Assalamualaikum
Lately ni rajin plak update blog pepagi. Ni sume pasal nak ngelak tido siang pas sahur.
Well, ia berjaya. teheee.
Neway setelah sekian lama terperuk kat rumah dan cc dan rumah dan cc jek, baru la semalam kitorang sefamili keluar jengjalan. Tu pun sebab si kecik (tak la kecik sangat) nak beli baju raya. So sebagai kakak yang prihatin haruslah kite menemani dia kannnn
adik kakak |
Our 1st destination was Tesco<-- si kecik jugak yang request.
Katanya banyak baju cecantik kat sini. So kite memang pegi la sana. Tapi Ya Rabbi... mahal bebenorrrrr. Naseb baik la si kecik ni reti berjimat. Direjeknyer baju yang mahal tapi lawa tu. Frust la kakak kat kedai tu hahaha.
So then kite ziarah jiran sebelah TESCO iaitu JUSCO. Sini pun takde menda sangat la. Sekejap je kat sini. Manusia pun berderet-deret. Semua pakat shopping last minit ke hapa..
Last adik cakap nak g MP. Banyak pilihan katanya. Siap cakap after MP nak g DP lak. Semangat ko cari barang yekkk
Tapi DP tu tak sempat punn, lain la kalau ko nak berkampung kat situ kan hahahha
redddishhh |
Yang ni dah sampai Mahkota Parade.
Sebagai seorang kakak yang prihatin, bile adik test kasut, kakak pun kena test sama-sama jugak. bukan pe, adik aku ni pemalu cket. terutama bab test2 kasut ni.
so dapat la den tumpang sepasang.
Tapi tak beli yang ini pun yekk. Tak kuase nak ber heels di pagi raya
tak sanggup den pakai. ada yang jatuh tergolek kt rumah terbuka karang -.-' |
So bergambar jek la ngn heels tinggi gini. takde maknanyer nak beli. Heels tahun lepas pun baru pakai 2-3 kali. See, i m not a "heels" person. cume kekadang tu tergoda sikit la kan. nama pun pompuan ;p
Gelato Fruity @ Mahkota Parade |
We didn't make it to break our fast at any restaurant here. semua pon fully reserved. haiiiyaaa. ni kes cari barang laju-laju sampai lupe nk reserved tempat. so our last choice, kitorg beli jek drinks and keropok+biskot kt NEws dan beli ice cream kt Gelato. hehe mak den teringin nak rasa eskrim sini. tercapai gak keinginan kannn
Left: oreo and vanilla
Right: dragon fruit and melon
Semua pun sedap
we still craving for 'real' foods. Memasing lapar kott -.-.
so papa suggest g cari ROTI JOHN. and all of us agreed! yippieeeeee
oh oh kenapa hepi makan roti john?
Melaka punyer roti john is the best okeyy
tak sama macam yang kat KL punyer
Actually rumah kitorang ngan tempat roti john ni (Tg Kling) tersangat la jauh. So alangkan dah ke bandar kitorang pun meredah gak la
le Roti John yang enakkkk bangat |
Roti John ni takde mayonese, this is why i loike it! Kena ngn selere den. kalau ada mayonese tu cam cepat muak la kan. Kedai yang jual roti john ni nama nye Barkat Roti John, ada kt Tg Kling. Sini pun bukan semata-mata roti je, tapi femes ngan ayam golek mereka.
3 roti john makan on table dan 2 lagi bungkus untuk sahur. ni memang betul lepas kempunan berbulan tak makan.
le ayam golek2 |
rembat jus tembikai abang tehee |
Kite order teh o. Minum jus ni sebab nak lepas kempunan. hahahha
nasi goreng ayam |
Masakan panas pun ada sini. Senang cerita sini sume ada la.
sup sayur |
konon candid hahahha |
ni merajuk tak dapat g DP ke penat dik oii |
Pape pun semalam memang best . Every year pun we experienced the same things which all restaurant memang akan full house punyer after 530-600 pm. But still takde sorang pun teringat nak book awal. I guess memang rezeki ayam golek dan roti john la kami kan. Syukur ALhamdulillah.
p/s: Kalau nak pi ke Barkat Roti John tu, korang pepandai la google ek. Senang jek.
sedapnya mkan..mai sikittt
ReplyDelete