Followers

AQSA2GAZA3

Showing posts with label buah-buahan. Show all posts
Showing posts with label buah-buahan. Show all posts

Wednesday, September 28, 2011

Beautiful Eyes Part 1


Assalamualaikum


Korang tau tak salah satu daya tarikan yang akan membuatkan seseorang tu nampak menarik ialah matanya. Sebab tu ada pepatah mengatakan


 "cinta itu, dari mata turun ke hati"


dan ada lagu yang menyebut


"dari kerana mata.. yang mempunyai kuasa... aku tergoda aku tergoda seketika..

lalalalala (sila sambung nyanyi)


So, Pagi-pagi yang indah ni Farah nak share dengan korang 10 resepi untuk mata yang cantik berseri.
Jom tengok ^^




1. Citrus Berry Smoothies
Yang ni best minum pagi-pagi as breakfast. Dalam smoothies ni leh campurkan berries, orange juice dan toasted wheat germ. Sedap dan complete ada vitamin E dan vitamin C.


2. Strawberry-Orange Muffins
Muffin ni ada lebih Vitamin C tapi KURANG kalori. Selain dapat mata yang cantik, muffin ni sesuai juga untuk diet






3. Blueberry-Ricotta Pancakes
Perfect menu for breakfast and tak salah pun makan untuk dinner







4. Almond-Honey Power Bar
Hidangan ni sesuai untuk orang yang bizi. Leh makan bar ni masa tunggu traffic light merah, sambil baca newspaper atau masa tengah belajar/kerja. Mengandungi Vitamin E. Sebagai tambahan, almond juga sesuai untuk perkembangan otak. 




5. Salad Bayam, Avocado, dan Manga
Mengandungi lutein, zeaxanthin dan vitamin






6. Smoked Salmon Tartare
Rendah kalori dan nampak sangat sedap. 





7. Sup Carrot
Memang baik untuk kesihatan mata




8. Tuna-stuffed peppers
Snack yang sesuai dimakan dipetang hari. Sedap dan menyelerakan



9.Crispy Phyllo Spinach Tartlets








10. Bean and Butternut Tacos with Green Salsa
ada extra fiber dan beta-carotene








Setakat ni Farah share untuk part 1
Harap sape yang berminat try la prepare hidangan yang mcm kt atas ni. Pilih la yang simple dan sesuai. Mayba korang leh share kalau ada info lain

Nantikan Part 2

Sumber dari:
http://shine.yahoo.com


p/s: Paling suke almond dan smoothies. Mesti mahu cube ^^ 

Tuesday, August 02, 2011

Diet & Puasa


Salam semua,

Hari ni 2 Ramadhan, means ada 28 hari lagi baru nak raya kan? So dalam masa 28 hari ni sempat tak nak diet? a.k.a nak kuruskan badan

tak sempat??? Sape kata! Sempat la hehehe 
sempat jika kite diet dengan cara yang betul iaitu amalkan pemakanan seimbang

"Balik-balik pemakanan seimbang. Apa tu pemakanan seimbang?"

Pemakanan seimbang ni means kite ambil makanan yg mengandungi semua nutrien/zat yang diperlukan oleh badan kite tapi dalam kuantiti tertentu
Contohnyer kombinasi makanan tu mesti ada karbohidrat sikit, protein, zat besi, vitamin C dll.
........................................

Sepanjang bulan puasa ni memang terbaik la kalau kite nak manfaatkan diet seimbang ni

bile kite puasa automatically boleh bantu kite kawal pemakanan. 
Contohnyer kalau tak puase kite makan brape kali sehari?

Yang wajib
breakfast
lunch 
minum petang
dinner 

Yang extra
jajan between breakfast dan lunch
makan goreng pisang lepas lunch
makan megi after dinner
supper burger 12 tgh malam

*ada sesape terasa tak, hehehe*
..........................................................

So bulan puasa ni la time terbaek untuk kite control kekerapan kite makan, terutama sekali buang terus tabiat makan makanan yg berkolesterol tinggi
am i right??

so ni Farah listkan tips untuk korang diet khas untuk bulan puasa

Sahur

Sebagai tambahan kepada nasi yang wajib kite makan time sahur, korang leh try ambil makanan yang berfiber tinggi sebab makanan jenis ni mengambil masa yang lama untuk hadam. Ini akan memberikan korang rasa kenyang berjam-jam dan elakkan rasa lapar time puase.
Contoh makanan fiber tinggi ni ialah; 
barli, gandum, oat, kekacang, badam dan pelbagai produk bijirin, sayur-sayuran seperti bayam, pucuk ubi, dan buah-buahan seperti kurma, apricot, dan buah prun.

time masak tu PLEASE kurangkan garam sebab makanan yang bergaram tinggi (ewah) a.k.a masin boleh buatkan kite rasa dahaga di siang hari.

So formula untuk sahur = more high fiber food + lauk yang less salt 

buka puasa

ikut style Rasulullah saw= kurma + air suam
pastu leh makan makanan yang mudah di hadam diikuti dengan yang sederhana secara slowly atau berkala. 
Adalah lebih baik solat maghrib then baru makan nasi. 

(Kuantiti nasi juga dikurangkan)

Simple je kan?
Tapi Ingat! pemakanan seimbang tu ada sayur-daging/ayam/seafood-buah-buahan dan penting untuk AVOID makanan yg berlemak, bergoreng dan yg manis

ni apa yang Farah buat setakat ni;

sahur
nasi 1 senduk
sayur
daging/ayam/seafood
nestum
spirulina (as supplement)

buka puasa
air suam
kurma
buah-buahan
nasi 1 senduk
sayur
daging/ayam/seafood


kebiasaan yang Farah buat dari sebelum puasa lagi ialah kurangkan kuantiti nasi dan lauk yang berminyak. Farah akan lebihkan protein (yg sesuai mcm tempe) dan sedikit daging/ayam/seafood.

Korang leh jugak try research diet tips yang lain sebagai tambahan pada apa yang Farah sharekan kat sini.

p/s: Manfaatkan puasa untuk memperkukuhkan iman dan memantapkan kerohanian serta upgrade kesihatan fizikal kite.

Thursday, July 14, 2011

Bowling & Laugh in the Kitchen!




Salam semua,

Sabtu lepas kitorang ada buat bowling tournament. Ala ekceli bukan la tournament besar2 pon, it's just for us ex-SMKBS nk lepak2 & chit chat sambil baling bola bowling. This is the way kitorang nk hang out after so looonng time no see. huhuhuhu





So masa event ni, we organizer rasa sangat thankful dengan sokongan dan semangat mereka2 yang datang join. Ada yg stuck dalam jam pon still datang jugak even game dah habes. Selesai je event semua pon request buat next event. Ewah, kemain semangat korang ek. Boleh je nk arrange another activity BUT korang kena tolong gak ek hehehehe

Ok enuff pasal bowling, sebab hari tu pun dah wat entry pasal bowling. Mane yg terlepas leh check it out kat sini.


So kat entry ni Farah nk ucapkan thank you sangat-sangat kepada Syaida dan "Laugh in the Kitchen" yang sponsor one of the jelly yang kitorang letak dalam goodie bag tu. Thank you for the orange and strawberry jelly. Memang sedap sangat. Pada korang yg nk try usha apa lagi yg dorang offer korang leh klik sini.

So, again, million thanks kepada semua yg terlibat

Monday, July 11, 2011

Tips untuk kulit licin


Tips untuk mengurangkan kedutan pada wajah

Tips ini sesuai untuk melambatkan proses penuaan.
Sesuai diamalkan terutama dalam kedaan cuaca sekarang ni yg terlalu panas dan boleh merosakkan kulit serta mempercepatkan proses penuaan kalau kite tak jaga

So, rakan-rakan leh try amalkan 6 jenis makanan di bawah untuk kulit yang lebih licin, cantik dan muda berseri ^^

1) blueberries
2) susu coklat
3) fruits macam kiwi, guava dan strawberry
4) oyster
5) tomato paste
6) wild salmon



1. Blueberries: buah blueberries ni ada antioxidant so dia boleh prevent kerosakan sel dalam jangka masa panjang. Antioxidant ni plak akan fight radikal bebas untuk melindungi kulit kite. Sesuai untuk korang tambah dalam hidangan cereal time breakfast 


2. Susu Coklat: Dark chocolate milk kaya dengan flavonoid. Satu kajian membuktikan bahawa wanita yg mengambil minuman koko dengan kandungan flavonoid yg tinggi secara kerap iaitu setiap hari selama 12 minggu, pengaliran darah ke tisu kulit meningkat, seterusnya dapat memperbaiki proses hydrasi kulit dan mengurangkan kulit kasar dan kulit bersisik.



3. Buah-buahan seperti Kiwi, Guava dan Strawberries: Amalan memakan buah-buahan ini dapat mencegah pembentukan kedutan2 dan meningkatkan penghasilan kolagen. Ini sume sebab kandungan vitamin C yg tinggi. Kandungan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan kedutan pada wajah, menjadikan kulit lebih lembab (tidak kering), mengurangkan inflamasi serta meminimakan bengkak bawah mata. Konsep tindakannya sama seperti blueberries iaitu buah-buahan antioxidant yang melawan radikal bebas.



4. Oysters: Mengandungi kandungan zink yg tinggi yakni berperanan besar dalam skin repair iaitu dengan membantu dalam pembentukan kolagen. Selain itu, zink juga bantu mengekalkan kuku yg cantik, mengekalkan rambut dan kulit kepala yg sihat dan melindungi mata daripada masalah penglihatan. Selain oyster korang leh try gak red meat, beans, nuts. crab dan lobster, whole grains dan dairy products sebagai ganti oyster untuk dapatkan kandungan zink.

5) Tomato Paste: tomato mengandungi lycopene. Kajian menunjukkan pengambilan lycopene dalam bentuk tomato paste dapat mengurangkan sunburn. Tomato juge mengandungi karotenoids yang turut melindungi kulit dari sunburn.

6) Wild Salmon: Boleh melicinkan kulit selain mengurangkan inflamasi pada peringkat sel. Ini penting bagi mengelakkan kulit menjadi kering dan bersisik, kemerah-merahan dan acne. Salmon mengandungi asid lemak omega-3 yg membantu melembapkan kulit.

Tips dipetik daripada artikel ini

Selamat mencuba ^^

p/s: selain jaga makan minum, hati pun kena bersih kalau nak nampak cantik. Hati yang bersih tanpa hasad dengki akan menyerlahkan wajah yang berseri secara semulajadi  =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT (C) 2011-2012. All Right Reserved by Farah Liyana