Hari ini entri Ilmiah ye kawan-kawanSila baca dengan sepenuh hati ^^
Apa itu tekanan darah tinggi? Tekanan darah tinggi juga dikenali sebagai hypertension. Penyakit yang seringkali dihidapi oleh orang yang berusia, dimana tekanan darah pesakit meningkat melebihi paras normal. *Zaman sekarang orang muda pun ramai dah ada hypertension*
Kalau nak cerita details tentang penyakit ni memang tak sudah. Sebab punca yang solid masih lagi tidak dapat dikenal pasti. Punca penyakit adalah lebih kepada gabungan pelbagai faktor termasuk genetik dan persekitaran.
Untuk maklumat lebih tentang darah tinggi, para blogger yang budiman boleh klik kat sini
Untuk entri kali ni Farah nak share dengan korang semua tentang kebaikan beberapa jenis makanan dalam mengawal tekanan darah kite agar sentiasa di tahap normal. Bagi pesakit darah tinggi pada peringkat awal juga boleh mengamalkan diet pemakanan yang sihat bagi mencegah penyakit kronik yang lain.
Celery
Tabib-tabib di negeri China telah berabad menggunakan sayur ni dan akarnya untuk mengurangkan tekanan darah. Ia mengandungi bahan fitokimia 'phthalides' yang berfungsi untuk me'relax'kan tisu-tisu otot di dinding artery (Salur Darah) dan melancarkan peredaran darah, seterusnya mengelakkan tekanan darah naik melebihi paras normal.
Cold-water Fish (Ikan air sejuk) <---- gile skema ayat =.='Ikan yang disebut seperti di atas kaya dengan lemak omega-3 iaitu asid lemak yang amat penting tetapi tidak dihasilkan dalam tubuh kite. Omega-3 amat penting bagi sistem kardiovaskular. Selain daripada mengurangkan tekanan darah, pengambilan omega-3 juga boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan stroke. Antara sumber ikan air sejuk ialah salmon, tuna, mackarel, ikan kod, sardin dan lain-lain.
BroccoliBroccoli mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk mengurangkan tekanan darah iaitu fiber (serat), Potassium, Kalsium, Magnesium, dan Vitamin C.Selain itu ia juga merupakan vegi yang kaya dengan antioksidan dan anti-inflammatory.
DandelionMembantu membebaskan sodium yang berlebihan tanpa menjejaskan kandungan potassium. Ia juga mengandungi magnesium yang boleh melarutkan darah beku, merangsang penghasilan NO (nitric oxide), dan melancarkan peredaran darah. Selain berfungsi mengurangkan tekanan darah, ia juga baik untuk hati, mata dan kulit.
Whole-grain oatKandungan serat dan magnesium dalam oat membantu mengurangkan tekanan darah. Oat membantu melambatkan proses atherosclerosis. Sesuai di makan bersama susu segar sebagai sarapan pagi.
Black BeansSekali lagi, makanan ini mengandungi serat dan magnesium yang tinggi, which is baik untuk maintain tekanan darah yang normal. Sebagai bonus, black beans mengandungi asid folik yang berfungsi untuk mengurangkan tekanan pada salur darah dan seterusnya melancarkan peredaran darah.
Berries <---- part ni la paling sodap den nak makanBerries merupakan fruits yang kaya dengan serat dan antioksidannye. Kandungan nutrien dalam raspberries, strawberries dan blueberries membantu mengurangkan tekanan darah dengan Raspberries mengandungi kandungan serat paling tinggi. Sebab itu Farah suke gile makan berries ni!
Low-Fat dairyKajian menunjukkan produk tenusu kurang lemak seperti keju, susu dan yogurt mungkin membantu mengelakkan penyakit darah tinggi. Selain mengandungi magnesium dan potassium, ia juga meningkatkan penyerapan kalsium.
Untuk bacaan lebih lanjut boleh rujuk kepada sumber di bawah:Sumber: http://health.yahoo.net/articles/nutrition/photos/8-foods-lower-blood-pressure
p/s: Mencegah lebih baik dari merawat. So jaga la pemakanan anda dan amalkan gaya hidup yang sihat. Cegah penyakit kronik dengan mencegah hypertension
Khidmat nasihat dibawakan oleh Farah Liyana "Care about your health" ^^
Related Posts : Food,
makanan,
tekanan darah,
tips
No comments:
Post a Comment