Followers

AQSA2GAZA3

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Friday, June 14, 2013

Our Brain


Assalamualaikum

Saje nak share info-info menarik hari ini ^^


Wednesday, December 28, 2011

One way to cheer me up!




Hello korang!

hari ni Farah ada rasa cam DOWN sikit. Sikit jek la... erm... tah la
tetibe rasa macam lost plak. Tak tau ape tujuan kewujudan Farah kt dunia ni. Erk... Astaghfirullah hal azim...

So nak down lelame pun tak elok ok tak elok sangat.

So untuk meng "UP" kan balik Farah buat sesuatu sebaik Farah balik dari keje


1st
Farah cuci muka macam biase every time balik keje
Gold Kiwi Sun Cleanser dan Honey Black Tea cleanser
(Bau yang harum dari honey black tea memang mengasyikkan!)



2nd
Ni jarang Farah buat
seminggu 2 or 3 kali cukup la
Black Sugar Mask untuk smooth kan skin
(smooth ke =p)


3rd
Scrub muke lepas guna Black Sugar Mask
untuk remove blackhead dan whitehead yang nyibok!

4th

Acai Berry Mask
ni paling feveret
Khas untuk kulit Farah yang kering ni
kelembutan teksturnye menyebabkan Farah lupe masalah yang ada walau pun sementara


Setel keempat-empat step tu Farah rasa tenang sudah

Bile belek-belek muka kat cermin Farah sedar sumthing

Farah ada sepasang mata, hidung, mulut dan semuanyer Allah bagi sempurna tanpa cacat atau kurang anggota

Jadi bersyukur la atas nikmat Allah yang kadangkala kite tak sedar sebab asyik memikirkan kekurangan kite

Allah Maha Adil Lagi Maha Mengetahui

p/s: Alhamdulillah...

Thursday, November 10, 2011

Tips: Kurangkan Tekanan Darah dengan cara yang sihat





Hari ini entri Ilmiah ye kawan-kawan
Sila baca dengan sepenuh hati ^^

Apa itu tekanan darah tinggi? Tekanan darah tinggi juga dikenali sebagai hypertension. Penyakit yang seringkali dihidapi oleh orang yang berusia, dimana tekanan darah pesakit meningkat melebihi paras normal. 
*Zaman sekarang orang muda pun ramai dah ada hypertension*

Kalau nak cerita details tentang penyakit ni memang tak sudah. Sebab punca yang solid masih lagi tidak dapat dikenal pasti. Punca penyakit adalah lebih kepada gabungan pelbagai faktor termasuk genetik dan persekitaran.

Untuk maklumat lebih tentang darah tinggi, para blogger yang budiman boleh klik kat sini

Untuk entri kali ni Farah nak share dengan korang semua tentang kebaikan beberapa jenis makanan dalam mengawal tekanan darah kite agar sentiasa di tahap normal. 
Bagi pesakit darah tinggi pada peringkat awal juga boleh mengamalkan diet pemakanan yang sihat bagi mencegah penyakit kronik yang lain.

 
Celery

Tabib-tabib di negeri China telah berabad menggunakan sayur ni dan akarnya untuk mengurangkan tekanan darah. Ia mengandungi bahan fitokimia 'phthalides' yang berfungsi untuk me'relax'kan tisu-tisu otot di dinding artery (Salur Darah) dan melancarkan peredaran darah, seterusnya mengelakkan tekanan darah naik melebihi paras normal.

Cold-water Fish (Ikan air sejuk) <---- gile skema ayat =.='
Ikan yang disebut seperti di atas kaya dengan lemak omega-3 iaitu asid lemak yang amat penting tetapi tidak dihasilkan dalam tubuh kite. Omega-3 amat penting bagi sistem kardiovaskular. Selain daripada mengurangkan tekanan darah, pengambilan omega-3 juga boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan stroke. Antara sumber ikan air sejuk ialah salmon, tuna, mackarel, ikan kod, sardin dan lain-lain. 

Broccoli
Broccoli mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk mengurangkan tekanan darah iaitu fiber (serat), Potassium, Kalsium, Magnesium, dan Vitamin C.
Selain itu ia juga merupakan vegi yang kaya dengan antioksidan dan anti-inflammatory.

Dandelion
Membantu membebaskan sodium yang berlebihan tanpa menjejaskan kandungan potassium. Ia juga mengandungi magnesium yang boleh melarutkan darah beku, merangsang penghasilan NO (nitric oxide), dan melancarkan peredaran darah. 
Selain berfungsi mengurangkan tekanan darah, ia juga baik untuk hati, mata dan kulit.

Whole-grain oat
Kandungan serat dan magnesium dalam oat membantu mengurangkan tekanan darah. Oat membantu melambatkan proses atherosclerosis. 
Sesuai di makan bersama susu segar sebagai sarapan pagi.

Black Beans
Sekali lagi, makanan ini mengandungi serat dan magnesium yang tinggi, which is baik untuk maintain tekanan darah yang normal. Sebagai bonus, black beans mengandungi asid folik yang berfungsi untuk mengurangkan tekanan pada salur darah dan seterusnya melancarkan peredaran darah. 

Berries <---- part ni la paling sodap den nak makan
Berries merupakan fruits yang kaya dengan serat dan antioksidannye. Kandungan nutrien dalam raspberries, strawberries dan blueberries membantu mengurangkan tekanan darah dengan Raspberries mengandungi kandungan serat paling tinggi.  Sebab itu Farah suke gile makan berries ni!

Low-Fat dairy
Kajian menunjukkan produk tenusu kurang lemak seperti keju, susu dan yogurt mungkin membantu mengelakkan penyakit darah tinggi. Selain mengandungi magnesium dan potassium, ia juga meningkatkan penyerapan kalsium. 




Untuk bacaan lebih lanjut boleh rujuk kepada sumber di bawah:
Sumber: http://health.yahoo.net/articles/nutrition/photos/8-foods-lower-blood-pressure


p/s: Mencegah lebih baik dari merawat. So jaga la pemakanan anda dan amalkan gaya hidup yang sihat. Cegah penyakit kronik dengan mencegah hypertension

Khidmat nasihat dibawakan oleh Farah Liyana "Care about your health" ^^

Thursday, September 29, 2011

Beautiful Eyes Part 2



Assalamualaikum semua


Seperti yang dijanjikan ni bahagian 2- untuk mata yang cantik blink blink (bak kata Ash)


Sambungan daripada entry yang ini

11. Rainbow Chopped Salad


Hidangan yang kaya dengan antioxidant sesuai untuk penjagaan mata dan kesihatan badan juga 





12. Oven Sweet Potato Fries
Hidangan ni pun sesuai untuk diet yang sihat. Sweet potato yang kaya dengan beta carotene dibakar dalam oven. Letak sedikit olive oil supaya rasa lebih lazat dan pada masa yang sama leh dapatkan bentuk badan yang ideal InsyaAllah =)





13. Toasted Quinoa Salad with Scallop and Snow peas
OMG- Sangat suke Scallop ok. Sangat mahu cuba yang ini!
14.Salmon Provencal with Zucchini
Kandungan lemak ikan boleh membantu menghalang sindrome mata yang kering dan degenerasi akibat pertambahan usia. Salmon fillet ni pun baik untuk kulit yang sihat, cantik dan licin. tak caya leh tengok sini


15. Tofu with Peanut-Ginger Sauce
Sos peanut yang kaya dengan Vitamin E buatkan hidangan ni sangat sedap dan berkhasiat!


16. Broccoli Rabe with Garlic and Anchovies
Hidangan yang sarat dengan nutrien ni mengandungi lutein, zeaxanthin, Vitamin C dan omega 3.



17. Cheesy Popcorn
Yang ni confirm ramai yang suke. Hidangan yang mudah didapati dan mudah disediakan. Snack yang sedap dimakan diwaktu petang-juga sesuai ketika menonton boleh menggantikan potato chips yang banyak 'pak aji'. Cheese yg selalu digunakan ialah parmesan cheese. 
18. Triple-nut Biscotti
Dibuat daripada buah kering dan germ and nuts yang kaya dengan Vitamin E.  Boleh makan sambil buat kerja. Sesuai untuk student dan hard-worker.



19. Strawberries and Cream Parfaits
Strawberry dikatakan mengandungi lebih Vitamin C berbanding buah oren. Penyediaan hidangan strawberry yang sebegini memang menaikkan selera. *ohh teringin*


20. Cherries with Ricotta and toasted almonds
Ricotta mengandungi zink, almond mengandungi Vitamin E dan Vitamin C daripada ceri. Kombinasi hidangan yang menyelerakan dan sangat berkhasiat. Antara hidangan yang mudah dan sesuai dihidang pada tetamu juga. 






Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa Farah berikan tips dan resepi ala-ala western, Y tidak bagi tips/resepi ala-ala melayu kan?

Bagi Farah apa jua yang berkhasiat boleh je kite cube asalkan semuanya HALAL betul tak? Lagipun resepi kali ni lebih kepada buah-buahan so Farah rasa takde masalah nk try resepi2 ni semua InsyaAllah.

Again resepi ni diambil daripada sumber yang sama seperti bahagian 1

Wednesday, September 28, 2011

Beautiful Eyes Part 1


Assalamualaikum


Korang tau tak salah satu daya tarikan yang akan membuatkan seseorang tu nampak menarik ialah matanya. Sebab tu ada pepatah mengatakan


 "cinta itu, dari mata turun ke hati"


dan ada lagu yang menyebut


"dari kerana mata.. yang mempunyai kuasa... aku tergoda aku tergoda seketika..

lalalalala (sila sambung nyanyi)


So, Pagi-pagi yang indah ni Farah nak share dengan korang 10 resepi untuk mata yang cantik berseri.
Jom tengok ^^




1. Citrus Berry Smoothies
Yang ni best minum pagi-pagi as breakfast. Dalam smoothies ni leh campurkan berries, orange juice dan toasted wheat germ. Sedap dan complete ada vitamin E dan vitamin C.


2. Strawberry-Orange Muffins
Muffin ni ada lebih Vitamin C tapi KURANG kalori. Selain dapat mata yang cantik, muffin ni sesuai juga untuk diet






3. Blueberry-Ricotta Pancakes
Perfect menu for breakfast and tak salah pun makan untuk dinner







4. Almond-Honey Power Bar
Hidangan ni sesuai untuk orang yang bizi. Leh makan bar ni masa tunggu traffic light merah, sambil baca newspaper atau masa tengah belajar/kerja. Mengandungi Vitamin E. Sebagai tambahan, almond juga sesuai untuk perkembangan otak. 




5. Salad Bayam, Avocado, dan Manga
Mengandungi lutein, zeaxanthin dan vitamin






6. Smoked Salmon Tartare
Rendah kalori dan nampak sangat sedap. 





7. Sup Carrot
Memang baik untuk kesihatan mata




8. Tuna-stuffed peppers
Snack yang sesuai dimakan dipetang hari. Sedap dan menyelerakan



9.Crispy Phyllo Spinach Tartlets








10. Bean and Butternut Tacos with Green Salsa
ada extra fiber dan beta-carotene








Setakat ni Farah share untuk part 1
Harap sape yang berminat try la prepare hidangan yang mcm kt atas ni. Pilih la yang simple dan sesuai. Mayba korang leh share kalau ada info lain

Nantikan Part 2

Sumber dari:
http://shine.yahoo.com


p/s: Paling suke almond dan smoothies. Mesti mahu cube ^^ 

Tuesday, August 02, 2011

Diet & Puasa


Salam semua,

Hari ni 2 Ramadhan, means ada 28 hari lagi baru nak raya kan? So dalam masa 28 hari ni sempat tak nak diet? a.k.a nak kuruskan badan

tak sempat??? Sape kata! Sempat la hehehe 
sempat jika kite diet dengan cara yang betul iaitu amalkan pemakanan seimbang

"Balik-balik pemakanan seimbang. Apa tu pemakanan seimbang?"

Pemakanan seimbang ni means kite ambil makanan yg mengandungi semua nutrien/zat yang diperlukan oleh badan kite tapi dalam kuantiti tertentu
Contohnyer kombinasi makanan tu mesti ada karbohidrat sikit, protein, zat besi, vitamin C dll.
........................................

Sepanjang bulan puasa ni memang terbaik la kalau kite nak manfaatkan diet seimbang ni

bile kite puasa automatically boleh bantu kite kawal pemakanan. 
Contohnyer kalau tak puase kite makan brape kali sehari?

Yang wajib
breakfast
lunch 
minum petang
dinner 

Yang extra
jajan between breakfast dan lunch
makan goreng pisang lepas lunch
makan megi after dinner
supper burger 12 tgh malam

*ada sesape terasa tak, hehehe*
..........................................................

So bulan puasa ni la time terbaek untuk kite control kekerapan kite makan, terutama sekali buang terus tabiat makan makanan yg berkolesterol tinggi
am i right??

so ni Farah listkan tips untuk korang diet khas untuk bulan puasa

Sahur

Sebagai tambahan kepada nasi yang wajib kite makan time sahur, korang leh try ambil makanan yang berfiber tinggi sebab makanan jenis ni mengambil masa yang lama untuk hadam. Ini akan memberikan korang rasa kenyang berjam-jam dan elakkan rasa lapar time puase.
Contoh makanan fiber tinggi ni ialah; 
barli, gandum, oat, kekacang, badam dan pelbagai produk bijirin, sayur-sayuran seperti bayam, pucuk ubi, dan buah-buahan seperti kurma, apricot, dan buah prun.

time masak tu PLEASE kurangkan garam sebab makanan yang bergaram tinggi (ewah) a.k.a masin boleh buatkan kite rasa dahaga di siang hari.

So formula untuk sahur = more high fiber food + lauk yang less salt 

buka puasa

ikut style Rasulullah saw= kurma + air suam
pastu leh makan makanan yang mudah di hadam diikuti dengan yang sederhana secara slowly atau berkala. 
Adalah lebih baik solat maghrib then baru makan nasi. 

(Kuantiti nasi juga dikurangkan)

Simple je kan?
Tapi Ingat! pemakanan seimbang tu ada sayur-daging/ayam/seafood-buah-buahan dan penting untuk AVOID makanan yg berlemak, bergoreng dan yg manis

ni apa yang Farah buat setakat ni;

sahur
nasi 1 senduk
sayur
daging/ayam/seafood
nestum
spirulina (as supplement)

buka puasa
air suam
kurma
buah-buahan
nasi 1 senduk
sayur
daging/ayam/seafood


kebiasaan yang Farah buat dari sebelum puasa lagi ialah kurangkan kuantiti nasi dan lauk yang berminyak. Farah akan lebihkan protein (yg sesuai mcm tempe) dan sedikit daging/ayam/seafood.

Korang leh jugak try research diet tips yang lain sebagai tambahan pada apa yang Farah sharekan kat sini.

p/s: Manfaatkan puasa untuk memperkukuhkan iman dan memantapkan kerohanian serta upgrade kesihatan fizikal kite.

Wednesday, July 20, 2011

saYa saYanG kuLiT saYa =)


heYyOoO~

what a loOoOong daY tOdaY kaN?
taK? hehehehe okeh okeh

hari ni nak cerita pasal skin yakni KULIT~ iaitu organ terbesar kite. So, bile organ terbesar means penting jugak kan?

kat sini Milkadeal ada offer baek punye~ khas untuk penjagaan kulit supaya tampak sihat, bersih, licin dan berseri 

berminat? jika ye leh teruskan pembacaan korang kat sini

memang best & berbaloi-baloi

Selamat mencube! =)


Monday, July 11, 2011

Tips untuk kulit licin


Tips untuk mengurangkan kedutan pada wajah

Tips ini sesuai untuk melambatkan proses penuaan.
Sesuai diamalkan terutama dalam kedaan cuaca sekarang ni yg terlalu panas dan boleh merosakkan kulit serta mempercepatkan proses penuaan kalau kite tak jaga

So, rakan-rakan leh try amalkan 6 jenis makanan di bawah untuk kulit yang lebih licin, cantik dan muda berseri ^^

1) blueberries
2) susu coklat
3) fruits macam kiwi, guava dan strawberry
4) oyster
5) tomato paste
6) wild salmon



1. Blueberries: buah blueberries ni ada antioxidant so dia boleh prevent kerosakan sel dalam jangka masa panjang. Antioxidant ni plak akan fight radikal bebas untuk melindungi kulit kite. Sesuai untuk korang tambah dalam hidangan cereal time breakfast 


2. Susu Coklat: Dark chocolate milk kaya dengan flavonoid. Satu kajian membuktikan bahawa wanita yg mengambil minuman koko dengan kandungan flavonoid yg tinggi secara kerap iaitu setiap hari selama 12 minggu, pengaliran darah ke tisu kulit meningkat, seterusnya dapat memperbaiki proses hydrasi kulit dan mengurangkan kulit kasar dan kulit bersisik.



3. Buah-buahan seperti Kiwi, Guava dan Strawberries: Amalan memakan buah-buahan ini dapat mencegah pembentukan kedutan2 dan meningkatkan penghasilan kolagen. Ini sume sebab kandungan vitamin C yg tinggi. Kandungan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan kedutan pada wajah, menjadikan kulit lebih lembab (tidak kering), mengurangkan inflamasi serta meminimakan bengkak bawah mata. Konsep tindakannya sama seperti blueberries iaitu buah-buahan antioxidant yang melawan radikal bebas.



4. Oysters: Mengandungi kandungan zink yg tinggi yakni berperanan besar dalam skin repair iaitu dengan membantu dalam pembentukan kolagen. Selain itu, zink juga bantu mengekalkan kuku yg cantik, mengekalkan rambut dan kulit kepala yg sihat dan melindungi mata daripada masalah penglihatan. Selain oyster korang leh try gak red meat, beans, nuts. crab dan lobster, whole grains dan dairy products sebagai ganti oyster untuk dapatkan kandungan zink.

5) Tomato Paste: tomato mengandungi lycopene. Kajian menunjukkan pengambilan lycopene dalam bentuk tomato paste dapat mengurangkan sunburn. Tomato juge mengandungi karotenoids yang turut melindungi kulit dari sunburn.

6) Wild Salmon: Boleh melicinkan kulit selain mengurangkan inflamasi pada peringkat sel. Ini penting bagi mengelakkan kulit menjadi kering dan bersisik, kemerah-merahan dan acne. Salmon mengandungi asid lemak omega-3 yg membantu melembapkan kulit.

Tips dipetik daripada artikel ini

Selamat mencuba ^^

p/s: selain jaga makan minum, hati pun kena bersih kalau nak nampak cantik. Hati yang bersih tanpa hasad dengki akan menyerlahkan wajah yang berseri secara semulajadi  =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT (C) 2011-2012. All Right Reserved by Farah Liyana