Followers

AQSA2GAZA3

Monday, July 11, 2011

Tips untuk kulit licin


Tips untuk mengurangkan kedutan pada wajah

Tips ini sesuai untuk melambatkan proses penuaan.
Sesuai diamalkan terutama dalam kedaan cuaca sekarang ni yg terlalu panas dan boleh merosakkan kulit serta mempercepatkan proses penuaan kalau kite tak jaga

So, rakan-rakan leh try amalkan 6 jenis makanan di bawah untuk kulit yang lebih licin, cantik dan muda berseri ^^

1) blueberries
2) susu coklat
3) fruits macam kiwi, guava dan strawberry
4) oyster
5) tomato paste
6) wild salmon



1. Blueberries: buah blueberries ni ada antioxidant so dia boleh prevent kerosakan sel dalam jangka masa panjang. Antioxidant ni plak akan fight radikal bebas untuk melindungi kulit kite. Sesuai untuk korang tambah dalam hidangan cereal time breakfast 


2. Susu Coklat: Dark chocolate milk kaya dengan flavonoid. Satu kajian membuktikan bahawa wanita yg mengambil minuman koko dengan kandungan flavonoid yg tinggi secara kerap iaitu setiap hari selama 12 minggu, pengaliran darah ke tisu kulit meningkat, seterusnya dapat memperbaiki proses hydrasi kulit dan mengurangkan kulit kasar dan kulit bersisik.



3. Buah-buahan seperti Kiwi, Guava dan Strawberries: Amalan memakan buah-buahan ini dapat mencegah pembentukan kedutan2 dan meningkatkan penghasilan kolagen. Ini sume sebab kandungan vitamin C yg tinggi. Kandungan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan kedutan pada wajah, menjadikan kulit lebih lembab (tidak kering), mengurangkan inflamasi serta meminimakan bengkak bawah mata. Konsep tindakannya sama seperti blueberries iaitu buah-buahan antioxidant yang melawan radikal bebas.



4. Oysters: Mengandungi kandungan zink yg tinggi yakni berperanan besar dalam skin repair iaitu dengan membantu dalam pembentukan kolagen. Selain itu, zink juga bantu mengekalkan kuku yg cantik, mengekalkan rambut dan kulit kepala yg sihat dan melindungi mata daripada masalah penglihatan. Selain oyster korang leh try gak red meat, beans, nuts. crab dan lobster, whole grains dan dairy products sebagai ganti oyster untuk dapatkan kandungan zink.

5) Tomato Paste: tomato mengandungi lycopene. Kajian menunjukkan pengambilan lycopene dalam bentuk tomato paste dapat mengurangkan sunburn. Tomato juge mengandungi karotenoids yang turut melindungi kulit dari sunburn.

6) Wild Salmon: Boleh melicinkan kulit selain mengurangkan inflamasi pada peringkat sel. Ini penting bagi mengelakkan kulit menjadi kering dan bersisik, kemerah-merahan dan acne. Salmon mengandungi asid lemak omega-3 yg membantu melembapkan kulit.

Tips dipetik daripada artikel ini

Selamat mencuba ^^

p/s: selain jaga makan minum, hati pun kena bersih kalau nak nampak cantik. Hati yang bersih tanpa hasad dengki akan menyerlahkan wajah yang berseri secara semulajadi  =)

No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT (C) 2011-2012. All Right Reserved by Farah Liyana