Followers

AQSA2GAZA3

Showing posts with label Drama kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Drama kehidupan. Show all posts

Sunday, August 12, 2012

Tesco-Jusco-MP-Ayam golek Roti John


Assalamualaikum



Lately ni rajin plak update blog pepagi. Ni sume pasal nak ngelak tido siang pas sahur. 
Well, ia berjaya. teheee.

Neway setelah sekian lama terperuk kat rumah dan cc dan rumah dan cc jek, baru la semalam kitorang sefamili keluar jengjalan. Tu pun sebab si kecik (tak la kecik sangat) nak beli baju raya. So sebagai kakak yang prihatin haruslah kite menemani dia kannnn 

adik kakak

Our 1st destination was Tesco<-- si kecik jugak yang request.
Katanya banyak baju cecantik kat sini. So kite memang pegi la sana. Tapi Ya Rabbi... mahal bebenorrrrr. Naseb baik la si kecik ni reti berjimat. Direjeknyer baju yang mahal tapi lawa tu. Frust la kakak kat kedai tu hahaha.
So then kite ziarah jiran sebelah TESCO iaitu JUSCO. Sini pun takde menda sangat la. Sekejap je kat sini. Manusia pun berderet-deret. Semua pakat shopping last minit ke hapa..

Last adik cakap nak g MP. Banyak pilihan katanya. Siap cakap after MP nak g DP lak. Semangat ko cari barang yekkk
Tapi DP tu tak sempat punn, lain la kalau ko nak berkampung kat situ kan hahahha

redddishhh
Yang ni dah sampai Mahkota Parade.
 Sebagai seorang kakak yang prihatin, bile adik test kasut, kakak pun kena test sama-sama jugak. bukan pe, adik aku ni pemalu cket. terutama bab test2 kasut ni. 
so dapat la den tumpang sepasang.
Tapi tak beli yang ini pun yekk. Tak kuase nak ber heels di pagi raya

tak sanggup den pakai. ada yang jatuh tergolek kt rumah terbuka karang -.-'

So bergambar jek la ngn heels tinggi gini. takde maknanyer nak beli. Heels tahun lepas pun baru pakai 2-3 kali. See, i m not a "heels" person. cume kekadang tu tergoda sikit la kan. nama pun pompuan ;p

Gelato Fruity @ Mahkota Parade

We didn't make it to break our fast at any restaurant here. semua pon fully reserved. haiiiyaaa. ni kes cari barang laju-laju sampai lupe nk reserved tempat. so our last choice, kitorg beli jek drinks and keropok+biskot kt NEws dan beli ice cream kt Gelato. hehe mak den teringin nak rasa eskrim sini. tercapai gak keinginan kannn

Left: oreo and vanilla
Right: dragon fruit and melon

Semua pun sedap


we still craving for 'real' foods. Memasing lapar kott -.-. 
so papa suggest g cari ROTI JOHN. and all of us agreed! yippieeeeee

oh oh kenapa hepi makan roti john?

Melaka punyer roti john is the best okeyy
tak sama macam yang kat KL punyer

Actually rumah kitorang ngan tempat roti john ni (Tg Kling) tersangat la jauh. So alangkan dah ke bandar kitorang pun meredah gak la

le Roti John yang enakkkk bangat
Roti John ni takde mayonese, this is why i loike it! Kena ngn selere den. kalau ada mayonese tu cam cepat muak la kan. Kedai yang jual roti john ni nama nye Barkat Roti John, ada kt Tg Kling. Sini pun bukan semata-mata roti je, tapi femes ngan ayam golek mereka. 
3 roti john makan on table dan 2 lagi bungkus untuk sahur. ni memang betul lepas kempunan berbulan tak makan.

le ayam golek2
Ayam golek memang sedap. Disebabkan kitorang melepas makan kat Kenny Rogers sebab dah fully book, maka ayam golek la pengubat keciwa. Sodappp. Sesape datang Melaka mai la makan sini sekali.

rembat jus tembikai abang tehee
Kite order teh o. Minum jus ni sebab nak lepas kempunan. hahahha

nasi goreng ayam 
Masakan panas pun ada sini. Senang cerita sini sume ada la. 

sup sayur


konon candid hahahha

ni merajuk tak dapat g DP ke penat dik oii

Pape pun semalam memang best . Every year pun we experienced the same things which all restaurant memang akan full house punyer after 530-600 pm. But still takde sorang pun teringat nak book awal. I guess memang rezeki ayam golek dan roti john la kami kan. Syukur ALhamdulillah.

p/s: Kalau nak pi ke Barkat Roti John tu, korang pepandai la google ek. Senang jek.


Saturday, February 11, 2012

Me no Karaoke yo




These are the reasons why I'm not a big fan of karaoke

No offend! Chill!!



p/s: Thanks Maria for the video (me grab it from youtube). 
tot i m the only "youngster" dun like karaoke

Monday, January 16, 2012

We are talking the same language but you couldn't understand?


Salam every one,

Lama tak buat entry serious. Like seriously S E R I O U S

Cter dia macam ni.....

I notice something about me which is good but not very good 
( confuse sudah )

Since when (tah.. cannot remember exactly time and date)

I'm always put someone else first and myself second

and it has been yearssssssss

At first I thought this is good because I can tolerate and make others happy
But this kind of toleration is so not healthy

Trust me

People will talk and I m always listen 
but when it's time for me to talk no one listen (some only listen- and I m thanking Allah for that)
You keep asking me to do this and that
and my opinion is like rubbish?

I'm talking the same language like others but how come you can understand and accept their opinion but not mine?
we are talking about the same thing here

HELLO PEOPLE
I am not a doll or tembok or whatever

I am human with feelings and brain
I know what I'm doing

You giving advice- I listened
But please- stop being so annoying and treat me like the stupidest human ever

Me myself keep on sakit hati because of nak jaga hati orang lain!

Penat ok

and you've got my last nerve


p/s: made decision for your own future not some one else future. You don't have rights to do that.

Tuesday, October 11, 2011

Santai rilek-rilek


Assalamualaikum

Bersawang dah blog ni kan

kalau tengok dari last entry Farah is on September 29, and now dah 11 October- WOW tempoh yang cukup untuk ia bersawang mawang. Ehhhh- Sila abaikan =.='


Life Farah sekarang ni Alhamdulillah semuanya baik-baik aje. Walaupun life macam roller coster-jap naik jap turun (dengan lajunya) Alhamdulillah things are getting better.

Farah still bekerja di company yang sama, di bawah bos yang sama-yang humble & cool (Bos tak baca blog ok so ni bukan ayat nk minta increment!=p)

Farah bersyukur sangat Allah selamatkan Farah daripada buat kesilapan. Alhamdulillah. Sebab itu la kite ni hanya merancang tapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Dia la yang akan menentukan segala-galanya.

So forget the past, concentrate on present & focus on the future!

Yessa

Kite ni manusia selagi hidup-bernyawa dan masih bernafas secara sihat, mestila usaha dengan sebaik-baiknyer untuk mengumpul bekalan dunia & akhirat

Dunia- untuk make sure kite kt dunia ni hidup dengan aman, gembira dan senang. Tak perlu la terlalu kaya sebab orang kaya pun tak semestinya happy. Yang penting kite bebas hutang, mampu memiliki apa yang kite nak, hidup cukup makan minum, ada tempat berlindung dan yang paling penting-mampu BERBAKTI pada IBU dan BAPA kite.

Akhirat- bekalan untuk akhirat supaya mudah hidup kite di dunia sana, InsyaAllah....

Muhasabah diri dan saling ingat-mengingati

Semoga kite semua mendapat keredhaan yang Maha Esa. Amin....

Thursday, September 22, 2011

When he cheated on you



Assalamualaikum 

Ha... tengok pada tajuk entry ja korang suma dah leh agak kan? kan? kan?

ok kite straight to the pointttt

Tadi masa sedang berehat-rehatan dan berfb-fbian, Farah terrrrrbaca satu komen kat wall member Farah ni. Tersentap bila ada sorang pompuan ni maki-maki la member Farah ni (ofkoz yang dimaki ialah lelaki). So dengan niat nak bizi body teringin nak tahu Farah pun usha la fb kedua-dua nyer. (Tak pernah-pernah plak aku stalk fb orang =.=') kan!

So apa yang di fahami is, perempuan ni marah la sebab si lelaki curang= ada awek lain yang lebih seksi dan geli-geli. Almost every post pun dia komen dengan cacian dan makian + sumpah seranah + yang seangkatan dengannya.

So, kenapa Farah nak nyibok plak kan sampai buat entry????

Bukan niat nk menyibok or sebarkan keburukan orang,
Farah just rasa SANGAT MALU dengan diri sendiri sebab kaum sejenis Farah jadi macam tu

Ye la, mamat tu memang dah sah salah pun sebab curang kan
Tapi tak perlu la nak maki-maki kt fb, kan public tu kan
Maybe dia ingat leh malukan lelaki tu BUT girl, u just mengaibkan diri u sendiri ma
MALU ok

Mane la maruah you as perempuan
kot ye pon he cheated on you, tak perlulah you nak hebohkan satu dunia and telling them why he cheated on you (by maki-maki, people will say "no wonder he dump her, she's really have the bad attitude"

So nampak tak??????

Tak??? Wutever *

So what should we do when our boyfie cheated on us (for girls only, ofcoz)

First
Never start with yelling in public/ in fb/ in twitter
If you'r so damn hurt pun pi la slow talk kt ym ka, fb chat ka skype ka
tepon ada kan? sms boleh nak calling2 pon boleh kan
personal matter settle cara personal la
hang pi kalut-kalut dalam fb ingat ada orang nak kesian kat hangpa ka
depa dok kutuk lagi ada la
tak ke malu
malu weiiii maluuuuu


Second
if the slow talk doesn't work
move on je la makcik oiiii
awat hang terhegeh2 nak kat dia
depa dok berkepit ngn pompuan laen dah cukup membuktikan betapa depa tak layak untuk hangpa
awat hang nk tergedik-gedik meraung panggil depa balik
pliss pliss jangan jatuhkan martabat anda sebagai seorang wanita

dan korang tak perlu la nak start adegan rampas merampas kembali hak anda la kunun-kununnya
nak rebut-rebut plak mamat tu pasai pa
dah nikah ka? blom kan? So??

If he never fights for you, why should you fight for him??
because you love him is it? then how about him? when his attention are for someone else, someone new and someone fresh, no matter how hard you try it won't work.
Don't make a fool of yourself darling

Good people won't put expired date for someone their love

So,
pi la carik orang yang jauh lagik baeekkk dari dia

ingat janji Allah

lelaki yang baik untuk pompuan yang baik, begitulah sebaliknya


Third
Takyah dok gedik-gedik pi post lagu-lagu jiwang frust menonggeng kat wall dia
hangpa ingat depa rasa pa
depa rasa besaqqqq la
rasa cam baguiih sangat

Seterusnye
Tak yah nak ingat-ingat
buang masa ja
ingat family hang lagik baguihhhh
ingat Allah lagik baguihhh
move on je life tu
Ingat, everything happen for a reason
Semua yang berlaku ada hikmahnya

Kalau rasa sakit hati sangat-sangat yang teramat sangat sampai nanges 40 malam sampai banjir satu bandar
Pi la doa pada Yang Esa
minta dipulihkan hati
minta ditunjukkan jalan untuk hidup yang lebih baek
minta ditunjukkan kebenaran
kalau tak puas hati gak
kalau rasa korang confrim antara orang yang teraniaya
doa la untuk hukuman dan balasan yang setimpal
Jangan kata Farah ajaq korang doa benda jahat kt orang ek
bukan ek
just nk remind korang
Doa orang yang teraniaya dimakbulkan Allah

Tapi jangan lupe, diri kite sendiri pun tak sempurna
Instead of kite keep on blaming others, pe kata kite muhasabah diri
Improve ourself to be better muslimah so that we deserve a better muslim, InsyaAllah =)

p/s: don't let others become your priority while you'r just an option for them
entry kali ni macam ada kecelaruan dari segi bahasa. Secara tetibe loghat utara kuaq wpun baru seminggu berada di sini. Opssss ampunnnnnn @_@



Wednesday, September 21, 2011

I wish....



I wish I know what my heart wants
I wish I know my future
I wish I won't choose the wrong path
So that I won't choose the wrong life

I wish I know what I'm getting involve into
I wish I know how hard my life will be
I wish I know how easy my life will be
Therefore I will choose the easier path
So that I wont choose the harder one

I wish I know better
I wish I know lesser
So that I will know which one best for me
So that I will know which one worst for me

I wish my life will be easier
When I wish I'll know what my heart wants

I wish my heart tell me something
I wish my heart feels something
Something that give me the reason to be here
or the reason not to be there

Dear Allah,
You're The better Planner
I know there is something for me here
You're The Only One knows better
Please give me the courage to continue what I've started
Give me the courage to finish the task given
because its too early to give up
too early to let go
and I know that I won't give up
I know I won't let it go
Cause Allah, You know better than anyone else

I wish my heart tell me something...

Tuesday, September 13, 2011

Hijrah itu pasti


Lama dah x update blog tersayang ni. Sure korang datang sini je tengok entry lama je kan. Maap la yek.
Zaman bizi mizi ala-ala Perdana Menteri sekarang ni. Bizi dengan kerja-kerja yang kat sana, yang kat sini dan sibuk prepare untuk kerja-kerja yang nun jauh kt sana tu plak.


tak paham? xpe la saje je merepek hik hik hik


Neway tak lama lagi Farah akan ber'hijrah' ke tempat yang jauh. Jauh tu tak la jauh sangat tapi distance nyer lebih jauh daripada tempat Farah sekarang.


Kuasa Allah itu Maha Hebat. Perlahan-lahan Dia didik Farah untuk 'hijrah' dari tempat yang tak berapa jauh dari rumah Farah, then 'hijrah' ke tempat yang jauh sikit dan kali ni sampai masa untuk Farah 'hijrah' ke tempat yang lebih jauh.


Setelah sebulan lebih pecah otak pikir samada Farah nak 'allow' anjakan paradigma dalam life Farah ni atau pun tak. Akhirnya keputusan tekad telah pun dibuat. Terima kasih pada semua family dan sahabat handai, rakan-rakan terutama mama dan papa Farah sebab sentiasa disisi, nasihatkan Farah dan sentiasa sokong keputusan Farah. Keputusan kali ni memang agak berat untuk dilaksanakan tapi Alhamdulillah Allah memudahkan urusan ini. Semoga Allah sentiasa memudahkan urusan kite semua, terutama sekali jika ia melibatkn jihad. Alhamdulillah...


Kepada family dan kawan-kawan yang bakal berjauhan dengan Farah (sob sob sob); ni amaran keras untuk korang;-


Jangan lupe kat Farah yek. Walaupun kite jauh di mata (naek kereta pun jauh gak) tapi biarlah tetap dekat dihati, ingatan dan memori bersama jangan la dilupekan.


Khamis ni last day Farah kat lab yang canggih manggih ni. Sure akan rindu tempat ni, tapi ini la pengorbanan yang perlu Farah lakukan untuk capai cita-cita Farah dan juga 'improve' diri Farah to be a better person.


To my Masterskill buddies: its a great oppurtunities knowing u girls. Keep in touch! and Mira-dah bersalin inform me ok?
Syaida, Sarah, Aen, & Azie : Pray all the best for all of us
Mimi: Congratulations to you too! Moga success di tempat baru v^^


To my UM buddies from degree until Master: I♥you berry strong in the heart
Mane2 celebration-forget me not! nnti kena cubit kt bun*** karang baru tau!
Walau tak dapat join but still nk nyibokk gak =p


Erni & Thasha: be a good wife and a better muslimah. forget me not!


Im & Adik: this year tak dapat celebrate bday mcm tahun2 sudah. be a better wife, a better muslimah and ofcoz a lovely mother (to adik)


To my family: nampaknyer rajin la kite vacation kat utara yek! =p


Love all of you till my heart stop beat!




p/s: Amanah Allah untuk setiap hambaNya selagi masih hidup haruslah dilakukan dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas. Semoga Allah meredhakan setiap perjuangan jihad kite. Amin....

Friday, August 26, 2011

Ramadhan yg berlalu pergi...


Assalammualaikum

Kepada semua pembaca blog Farah yang setia-yang comel-yang hencem-yang anggun-yang menawan

Sempena Ramadhan yang ke-26 ni (dah penghujung kan sob sob) hope kite semua termasuklah Farah akan terus menjalankan kehidupan sebagai hamba Allah dengan ikhlas dan sabar. Ibadah yang kite lakukan sepanjang Ramadhan diharap akan terus diamalkan dibulan-bulan yg lain juga.

Pada yang rajin bertahajud, solat taubat, solat hajat, istikharah dan sebagainyer-semoga kite semua tak abaikan ibadah2 tersebut di bulan2 yg lain juga. Walaupun hanya ibadah yg sunat, namun pahala dan ganjarannya sgt hebat.

Dan paling penting-sahabat sejati kite...al-Quran... semoga kite tidak hanya membuka lembaran dan menghayati kandungannye ketika ramadhan sahaja..

Jadikan Ramadhan sebagai pencetus untuk kite semua berubah menjadi lebih baik dan lebih rajin beribadah. InsyaAllah....

Semoga bertemu pada Ramadhan yg akan datang.... 

Sunday, August 21, 2011

Serious Talk: Apa nak kecoh?



Lepas sahur ni macam tak best jek nak terus tido. Nanti takut menambahkan spare tires kat perut dan beberapa bahagian badan yang lain
ok
start entri baru untuk pagi yang indah ini
---------------------------------------------------------
Entri kali ni agak serius berbanding entri2 yang ringan sebelum ni.
Bukan apa, cuma isu ni dah lama sangat dah tapi still continues, non stop ok!

Serius tak larat dah nak melayan kerenah orang-orang yang lebih risaukan diri kite seolah-olah macam kite ni tak risau langsung pasal diri sendiri

*sigh

ceritenyer tentang sikap manusia yang memang suke risaukan masalah orang lain dan bertindak seolah-olah tuan badan tak reti nak rancang masa depan sendiri

to be specific
People: Please stop asking me about MARRIAGE

Masyarakat kite ni memang sukeee sangat ambil berat hal orang laen (tak salah pun sikap concern korang but please put your limitation)
terutama sekali kalau tengok jiran sebelah tu anak dah berderet
yang berderet tu sume dah keje besar-besar tapi still tak kahwin lagik

so ada paham ka situasi kat sini

Minah: eh Mamat, sampai bila ko nak duk membujang cam ni cian la kt mak ko tu ha kempunan nak kan menantu pompuan. 
Mamat: I.Allah kak Minah. Ada jodoh ada la
Minah: Ehhhh ko jangan cakap camtu mat! Ko kena carik dari sekarang karang jadik bujang terlajak karang sape yg susah 
Mamat: (aku tak kahwin ko ke yang susah).  
Minah: Kalau ko nak akak ada calon ni. Esok akak bawak ko jumpe dia yek. Cun orangnyer, baik dan pandai masak lagi. Sure ko suke punyer 
Mamat: tak pe la kak minah. toksah le susah-susah 
Minah: eiiii ape susahnyer, tak susah punnnn. Esok akak bawak dia datang umah ko yek 
Mamat: *speechless

daripada dialog yang tak seberapa nak ikhlas kat atas tu (harap korang paham-sebab aku malas nak sambung dialog yang langsung tak menarik perhatian aku untuk sambung)

Orang-orang kite ni selalu ada teori yang SALAH set dalam kepala otak dorang

asal belajar tinggi je kahwin lambat
asal kahwin lambat je belajar tinggi

aku memang sangat tak setuju dengan statement tu

bile korang bagi statement cenggitu
secara automatik nyer korang telah menyatakan betapa korang tidak percaya pada statement yang kat bawah ni plak

Ajal Maut Jodoh pertemuan di tangan Allah

betul tak?

Allah sendiri pernah berfirman *sorry aku tak ingat dr mane tapi ustaz dan ustazah aku selalu cakap

kite kena terima qada dan qadar dari Allah betul tak?
ada qada dan qadar yang kite boleh ubah
contohnyer macam rezeki kite
kalau kite berusaha kite masih boleh ubah naseb kite 
contoh macam kite keje kilang tapi teringin nak gaji extra so kite leh part time untuk dapat side income kan?
or kite boleh amek sijil, belajar part time pelan-pelan lama-lama dapat ijazah pastu leh keje duk dalam opis yang ber'air cond'
betul tak?
ok tu contoh qada dan qadar yang boleh diubah

dan ada juga qada dan qadar yang tak boleh diubah
Allah dah tentukan awal2 so buat la macam mane sekali pun kalau belum tiba masa benda tu nak jadi, memang takkan jadik punyer

contoh paling common ialah Ajal
kalau dah sampai ajal ko tak leh nak suruh malaikat maut tu bagi ko extra 5 minit sebab ko nak tulis wasiat bagai
same goes to JODOH

Kalau tertulis jodoh ko umur 23 ko nak ngelak camne pun ko tetap kawen umor 23
kalau jodoh ko tak sampai-sampai lagik walau ko dah cecah 40
ko paham-paham je la memang jodoh ko belum sampai lagi

so?

apa nak kecoh umur 26 tak kawen lagi?? 
(tak pasal-pasal kena mention -.-')

 kat sini meh aku cerite kat korang
sepanjang aku sambung master ni korang rasa berapa ramai member seusia aku yang turut amek master dah kawen? yang akan kawen? dan yang sedang merancang untuk berkawen?
2?
3?
10?

lebih dari yang korang sangka kan 

so jangan pepandai nak kata aku lambat kawen sebab aku amek master

YEs memang lelaki takut nak dekat ngan pompuan yang belajar tinggi2
so masalah aku ke?
should i uneducated kan diri i ni sebab nk lelaki dekat ke?
Hell no! that is very cheap ok?

korang kena ingat yang:
1) further study bukan penghalang jodoh macam yg korang set kan dalam mind korang tu
2) bukan semua student master/PhD katak bawah tempurung/anti sosial
3) lambat kawen sebab nk fokus belajar?

Further study bukan penghalang jodoh
back to basic

ajal  maut jodoh pertemuan di tangan Allah
so bile korang cakap study tinggi-tinggi ni lambat kawen means korang dah mempersoalkan kerja Allah
hebat sangat ke korang nk persoalkan ketentuan dari Dia?

not to mention
Rasulullah saw pernah cakap
"tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China"

so obvious tak ilmu tu pun tuntutan dalam agama?
Student master/PhD anti-sosial?

korang seyes sure confirm ke statement korang ni?
korang tak pernah dengar cerite budak U rajin pegi clubbing??
(aku memang tak pegi la but ramai yang pegi ok-anti sosial ke?)

cuber korang tengok budak U dulu dan sekarang
tiap-tiap minggu naik genting main theme park
setahun tah berapa kali pegi piknik dengan member-member 
tak masuk lagi buat reunion sekolah rendah
follow dengan reunion sekolah menengah
pastu bulan depan plak reunion matrik

tu belum masuk aktiviti luar yang dorang join sampai terbang satu malaysia
join sport
tengok F1
tengok motor GP (tenkiu Im ajak i tengok masa kite degree dulu)

so anti sosial ke?
teringin plak nak tahu orang yg cakap budak master ni anti sosial ni macam mane cara dia bersosial yekk

Lambat kawen sebab nak fokus kat study

yang ni tak dinafikan memang ramai yang nk fokus study maka nye dia letak soal kawen no 2
but

aku pun ada je kawan yang time degree dah kawen
siap ada anak sorang lagik
time final exam leh bawak perut masuk dewan
tu time degree yek

time amek master plak ada je yang siap bawak anak datang lab
buat keje sambil jaga anak

so 
bukan semua orang sama
bukan semua orang adalah seperti yang korang pikirkan

ok meh kite bincang tenang-tenang kenapa perempuan sekarang suke belajar tinggi-tinggi

1- bukan tak trust lelaki untuk tanggung mereka. Tapi ni untuk masa depan mereka betul tak? Ada je kes-kes yang sebulan kawen laki dah tak panjang umur. Kalau perempuan tak tau nak berdikari/ takde keje/ tak reti carik keje- sape nak tanggung? Tambah plak yang anak berderet. Kalau bini keje biase-biase je tapi dah jadik ibu tunggal tak ke suffer nak besarkan 10 orang anak sorang2?
ni bukan aku kata-ni banyak keluar kat TV/berita/radio

*apa? korang tak pernah dengar? Mungkin korang kena kurangkan aktiviti sosial korang dan lebihkan tengok berita kt TV or at least baca newspaper
kikikikikikiki

ok enuff laugh

2. Selain daripada ajal maut yang memisahkan suami isteri- jangan lupe ada satu jenis makhluk perosak yang attracted to sum1 else hubby/ sum1 else wifey.
So naseb korang cane lepas tu? 
Jangan tanya aku, korang pikir sendiri

sure korang akan cakap
belajar tinggi-tinggi pun tak jamin laki ko tak cari pompuan lain kan?

Yes memang tak jamin pun
But 
at least aku leh jamin masa depan aku sendiri (InsyaAllah) tanpa perlu bergantung pada orang lain

then korang akan cakap

belajar tinggi pun nanti masuk dapur gak

korang ingat yang belajar tak berapa nak tinggi tu masuk dapur sangat ker?

apa kaitan dapur dgn ketinggian education korang
oh pelissss jangan meng'kuno'kan pemikiran korang yg korang anggap moden sgt tu okeh?

aku dari dulu sampai sekarang pun masuk je dapur
hari-hari masuk dapur masak tarak hal punye
kekerapan aku masak adalah lebih kerap berbanding perempuan yang tak habes sekolah masak
tak percaya?
ada aku kesah?

tak yah la korang ingat aku belajar tinggi ni sebab sebab tak nak masuk dapur
haprak sungguh mindset korang
dan
korang akan cakap
kalau tak usaha memang takkan dapat jodoh??
ye betul tapi korang kena ingat jugak
apa jenis usaha yang korang buat untuk dapatkan jodoh? pegi club? lepak2 kat KLCC? tunggu mamat hensem datang tegur korang minta no tepon? adakah itu usaha korang??

korang usaha la macam mane pun tapi make sure usaha korang tu di landasan yang betul
dan paling penting letak Allah no 1 dalam usaha-usaha korang nak cepat kawen tu

kalau Allah tak izin korang tetap tak kawen walaupun dah berpuluh laki korang kenal betul tak?
Dengan izin Allah gak la 
walau pun korang baru kenal sorang laki, dah boleh dh korang kawen-again "izin Allah"

So lastly aku nk conclude kan kat korang:

1-ubah la mindset korang tu sebab ia tak menjamin apa-apa pun
2- it's good that u concern and care about your single buddy-but its better to respect her/his personal life
3-bersederhana la dalam apa pun yg korang buat + yg korang pikir
4-remind yourself that- bukan semua orang berfikir macam korang dan ingat yang korang pun tak berfikir macam semua orang yang lain
5-Untuk dapatkan jodoh memang kite kena usaha + tawakal dan paling penting -Izin Allah
6- Jodoh dan ilmu- 2 perkara yang dituntut dalam islam. So, jangan la korang abaikan salah satu demi mencapai yang satu lagik.


p/s: isu ni memang takkan habis kan?

Monday, August 08, 2011

From Kenny Rogers to Sambal Hijau with ♥♥♥!


Salam Ramadhan semua ♥

Hari ni dah masuk minggu ke-2 kite berpuasa. Alhamdulillah selama seminggu ni semuanya berjalan lancar. 
Weekend yang lepas memang tak masak pun untuk berbuka (sebab berbuka kat luar). Cuma masak untuk sahur je (Alhamdulillah ^^)

Sabtu: Last minute plan~ leh plak nak gi makan kat Kenny Rogers (I guess sum1 miss the food here =p)

Ni pic2 food yang kitorang order hari tu. Macam biase la, kalau makan kat sini sure confirm akan order quater meal dia. At first, Farah order Balinese Gravy, tapi bila adik yg amek order tu cakap dia masam2 sikit, terus Farah change to black paper gravy. Black paper ni memang feveret dari dulu lagi.

Ash's meal


ni yang Farah order; every time pun side dishes pun sama je: baked beans, sweet corn and carrot and fruit


piah's meal; macaroni dia sedap jgk
our muffin; chocolate, vanilla and banana-sure la xhbes so tapauuuuu


 at the end of the day dapat apply Bpoint card. Walaupun kedengaran kurang femes diketika ini, tpi sebab dengar point terus apply =p


After berbuka sempat la jalan2 sekejap sambil cuci mata. Just a relaxing hang out. Balik rumah hati riang gumbira. Jangan tanya kenapa, sbb Farah sendiri tak tahu kenapa. hehehehehe


Ahad; Yang ni bukan last minute planning. this is 1 week planning and suggested by cik Fae mung Saranghye ♥ dan direalisasikan oleh gadis2 ayu ash-cuk, piah-cuk dan kak As anggun yang beroperasi bersama2 di hari kejadian. 

Majlis berbuka puasa ala2 Reunion budak2 Lab-UM ni disertai (skema) oleh budak2 lab dari generasi terawal sampai la latest generasi (current). 

Lokasi pilihan ialah Restoran Sambal Hijau yang terletak di Sg. Penchala. Restoran ni sebelah Masjid Kuning aka Masjid Jamek, so senang jugak la nak cari walaupun semalam first time Farah sampai sini.


Lokasi pilihan: Restoran Sambal Hijau
Menu pilihan

Ayam dara masak lemak cili api; serious sedap


ikan keli


tempe dan tauhu


Sambal telur puyuh;i Like!


ikan pari bakar; feveret!


Udang masak lemak cili api; top feveret!

Bandung cincau; terbaik ^^


the girls


2 generasi


reunion dan special guest ^^

us ^^
Million thanks atas kesudian meramaikan majlis. To Papa J, tenkiu sbb sporting melayan kereneh kami hehehe.....

p/s:  ♥ korang semua!


*tenkiu to ash & im for the lurvely pictures ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT (C) 2011-2012. All Right Reserved by Farah Liyana