Followers

AQSA2GAZA3

Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Wednesday, November 09, 2011

Churp Churp ke Nuffnang??




Ramai yang tanya antara Churp Churp dengan Nuffnang mane better?

Bagi Farah simple je
Try je dua-dua ni sebab tak rugi pun kan?
Selagi tak melanggar T&C boleh je try

Bagi blogger yang baru nk berjinak dengan Nuffnang, boleh pegi link ni untuk tahu apa itu Nuffnang dan sini untuk kenal Churp Churp lebih lanjut. 

Kalau nak daftar leh pegi kat sini

Nak menang Ipad? Iphone? Free movie tickets? 

Pelvic Floor Muscle? Apa tu? 

I need Vacation-I need holiday!

Tak habis lagi isu denggi. Tepuk dada tanya diri sendiri mane punca? 

Coffee mate kaw kaw punye!


Jadi jom ramai-ramai daftar Nuffnang and Churp Churp!



p/s: Sharing is caring =)

Sunday, August 21, 2011

Serious Talk: Apa nak kecoh?



Lepas sahur ni macam tak best jek nak terus tido. Nanti takut menambahkan spare tires kat perut dan beberapa bahagian badan yang lain
ok
start entri baru untuk pagi yang indah ini
---------------------------------------------------------
Entri kali ni agak serius berbanding entri2 yang ringan sebelum ni.
Bukan apa, cuma isu ni dah lama sangat dah tapi still continues, non stop ok!

Serius tak larat dah nak melayan kerenah orang-orang yang lebih risaukan diri kite seolah-olah macam kite ni tak risau langsung pasal diri sendiri

*sigh

ceritenyer tentang sikap manusia yang memang suke risaukan masalah orang lain dan bertindak seolah-olah tuan badan tak reti nak rancang masa depan sendiri

to be specific
People: Please stop asking me about MARRIAGE

Masyarakat kite ni memang sukeee sangat ambil berat hal orang laen (tak salah pun sikap concern korang but please put your limitation)
terutama sekali kalau tengok jiran sebelah tu anak dah berderet
yang berderet tu sume dah keje besar-besar tapi still tak kahwin lagik

so ada paham ka situasi kat sini

Minah: eh Mamat, sampai bila ko nak duk membujang cam ni cian la kt mak ko tu ha kempunan nak kan menantu pompuan. 
Mamat: I.Allah kak Minah. Ada jodoh ada la
Minah: Ehhhh ko jangan cakap camtu mat! Ko kena carik dari sekarang karang jadik bujang terlajak karang sape yg susah 
Mamat: (aku tak kahwin ko ke yang susah).  
Minah: Kalau ko nak akak ada calon ni. Esok akak bawak ko jumpe dia yek. Cun orangnyer, baik dan pandai masak lagi. Sure ko suke punyer 
Mamat: tak pe la kak minah. toksah le susah-susah 
Minah: eiiii ape susahnyer, tak susah punnnn. Esok akak bawak dia datang umah ko yek 
Mamat: *speechless

daripada dialog yang tak seberapa nak ikhlas kat atas tu (harap korang paham-sebab aku malas nak sambung dialog yang langsung tak menarik perhatian aku untuk sambung)

Orang-orang kite ni selalu ada teori yang SALAH set dalam kepala otak dorang

asal belajar tinggi je kahwin lambat
asal kahwin lambat je belajar tinggi

aku memang sangat tak setuju dengan statement tu

bile korang bagi statement cenggitu
secara automatik nyer korang telah menyatakan betapa korang tidak percaya pada statement yang kat bawah ni plak

Ajal Maut Jodoh pertemuan di tangan Allah

betul tak?

Allah sendiri pernah berfirman *sorry aku tak ingat dr mane tapi ustaz dan ustazah aku selalu cakap

kite kena terima qada dan qadar dari Allah betul tak?
ada qada dan qadar yang kite boleh ubah
contohnyer macam rezeki kite
kalau kite berusaha kite masih boleh ubah naseb kite 
contoh macam kite keje kilang tapi teringin nak gaji extra so kite leh part time untuk dapat side income kan?
or kite boleh amek sijil, belajar part time pelan-pelan lama-lama dapat ijazah pastu leh keje duk dalam opis yang ber'air cond'
betul tak?
ok tu contoh qada dan qadar yang boleh diubah

dan ada juga qada dan qadar yang tak boleh diubah
Allah dah tentukan awal2 so buat la macam mane sekali pun kalau belum tiba masa benda tu nak jadi, memang takkan jadik punyer

contoh paling common ialah Ajal
kalau dah sampai ajal ko tak leh nak suruh malaikat maut tu bagi ko extra 5 minit sebab ko nak tulis wasiat bagai
same goes to JODOH

Kalau tertulis jodoh ko umur 23 ko nak ngelak camne pun ko tetap kawen umor 23
kalau jodoh ko tak sampai-sampai lagik walau ko dah cecah 40
ko paham-paham je la memang jodoh ko belum sampai lagi

so?

apa nak kecoh umur 26 tak kawen lagi?? 
(tak pasal-pasal kena mention -.-')

 kat sini meh aku cerite kat korang
sepanjang aku sambung master ni korang rasa berapa ramai member seusia aku yang turut amek master dah kawen? yang akan kawen? dan yang sedang merancang untuk berkawen?
2?
3?
10?

lebih dari yang korang sangka kan 

so jangan pepandai nak kata aku lambat kawen sebab aku amek master

YEs memang lelaki takut nak dekat ngan pompuan yang belajar tinggi2
so masalah aku ke?
should i uneducated kan diri i ni sebab nk lelaki dekat ke?
Hell no! that is very cheap ok?

korang kena ingat yang:
1) further study bukan penghalang jodoh macam yg korang set kan dalam mind korang tu
2) bukan semua student master/PhD katak bawah tempurung/anti sosial
3) lambat kawen sebab nk fokus belajar?

Further study bukan penghalang jodoh
back to basic

ajal  maut jodoh pertemuan di tangan Allah
so bile korang cakap study tinggi-tinggi ni lambat kawen means korang dah mempersoalkan kerja Allah
hebat sangat ke korang nk persoalkan ketentuan dari Dia?

not to mention
Rasulullah saw pernah cakap
"tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China"

so obvious tak ilmu tu pun tuntutan dalam agama?
Student master/PhD anti-sosial?

korang seyes sure confirm ke statement korang ni?
korang tak pernah dengar cerite budak U rajin pegi clubbing??
(aku memang tak pegi la but ramai yang pegi ok-anti sosial ke?)

cuber korang tengok budak U dulu dan sekarang
tiap-tiap minggu naik genting main theme park
setahun tah berapa kali pegi piknik dengan member-member 
tak masuk lagi buat reunion sekolah rendah
follow dengan reunion sekolah menengah
pastu bulan depan plak reunion matrik

tu belum masuk aktiviti luar yang dorang join sampai terbang satu malaysia
join sport
tengok F1
tengok motor GP (tenkiu Im ajak i tengok masa kite degree dulu)

so anti sosial ke?
teringin plak nak tahu orang yg cakap budak master ni anti sosial ni macam mane cara dia bersosial yekk

Lambat kawen sebab nak fokus kat study

yang ni tak dinafikan memang ramai yang nk fokus study maka nye dia letak soal kawen no 2
but

aku pun ada je kawan yang time degree dah kawen
siap ada anak sorang lagik
time final exam leh bawak perut masuk dewan
tu time degree yek

time amek master plak ada je yang siap bawak anak datang lab
buat keje sambil jaga anak

so 
bukan semua orang sama
bukan semua orang adalah seperti yang korang pikirkan

ok meh kite bincang tenang-tenang kenapa perempuan sekarang suke belajar tinggi-tinggi

1- bukan tak trust lelaki untuk tanggung mereka. Tapi ni untuk masa depan mereka betul tak? Ada je kes-kes yang sebulan kawen laki dah tak panjang umur. Kalau perempuan tak tau nak berdikari/ takde keje/ tak reti carik keje- sape nak tanggung? Tambah plak yang anak berderet. Kalau bini keje biase-biase je tapi dah jadik ibu tunggal tak ke suffer nak besarkan 10 orang anak sorang2?
ni bukan aku kata-ni banyak keluar kat TV/berita/radio

*apa? korang tak pernah dengar? Mungkin korang kena kurangkan aktiviti sosial korang dan lebihkan tengok berita kt TV or at least baca newspaper
kikikikikikiki

ok enuff laugh

2. Selain daripada ajal maut yang memisahkan suami isteri- jangan lupe ada satu jenis makhluk perosak yang attracted to sum1 else hubby/ sum1 else wifey.
So naseb korang cane lepas tu? 
Jangan tanya aku, korang pikir sendiri

sure korang akan cakap
belajar tinggi-tinggi pun tak jamin laki ko tak cari pompuan lain kan?

Yes memang tak jamin pun
But 
at least aku leh jamin masa depan aku sendiri (InsyaAllah) tanpa perlu bergantung pada orang lain

then korang akan cakap

belajar tinggi pun nanti masuk dapur gak

korang ingat yang belajar tak berapa nak tinggi tu masuk dapur sangat ker?

apa kaitan dapur dgn ketinggian education korang
oh pelissss jangan meng'kuno'kan pemikiran korang yg korang anggap moden sgt tu okeh?

aku dari dulu sampai sekarang pun masuk je dapur
hari-hari masuk dapur masak tarak hal punye
kekerapan aku masak adalah lebih kerap berbanding perempuan yang tak habes sekolah masak
tak percaya?
ada aku kesah?

tak yah la korang ingat aku belajar tinggi ni sebab sebab tak nak masuk dapur
haprak sungguh mindset korang
dan
korang akan cakap
kalau tak usaha memang takkan dapat jodoh??
ye betul tapi korang kena ingat jugak
apa jenis usaha yang korang buat untuk dapatkan jodoh? pegi club? lepak2 kat KLCC? tunggu mamat hensem datang tegur korang minta no tepon? adakah itu usaha korang??

korang usaha la macam mane pun tapi make sure usaha korang tu di landasan yang betul
dan paling penting letak Allah no 1 dalam usaha-usaha korang nak cepat kawen tu

kalau Allah tak izin korang tetap tak kawen walaupun dah berpuluh laki korang kenal betul tak?
Dengan izin Allah gak la 
walau pun korang baru kenal sorang laki, dah boleh dh korang kawen-again "izin Allah"

So lastly aku nk conclude kan kat korang:

1-ubah la mindset korang tu sebab ia tak menjamin apa-apa pun
2- it's good that u concern and care about your single buddy-but its better to respect her/his personal life
3-bersederhana la dalam apa pun yg korang buat + yg korang pikir
4-remind yourself that- bukan semua orang berfikir macam korang dan ingat yang korang pun tak berfikir macam semua orang yang lain
5-Untuk dapatkan jodoh memang kite kena usaha + tawakal dan paling penting -Izin Allah
6- Jodoh dan ilmu- 2 perkara yang dituntut dalam islam. So, jangan la korang abaikan salah satu demi mencapai yang satu lagik.


p/s: isu ni memang takkan habis kan?

Friday, July 01, 2011

Serious talk: Perempuan Pisau Cukur (PPC)


Perempuan Pisau Cukur (PPC)

Amaran awal: Ini adalah ‘serious talk’

Perempuan pisau cukur ni ialah sejenis golongan perempuan yang hobinyer cukur poket lelaki tanpa rasa bersalah malah telah menjadikan tabiat itu sebagai rutin kehidupannya. Dan akan menjadi ketagih kalau tak buat ‘or’ bile tak dapat.
Spesies yang membiak secara berkumpulan dan merbahaya ni telah dikategorikan seperti berikut;
a)   1)   Pisau cukur bulanan; Yang mencukur poket lelaki secara ‘monthly’. Maknanya asal buayafren dia ni dapat gaji je pisau cukur dia pun berkilat la. Setiap hujung bulan shopping di KLCC, Pavilion, Sunway Pyramid dan pelbagai tempat yang dipenuhi ‘branded stuff’ dan makanan sedap yang mahal tapi belum tentu konpem HALAL.  Ketajaman pisau cukur di asah setiap hujung bulan.
b) 2)  Pisau cukur mingguan; Yang mencukur poket lelaki secara mingguan. Maknanyer setiap hujung minggu adalah minggu wajib ‘dating’. Sebab ape? Sebab tiap kali dating mesti nk kena tengok wayang kapel seat + popcorn + drinks yg besar punyer + makan kt tempat stylo lagi mahal (Still tak konpem HALAL) + shopping (Kasut 3 pasang + baju wajib PINK + alat make up Estee Lauder dll). Ketajaman pisau diasah setiap hujung minggu
c) 3)   Pisau cukur harian; Yang ni paling tajam. Setiap hari dia mencukur dan sekaligus mengempiskan poket lelaki yg di target. Maknanye segala perbelanjaan harian (atau mungkin hampir segalanya) adalah di tanggung oleh lelaki yg terlibat. Contohnyer tak yah tunggu hujung minggu la kalau nk menengok wayang dan dinner di tempat elite, malah setiap hari pun nk tengok midnight movie (after waktu kerja) sekali pakej makanan mahal di tempat yg mahal yang masih lagi belum tentu konfem HALAL.

So, bagi kaum perempuan, cube check apekah korang ni tergolong dalam mane2 spesies PPC di atas atau pun xde dlm mane2 golongan tersebut. Kalau yang takde tu jangan la marah. Bersyukur la ok!

Bagi yang dapat detect korang dari golongan yang mane (a,b,atau pun c), SILA dan TOLONGLA ubah diri anda. Tumpulkan cketttt pisau cukur tu. Tak baek ok!
Saya tahu dan ramai tahu ada di kalangan korang yang tak sedar korang dah jadi PPC. So sekarang ni tolong-tolong la sedar. Bayangkan kalau abang korang ker adik korang ker tak pun pakcik korang ke jadi mangsa PPC. Hangin tak?? Macam tu la perasaan mak kepada lelaki yang korang dah kempiskan poket dia tu dan macam tu la perasaan ayah, adik, kakak, abang, atok, nenek, moyang dorang bile duit ATM anak2 bujang dorang ni memanjang je kosong.

Kepada pasangan kapel2 di luar tu. Kot ye pun nak dating sakan, agak2 la yek. Kalau duit asyik perabih ke dating je bile nak kawinnyer?
Asal kumpul duit je habes asal habes je kumpul duit.
Lepas tu, bila buayafren korang lambat masuk meminang korang pun merajuk dan mula la cari lelaki lain yang lebih kaya sebagai mangsa baru dan seterusnyer jadikan mangsa baru itu sebagai calon suami terhebat dalam list korang sekiranyer mereka layak menanggung perbelanjaan perkahwinan walaupun telah dikikis secara bulanan, mingguan atau harian.
Adakah itu yg Korang nak?

Saya bercakap bukan memihak kepada kaum adam. Saya sebagai kaum hawa memang suke sangat kalau dorang ni suke je bagi hadiah dan belanja kite macam2. Konon sebagai tanda sayang. Tapi korang tau tak, tanda sayang mereka yang paling besar itu ialah apabila mereka masuk meminang korang!
So untuk dorang masuk meminang korang dan sekaligus menjadikan korang bini dorg yang sah ialah for sure kena ada duit!
Kalau korang dah kikis still ada lgik ker duit belanja kawin?. Nak belanja kawin bukan sikit woooo

Kadang2 tu kaum adam yg korang target ni berlagak kaya je lebih tpi poket belum tentu tebal babe. Ada yang sanggup tak makan sepanjang hari sebab nak makan ngan korang candle light dinner. Kalau tak tunaikan apa yang korang nak takut melepas plak kan. So korang yang kaum hawa ni tak kesian ke pasangan korang sanggup berlapar demi korang? Bangga? Bagus la kalau korang rasa bangga sebab itu menunjukkan kehaprakkan korang sebagai perempuan. Malu beb pompuan camni!

So nasihat saya untuk kaum Hawa

‘’kalau korang sayangkan pasangan korang & memang berniat nak sehidup semati, sile la bantu mereka kumpul duit. Beli apa yang patut dan bersederhana. Jangan minta benda merepek2. Dah besar baya mak orang pun nak soft toys lagik. Dan please la tak yah la nk tiru macam Nora Elena. Asal merajuk je nk kena pujuk dengan bunga. Please la. Korang bukan cantik macam Nora Elena pun & buayafren korang pun tidak sekacak Aaron Aziz, so please la k? berpijak di bumi yg nyata’’

bagi kaum Adam plak

‘’ Jangan la korang nk bersuke ria plak saya wat entri cenggini. Dan please jangan ambil kesempatan bile gelifren korang tu jenis yang tak meminta. Dia tak meminta tu sebab nak tolong korang kumpul duit kawin. Jangan la plak korang amek kesempatan wat tak reti je bile time birthday dia ke anniversary korang ker, tu kalau nak rasa perang dunia ke-3 cube la try test yek. Sekali sekala hargai la mereka dengan pemberian ikhlas korang tanda cintan cintun korang tu.
Jadilah lelaki yg romantic, yg pandai jaga hati pasangan korang tanpa pembaziran (membazir itu amalan syaitan). Yang penting, berbelanja lah utk perempuan yang telah halal bagi korang, bukan untuk yang masih tak confirm lagik. Ingat, bile korang tak berduit, bile2 masa mereke boleh lari mencari poket yang lebih tebal.

Pada korang2 yang ada aweks spesies camni, adalah dinasihatkan banyakkan istikharah. Adakah perempuan seperti ini korang nak tanggung sampai korang masuk kubur? Cukup ke gaji korang nak tanggung soft toys idaman mereka? Yang mungkin dorang juge akan merengek bersama anak2 korang di shopping kompleks menginginkan soft toys. Atau apekah korang sanggup men’sponsor’ perempuan tersebut sambil berpuasa tak berniat sepanjang tahun asalkan dia happy? Sungguh besar pengorbanan korang. Dan dia juge sungguh happy ada pak turut yang sanggup berkorban untuk dia (sambil dia tersenyum riang dan menyiapkan wishlist dia untuk next shopping item!)’’

Pilihan di tangan korang, Adam dan Hawa. Pilihlah jalan kebahagian yang menyenangkan, bukan menyusahkan.

p/s: berbelanja untuk orang tersayang itu tidak salah, tetapi haruslah berpada-pada. Dan berbelanja utk perempuan yang halal bagimu ialah tanggungjawab.

Wednesday, June 01, 2011

♥!




"Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita."

"Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!"

Ustaz Pahrol Mohd Juoi 
artikel 
iluvislam.com

Sunday, May 22, 2011

Bila hati dan akal berbicara tentang cinta



Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..
Akal : Assalamualaikum, sahabat.
Hati : Waalaikumussalam...
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati terdiam...
Akal bertanya sekali lagi.
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati : Kurang sihat mungkin.
Akal : Mengapa?   
Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...
Akal : Dia yang mana, sahabatku?
Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..
Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.
Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.
Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.
Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.
Akal : Apa makna cinta?       
Hati : Kasih dan sayang.
Akal : Bagiku cinta itu gila.
Hati : Mengapa pula?
Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.
Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?
Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.
Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.
Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?
Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.
Hati terdiam lagi...
Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?
Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?
Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..
Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?
Hati diam dan tertunduk...
Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!
Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...
Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!
Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...
artikel dipetik daripada

Thursday, May 19, 2011

Cinta Cara Islam


assalamualaikum
lately ni entry byk pasal cinta kan?
bukan ape
saya agak tertarik dengan isu ni dan still nk belajar tentang isu ni dgn lebih mendalam lagi
so bile terbaca artikel dr iluvislam.com
saya nk share artikel yg simple tpi padat ni pada kawan2 semua
e n j o y ^^

..............................................................................................................................
Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu?
Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.
Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.
Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.
Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh".
Masyarakat Sudah Lari
Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.
"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang.
Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan," terang beliau.
Konsep Meminang
Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, "Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas.
Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah haram perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda.
Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan," jelas beliau lagi.
Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta.
Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.
Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.
Perigi Cari Timba
Ada pula yang berkata, "Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, 'macam perigi mencari timba', 'wanita tidak bermaruah' dan macam-macam lagi." Sabar dahulu saudari.
Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.
Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah.
Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.?
Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.
Indahnya Cara Islam
Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT (C) 2011-2012. All Right Reserved by Farah Liyana