posts with label bickut famous amos. Show all posts
Showing posts with label bickut famous amos. Show all posts

Tuesday, August 13, 2013

Salam Cookies Lebaran











Assalamualaikum


Dah 5 Syawal baru la berkesempatan nak buat entri baru
Sebelum ni bukan nye tak sempat, tapi tunggu mood berblogging yang tak kunjung tiba.

Kali ni mood tiba bersama-sama semangat nak buat cookies ala famous amos gitu kiki


Resipi ni Farah refer kat sini
dan menurut penulis blog tu, dia ambil resipi ni dari Chef Wan. (patut la sedap kiki)

Bahan-bahannya ialah:

1.  1 cawan mentega tanpa garam. (Farah guna 2 cawan)
2.  1 cawan gula castor (Farah kurangkan ke 3/4 cawan)
3.  1 cawan gula perang 
4.  1 biji telur
5.  1 sudu teh esen vanila
6.  1/3 cawan serbuk koko
7.  2 sudu besar susu segar (Farah guna susu HL je)
8.  1 3/4 cawan tepung gandum (yang diayak)
9.  1/4 sudu teh soda bikarbonat
10.  70 gm buah kurma (yang ni Farah tak masukkan sebab tak dapat cari kurma time-time ni huhu)
11.  Walnut, almond dan chocolate cip. Yang ni masuk la ikut suka korang nak letak banyak mana.

Step 1 (Bekas A)

1. Pukul mentega pada kelajuan tinggi. (Guna mesin pengadun putar). 
2. Tambah esen vanila, gula castor dan gula perang, pukul hingga adunan gebu.
3. Masukkan telur. (Sila basuh dulu ye sebelum dipecahkan. Lebih elok pecah siap-siap letak dalam mangkuk.)
4. Kurangkan kelajuan pada aras lebih rendah dan masukkan serbuk koko diikuti susu segar sambil adunan masih dipukul

Step 2 (Bekas B)

1. Pukul tepung gandum, soda bikarbonat hingga rata. (Guna senduk kayu je)
2. Campur chocolate cip, walnut dan almond. Gaul rata

Step 3

1. Campurkan adunan dalam bekas B ke bekas A dan adun hingga rata
2. Bulat-bulatkan adunan dengan sudu teh dan atur di atas dulang pembakar.
3. Setkan suhu oven 175C selama 12-13 minit. (Bergantung pada oven)
4. Sejukkan biskut selama 2 minit sebelum diangkat dari dulang pembakar.


Sempena kuih raya yang bakal habes tak lama lagi, cookies ni boleh la dihidangkan untuk para tetamu, especially korang yang akan buat Open House nanti. Bebudak sekolah pun suka kot??

Pastu kalau dorang cakap sedap, korang buka je 1 branch famous amous kikiki


Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir & Batin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT (C) 2011-2012. All Right Reserved by Farah Liyana