Followers

AQSA2GAZA3

Showing posts with label blueberries. Show all posts
Showing posts with label blueberries. Show all posts

Thursday, September 29, 2011

Beautiful Eyes Part 2



Assalamualaikum semua


Seperti yang dijanjikan ni bahagian 2- untuk mata yang cantik blink blink (bak kata Ash)


Sambungan daripada entry yang ini

11. Rainbow Chopped Salad


Hidangan yang kaya dengan antioxidant sesuai untuk penjagaan mata dan kesihatan badan juga 





12. Oven Sweet Potato Fries
Hidangan ni pun sesuai untuk diet yang sihat. Sweet potato yang kaya dengan beta carotene dibakar dalam oven. Letak sedikit olive oil supaya rasa lebih lazat dan pada masa yang sama leh dapatkan bentuk badan yang ideal InsyaAllah =)





13. Toasted Quinoa Salad with Scallop and Snow peas
OMG- Sangat suke Scallop ok. Sangat mahu cuba yang ini!
14.Salmon Provencal with Zucchini
Kandungan lemak ikan boleh membantu menghalang sindrome mata yang kering dan degenerasi akibat pertambahan usia. Salmon fillet ni pun baik untuk kulit yang sihat, cantik dan licin. tak caya leh tengok sini


15. Tofu with Peanut-Ginger Sauce
Sos peanut yang kaya dengan Vitamin E buatkan hidangan ni sangat sedap dan berkhasiat!


16. Broccoli Rabe with Garlic and Anchovies
Hidangan yang sarat dengan nutrien ni mengandungi lutein, zeaxanthin, Vitamin C dan omega 3.



17. Cheesy Popcorn
Yang ni confirm ramai yang suke. Hidangan yang mudah didapati dan mudah disediakan. Snack yang sedap dimakan diwaktu petang-juga sesuai ketika menonton boleh menggantikan potato chips yang banyak 'pak aji'. Cheese yg selalu digunakan ialah parmesan cheese. 
18. Triple-nut Biscotti
Dibuat daripada buah kering dan germ and nuts yang kaya dengan Vitamin E.  Boleh makan sambil buat kerja. Sesuai untuk student dan hard-worker.



19. Strawberries and Cream Parfaits
Strawberry dikatakan mengandungi lebih Vitamin C berbanding buah oren. Penyediaan hidangan strawberry yang sebegini memang menaikkan selera. *ohh teringin*


20. Cherries with Ricotta and toasted almonds
Ricotta mengandungi zink, almond mengandungi Vitamin E dan Vitamin C daripada ceri. Kombinasi hidangan yang menyelerakan dan sangat berkhasiat. Antara hidangan yang mudah dan sesuai dihidang pada tetamu juga. 






Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa Farah berikan tips dan resepi ala-ala western, Y tidak bagi tips/resepi ala-ala melayu kan?

Bagi Farah apa jua yang berkhasiat boleh je kite cube asalkan semuanya HALAL betul tak? Lagipun resepi kali ni lebih kepada buah-buahan so Farah rasa takde masalah nk try resepi2 ni semua InsyaAllah.

Again resepi ni diambil daripada sumber yang sama seperti bahagian 1

Wednesday, September 28, 2011

Beautiful Eyes Part 1


Assalamualaikum


Korang tau tak salah satu daya tarikan yang akan membuatkan seseorang tu nampak menarik ialah matanya. Sebab tu ada pepatah mengatakan


 "cinta itu, dari mata turun ke hati"


dan ada lagu yang menyebut


"dari kerana mata.. yang mempunyai kuasa... aku tergoda aku tergoda seketika..

lalalalala (sila sambung nyanyi)


So, Pagi-pagi yang indah ni Farah nak share dengan korang 10 resepi untuk mata yang cantik berseri.
Jom tengok ^^




1. Citrus Berry Smoothies
Yang ni best minum pagi-pagi as breakfast. Dalam smoothies ni leh campurkan berries, orange juice dan toasted wheat germ. Sedap dan complete ada vitamin E dan vitamin C.


2. Strawberry-Orange Muffins
Muffin ni ada lebih Vitamin C tapi KURANG kalori. Selain dapat mata yang cantik, muffin ni sesuai juga untuk diet






3. Blueberry-Ricotta Pancakes
Perfect menu for breakfast and tak salah pun makan untuk dinner







4. Almond-Honey Power Bar
Hidangan ni sesuai untuk orang yang bizi. Leh makan bar ni masa tunggu traffic light merah, sambil baca newspaper atau masa tengah belajar/kerja. Mengandungi Vitamin E. Sebagai tambahan, almond juga sesuai untuk perkembangan otak. 




5. Salad Bayam, Avocado, dan Manga
Mengandungi lutein, zeaxanthin dan vitamin






6. Smoked Salmon Tartare
Rendah kalori dan nampak sangat sedap. 





7. Sup Carrot
Memang baik untuk kesihatan mata




8. Tuna-stuffed peppers
Snack yang sesuai dimakan dipetang hari. Sedap dan menyelerakan



9.Crispy Phyllo Spinach Tartlets








10. Bean and Butternut Tacos with Green Salsa
ada extra fiber dan beta-carotene








Setakat ni Farah share untuk part 1
Harap sape yang berminat try la prepare hidangan yang mcm kt atas ni. Pilih la yang simple dan sesuai. Mayba korang leh share kalau ada info lain

Nantikan Part 2

Sumber dari:
http://shine.yahoo.com


p/s: Paling suke almond dan smoothies. Mesti mahu cube ^^ 

Monday, July 11, 2011

Tips untuk kulit licin


Tips untuk mengurangkan kedutan pada wajah

Tips ini sesuai untuk melambatkan proses penuaan.
Sesuai diamalkan terutama dalam kedaan cuaca sekarang ni yg terlalu panas dan boleh merosakkan kulit serta mempercepatkan proses penuaan kalau kite tak jaga

So, rakan-rakan leh try amalkan 6 jenis makanan di bawah untuk kulit yang lebih licin, cantik dan muda berseri ^^

1) blueberries
2) susu coklat
3) fruits macam kiwi, guava dan strawberry
4) oyster
5) tomato paste
6) wild salmon



1. Blueberries: buah blueberries ni ada antioxidant so dia boleh prevent kerosakan sel dalam jangka masa panjang. Antioxidant ni plak akan fight radikal bebas untuk melindungi kulit kite. Sesuai untuk korang tambah dalam hidangan cereal time breakfast 


2. Susu Coklat: Dark chocolate milk kaya dengan flavonoid. Satu kajian membuktikan bahawa wanita yg mengambil minuman koko dengan kandungan flavonoid yg tinggi secara kerap iaitu setiap hari selama 12 minggu, pengaliran darah ke tisu kulit meningkat, seterusnya dapat memperbaiki proses hydrasi kulit dan mengurangkan kulit kasar dan kulit bersisik.



3. Buah-buahan seperti Kiwi, Guava dan Strawberries: Amalan memakan buah-buahan ini dapat mencegah pembentukan kedutan2 dan meningkatkan penghasilan kolagen. Ini sume sebab kandungan vitamin C yg tinggi. Kandungan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan kedutan pada wajah, menjadikan kulit lebih lembab (tidak kering), mengurangkan inflamasi serta meminimakan bengkak bawah mata. Konsep tindakannya sama seperti blueberries iaitu buah-buahan antioxidant yang melawan radikal bebas.



4. Oysters: Mengandungi kandungan zink yg tinggi yakni berperanan besar dalam skin repair iaitu dengan membantu dalam pembentukan kolagen. Selain itu, zink juga bantu mengekalkan kuku yg cantik, mengekalkan rambut dan kulit kepala yg sihat dan melindungi mata daripada masalah penglihatan. Selain oyster korang leh try gak red meat, beans, nuts. crab dan lobster, whole grains dan dairy products sebagai ganti oyster untuk dapatkan kandungan zink.

5) Tomato Paste: tomato mengandungi lycopene. Kajian menunjukkan pengambilan lycopene dalam bentuk tomato paste dapat mengurangkan sunburn. Tomato juge mengandungi karotenoids yang turut melindungi kulit dari sunburn.

6) Wild Salmon: Boleh melicinkan kulit selain mengurangkan inflamasi pada peringkat sel. Ini penting bagi mengelakkan kulit menjadi kering dan bersisik, kemerah-merahan dan acne. Salmon mengandungi asid lemak omega-3 yg membantu melembapkan kulit.

Tips dipetik daripada artikel ini

Selamat mencuba ^^

p/s: selain jaga makan minum, hati pun kena bersih kalau nak nampak cantik. Hati yang bersih tanpa hasad dengki akan menyerlahkan wajah yang berseri secara semulajadi  =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT (C) 2011-2012. All Right Reserved by Farah Liyana