Followers

AQSA2GAZA3

Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Saturday, August 17, 2013

Solidariti For Mesir


Assalamualaikum




 14 Ogos 2013

Sedang rakyat Malaysia umumnya, dan muslim khususnya sedang beriang gembira makan rendang, lemang, ketupat dan bergelak ketawa keluar masuk panggung wayang tengok movie raya, saudara-saudara kite di Mesir menyambut Syawal dengan cara yang berbeza.

Hati terlalu sedih untuk menaip dengan panjang lebar, maka saya cume berikan beberapa link (Sumber yang saya percayai) yang boleh dijadikan rujukan untuk korang semua ambil tahu apa yang berlaku.



dan anda2 juga boleh google sendiri isu berkaitan Mesir.





"Anda tidak perlu untuk menjadi rakyat Mesir untuk bersimpati, anda hanya perlu menjadi manusia"- Recep Tayyip Erdogan (Perdana Menteri Turki)

Thursday, June 27, 2013

From Malaysia with LOVE


Assalamualaikum



Ramadhan akan tiba tidak lama lagi!

Berikan senyuman dan kegemibiraan kepada anak-anak di Palestin 

Salurkan sumbangan anda kepada Tabung Projek Ramadhan bersama Aqsa Syarif di Palestin.

Antara Pakej sumbangan:

1) Iftar di Gaza & Masjid Al-Aqsa (RM50/set)
2) Ramadhan Food Pack (RM300/set)
3) Eid Gift (RM150/set)
4) Back2School (RM150/seorang)

Ayuh berikan sumbangan terbaik anda!

1) Salurkan sumbangan anda ke akaun AQSA SYARIF BERHAD,
Maybank Islamic (551575-004299) atau Bank Islam (1209-20100-34904)
2) Maklumkan melalui e-mail, nama beserta bank-in slip kepada account@aqsasyarif.org.my

Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi:
Aqsa Syarif HQ: 03-87334636


"Fund Raising Dinner Event" 

In shaa Allah, buat julung kalinya sekrateriat Malaysia Life Line for Syria akan mengadakan Jamuan Makan Malam Amal Syria pada 6 Julai 2013-Sabtu yang akan dibawa bersama tetamu eksklusif dari Syria Sheikhul Qurra' Kuraim Rajeh(Ketua Ulama' Rabithah Sham) dan juga persembahan nasyid daripada Sdr. Mu'adz Zulkifli.

Bersama-sama membantu kami dalam usaha mengumpul dana/sumbangan bagi kanak-kanak dan rakyat di Syria untuk dibawa ke sana pada bulan Ramadhan ini.

Klik pada link ini untuk maklumat lanjut ataupun untuk pendaftaran diri ke Jamuan Makan Malam Amal Syria :
http://msia4syria.weebly.com/

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Sis.Maryam (01115742101/0341416732)

'From Malaysia With Love'

Wednesday, June 19, 2013

Buta Hati Butakah Jiwa?


Assalamualaikum

Fitnah merupakan satu bentuk komunikasi kepada satu pihak atau lebih yang bertujuan untuk memberikan stigma negatif atas sesuatu peristiwa yang dilakukan oleh pihak lain, ia berdasarkan atas fakta palsu yang dipengaruhi oleh sifat penghormatan, buruk sangka, obses, atau menjatuhkan dan/atau menaikkan nilai reputasi seseorang atau sesuatu pihak. Kata "fitnah" diserap dari bahasa Arab, dan pengertian aslinya adalah "cubaan" atau "ujian".
Menurut Kamus Dewan edisi keempat, fitnah dieertikan sebagai

"Tuduhan (khabar, kisah dan lain-lain) yang diada-adakan (dibuat-buat) untuk memburukkan atau membencanakan seseorang"

““Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah: “Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidil Haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh…” (Al Baqarah: 217)”

Firman-Nya lagi yang bermaksud:
““Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim” (Al Baqarah: 193)”
Kata fitnah dalam ayat ini menurut para Ulama tafsir adalah bermaksud ‘kekafiran’ atau ‘kemusyrikan’. Iaitu bahawa mereka itu menyebarkan kekafiran.




 Rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Fitnah

Sunday, June 16, 2013

4:59


Assalamualaikum w.b.t.


pic from google

"Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul (Muhammad), dan ulil amri (pemegang kekuasaan) di antara kamu. Kemudian, jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu, lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." An-Nisa Ayat 59

Hidup ini kite kena belajar adab menegur dan adab ditegur.

Menegur cara berhemah dan bukan mengaibkan.

Merima teguran dengan hati terbuka.

Jika rasa sentap atau cepat melatah apabila di tegur, maka ambillah masa untuk bertenang
dan refleksi diri mengapa kite jadi begitu?
Ego kah sangat diri ini sampai tak boleh di tegur?
Sempurna sangat kah diri ini sehingga kite bongkak tidak menerima teguran dan anggap diri sentiasa betul.

Ambil cermin yang paling besar kite ada.
Berdiri depan cermin.
Pandang wajah sendiri.
Re-check balik teguran-teguran yang diterima dan cube baiki diri.

Terima teguran sebagai satu rahmat dari Allah swt yang sayangkan kite dan tidak mahu kite terpesong jauh dari Nya.



Wednesday, May 29, 2013

Cinta Rasul


Assalamualaikum


So kepada warga Shah Alam dan yang tinggal di sekitarnye
Jom ramai-ramai penuhkan stadium
^^

Tuesday, January 08, 2013

Fitrah


Assalamualaikum



Bile kite rasa "kosong", losing hope.. atau "lemah", pasti ada yang tak kena dengan hubungan kite dengan Allah...


Bile dah berusaha untuk memperbaiki hubungan dengan Allah, berusaha lah untuk istiqomah..
Biarkan usaha itu berterusan, bukan hanya "hangat-hangat t*** ayam je"

 Penting untuk kite ingat 2 perkara ni dan lupekan 2 perkara yang lain


Berusaha melawan sifat malas dalam diri
berusaha tinggalkan amalan2 dulu yang mendatangkan dosa
perbanyakkan amalan2 yang mendatangkan pahala


Lembutkan hati dan basahkan lidah dengan zikir-zikir kepada Allah


Bawalah Quran dekat dengan hati kite
Jadikan ia peneman setia
Baca setiap helaian nye setiap hari
agar Islam lebih difahami
sebati dalam diri

Itu la Fitrah kite sebagai manusia
cintakan keamanan, ketenangan dan kedamaian
wujudkan ketenangan dan kedamaian dalam diri
tegakkan islam dalam diri
nescaya islam akan tertegak dengan sendiri di muka bumi ini

InsyaAllah

Thursday, November 15, 2012

Never forget us



السلام عليكم


Dear friends all over the world ..Whatever suffering ,crying and bombing here in Gaza will never weaken our Iman and trust that all the world with us . Here in Gaza , Allah is fighting Israel , the criminal occupation , the thiefs of lands and the killers of children . Simple rockets of Mujahedeen are fighting but they for no any level can be compared with what the Isreali Military Occupation hav
e , so those rockets send a message to all the worls that" Allah will no longer permit such crimes and massacres by Israel all over the world" . From Gaza , the voices of children , ask you to never forget us and to pray for Allah to grant us strength to never get down .



"Remember Gaza is strong "

Your sister " Nour Mahmoud " :'(



a short note taken from here



Selain sumbangan tersebut, teruskan lah usaha boikot kite terhadap produk ISrael (Mcdonald, Loreal, Nestle dan Coke) serta teruskan berdoa utk keselamatan dan kemenangan rakyat Palestine.


"Akan sentiasa akan ada sekelopok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran,mencabar dan menentang musuh-musuh mereka.Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya.Mereka tetap dalam keadaan sedemikian." Maka Para Sahabat bertanya,"Dimanakah mereka Ya Rasulullah ?" Jawab Rasulullah, "Di Baitul Maqdis dan sekitar Baitul Maqdis." ( Hadith : Riwayat Bukhari )

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalikk batu-batu dan pokok. (Ketika itu) Batu dan pokok akan akan bersuara 'Wahai muslim! wahai hamba Allah! di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi". (Hadis Riwayat Muslim)
For more info:
http://aqsa2gaza3.blogspot.com/2012/11/blog-post.html
https://www.facebook.com/pages/Mini-Pavilion-From-Palestine-With-LoveMAP/203794872989424?ref=stream
https://www.facebook.com/aqsa.syarif?ref=stream
https://www.facebook.com/activists.palestine?ref=stream
حسبنا الله ونعم الوكيل

Sunday, October 14, 2012

Time Management


Assalamualaikum



Demi Masa
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, 
kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh,
serta saling berpesan dengan kebenaran, 
dan saling berpesan dengan kesabaran

..............................................................



Just now tengok TV Al-Hijrah, so rasa macam nak share something yang penting tapi macam diabaikan lately ni..

KONSEP PENGURUSAN MASA

Dalam konsep pengurusan masa, Ustaz menekankan konsep Quadral 4. Jom check keutamaan kite di mana:


Quadral 1: Utamakan Perkara Penting & Urgent

Contoh: Kejar dateline untuk assignment/Thesis/ study untuk exam last minute

Quadral 2: Utamakan Perkara Penting Tetapi Tidak Urgent

Contoh: Study awal sebelum exam, siapkan assignments lebih awal sebelum dateline etc.

Quadral 3: Utamakan Perkara Tidak Penting Tetapi Urgent

Quadral 4: Utamakan Perkara Tidak Penting Tetapi Tidak Urgent

Contoh: Berfoya-foya/enjoy/ tengok movie walaupun dateline assignment dah hampir etc.

Dimane kah kite??


Untuk menjadi orang yang berjaya, kena letakkan fokus kite pada:

 Quadral 2: Utamakan benda yang penting tetapi tidak urgent.
Orang yang bertindak sebelum perkara tersebut jadi urgent adalah 
-orang yang proaktif (bertindak awal)
-Pandai merancang (1st thing 1st)

Bile kite fokus untuk menjadi orang seperti Quadral 2- automatik kite akan elakkan diri kite dari menjadi orang seperti Qudral 1 ( Orang yang tidak pandai merancang pengurusan masa dan sering buat kerja last minute), Quadral 3 (Orang yang mendahulukan perkara2 yang tidak penting) dan Quadral 4 (Orang yang mensia-siakan masa nya dengan perkara yang tidak berfaedah).

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua golongan dalam menguruskan masa.
Peringatan ini juga adalah untuk saya agar sentiasa beringat bahawa masa itu lebih bernilai dari emas permata.


p/s: Thank you pada Ustaz Amin (TV Al-Hijrah) atas perkongsian yang menarik. InsyaAllah akan menjadi ingatan setiap masa

Wednesday, March 28, 2012

KBD: Bidadari in the making


Assalamualaikum..

"Didik wanita, negara terpelihara"

Alhamdulillah 
Pada 24 & 25 Mac 2012 yang lalu Konvensyen Bidadari Dunia 2012 telah berjaya diadakan. 
Program yang berlangsung selama 2 hari ini telah diisi dengan slot-slot ceramah dan forum yang sangat bermanfaat.

Antara Panel2 Bidadari yang sudi berkongsi ilmu ialah:


Ustazah Fatimah Syarha- Bidadari Impian 
Dato' Siti Nor Bahiyah- Wanita Penyejuk Jiwa
Prof Dr Muhaya- Bahagia/Soalnya Hati
Dr. Nikki Syuhada- Wanita VS Kerjaya
Datin Zaleha- Wanita Berkarisma
Pn Jamilah- Ibu Luar Biasa
Dr Rubiah- Solehah itu Indah
Dr Harlina- Wanita dan Dakwah
Rosmawati Zainal (Ummi Ross)- Sesuci Mawar Putih

Malam pertama dan kedua program pula diisi dengan slot forum yang sungguh menarik. 

Malam Pertama:
Topik: Fashion: YES or NO?
Moderator: Wardina Safiyyah
Panel: Catriona Ross, Datin Zaleha dan Pn Suryati Daman

Malam Kedua:
Topik: Titian Syurga
Moderator: Ustazah Amie Sofie (Juara Solehah)
Panel: Ustazah Firuz Akhtar (Juara Ustazah Pilihan), Irma Hasmie, Nora dan Farazila



CEO ILuvIslam.com, Saudara Imran Koyube memberi ucapan pada pembukaan majlis


menyemmmpatttt

Slot pertama: Bidadari Impian
oleh Ustazah Fatimah Syarha

Dato Ustazah Siti Bahiyah dengan topiknya "Wanita Penyejuk Jiwa"

Forum Fashion: YES or NO? pada malam pertama konvensyen.
Moderator: Sister Wardina
Panel: Datin Zaleha, Catriona Ross dan Pn Suryati Daman

Forum Titian Syurga
Moderator: Ustazah Amie Sofie (Juara Solehah)
Panel: Ustazah Firuz (Juara Ustazah Pilihan), Sister Nora,  Sister Irma, dan Sister Farazila 
Selain dari pengisian2 yang padat dan bermanfaat tu, sempat juge la kami peserta2 (semasa program di panggil bidadari/sister) bertemu dengan panel2 bidadari dalam sesi beramah mesra.
Maka sempat la berposing seperti di bawah:

Ustazah Fatimah Syarha dan Sister Apiah

Ustazah yang tak lokek dengan senyuman dan doa untuk kami ;)

Prof Dr. Muhaya yang sangat humble.."bahagia mula dari dalam :)"

Kebahagiaan Sister Irma yang dapat dirasai oleh semua sister2 di sini :)

Sangat comel Sister Farazilla! "Peace yang tidak dirancang ;p"

Selain slot2 ceramah dan forum, gerai-gerai jualan juga di buka sepanjang program. Antara hasil tangkapan yang tak seberapa
Hasil tulisan Ustazah Fatimah Syarha- sempat amek autograph  penulis buku ^^

Haritu baru jek cakap kat mama yang pendrive saya takde tali. Sekarang dah ade. Pendrive saya mesti happy ^^

We Love Islam =)

Cukuplah sisters... cukuplah kite berdiam selama ini-Dr. Harlina

Pengisian dalam slot-slot semasa program akan Farah update pada entri seterusnyer insyaAllah...


Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih Farah ucapkan pada ILuvIslam.com kerana menganjurkan program yang sangat bermanfaat ini dan kepada team2 sisters yang berusaha dengan sedaya upaya memastikan program berjalan lancar dan juga kerana layanan yang sangat baik. Semoga program seperti ini dapat diadakan setiap tahun insyaAllah...



Sunday, February 26, 2012

Mati itu pasti




Assalamualaikum...


Mati itu pasti..
Kadangkala ketakutan melanda diri bile memikirkan tentangnyer..
Kerisauan tentang bilekah waktunyer..
Sempatkah ku capai cita2..
Sempatkah ku balas jasa ibu bapa...
Dan paling merisaukan ialah...
Adakah aku akan mati dalam iman?..


Ya Allah.. pelihara lah diriku, keluargaku, saudara2 ku dan sahabat2 ku dari kesesatan dan kejahilan...
Jauhkan la kami dari perbuatan syirik dan dosa2 besar...
Mati kan la kami dalam iman..
Semoga kebahagiaan kami kekal di sana...
Amin....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT (C) 2011-2012. All Right Reserved by Farah Liyana