Followers

AQSA2GAZA3

Showing posts with label aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri. Show all posts

Tuesday, August 13, 2013

Salam Cookies Lebaran











Assalamualaikum


Dah 5 Syawal baru la berkesempatan nak buat entri baru
Sebelum ni bukan nye tak sempat, tapi tunggu mood berblogging yang tak kunjung tiba.

Kali ni mood tiba bersama-sama semangat nak buat cookies ala famous amos gitu kiki


Resipi ni Farah refer kat sini
dan menurut penulis blog tu, dia ambil resipi ni dari Chef Wan. (patut la sedap kiki)

Bahan-bahannya ialah:

1.  1 cawan mentega tanpa garam. (Farah guna 2 cawan)
2.  1 cawan gula castor (Farah kurangkan ke 3/4 cawan)
3.  1 cawan gula perang 
4.  1 biji telur
5.  1 sudu teh esen vanila
6.  1/3 cawan serbuk koko
7.  2 sudu besar susu segar (Farah guna susu HL je)
8.  1 3/4 cawan tepung gandum (yang diayak)
9.  1/4 sudu teh soda bikarbonat
10.  70 gm buah kurma (yang ni Farah tak masukkan sebab tak dapat cari kurma time-time ni huhu)
11.  Walnut, almond dan chocolate cip. Yang ni masuk la ikut suka korang nak letak banyak mana.

Step 1 (Bekas A)

1. Pukul mentega pada kelajuan tinggi. (Guna mesin pengadun putar). 
2. Tambah esen vanila, gula castor dan gula perang, pukul hingga adunan gebu.
3. Masukkan telur. (Sila basuh dulu ye sebelum dipecahkan. Lebih elok pecah siap-siap letak dalam mangkuk.)
4. Kurangkan kelajuan pada aras lebih rendah dan masukkan serbuk koko diikuti susu segar sambil adunan masih dipukul

Step 2 (Bekas B)

1. Pukul tepung gandum, soda bikarbonat hingga rata. (Guna senduk kayu je)
2. Campur chocolate cip, walnut dan almond. Gaul rata

Step 3

1. Campurkan adunan dalam bekas B ke bekas A dan adun hingga rata
2. Bulat-bulatkan adunan dengan sudu teh dan atur di atas dulang pembakar.
3. Setkan suhu oven 175C selama 12-13 minit. (Bergantung pada oven)
4. Sejukkan biskut selama 2 minit sebelum diangkat dari dulang pembakar.


Sempena kuih raya yang bakal habes tak lama lagi, cookies ni boleh la dihidangkan untuk para tetamu, especially korang yang akan buat Open House nanti. Bebudak sekolah pun suka kot??

Pastu kalau dorang cakap sedap, korang buka je 1 branch famous amous kikiki


Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir & Batin

Saturday, August 18, 2012

Salam Lebaran



Assalamualaikum

O Ramadhaan! Be gentle,
The tears of your lovers are pouring out.
Their hearts are torn from 
The pain of your departure.

Perhaps standing to bid you farewell
Will extinguish the burning fire of longing.
Perhaps taking a moment to repent
Will mend everything that has been torn in fast.

Perhaps one cut off from the procession of those
Whose fast has been accepted will be joined with them.
Perhaps the one imprisoned
By his sins will be freed.

Perhaps one deserving to be punished
In Hell will be liberated.
Perhaps the mercy of the Lord
Will be granted to the sinner.

Oh beloved Ramadan!! Thank you!
For the Gifts you have left us.
Ask to meet You again
To the Lord of Ramadan.

Dearest friend! You are leaving
For seeing you departing,
We are sorry,
Will always be sorry !! :'(

Sumber: Sini


Salam AidilFitri
Maaf Zahir & Batin

Dua perlu kite tahu



Assalamualaikum

Highlight untuk Syawal

Dua golongan yang dilaknat Allah pada pagi Syawal

Terdapat 2 golongan yang dilaknat Allah swt pada pagi syawal, iaitu:

1. Wanita yang memakai wangi-wangian sehingga menjadi tarikan, 
berhias belebihan dan pakaian yang tidak menutup aurat (seksi)
2. Lelaki dan wanita yang tidak menjaga batas pergaulan mereka seperti 
bersalam-salaman dengan yang bukan mahram 

Berikut rujukan untuk kite check siapa yang mahram dan bukan mahram bagi kite
(*ada juga yang Farah baru tahu T_T)

Mahram bagi lelaki

mahram bagi wanita

Sumber: Disini

Puasa Enam

Bagi yang berhajat nak puasa 6 tu tapi ala-ala macam ingat tak ingat, jom kite ingatkan balik


Untuk bacaan seterusnya klik Sini

Semoga amalan di bulan Ramadhan dapat kite teruskan dibulan-bulan seterusnya. 
Istiqamah dalam perubahan diri untuk menjadi muslim dan muslimah yang lebih baik. 
Semoga kite semua menjadi jemaah syurgaNya

Amin

Akhir kata untuk hari ini

Salam AidilFitri
Maaf Zahir & Batin 



Thursday, September 01, 2011

Mood Raya yg syiookkk sampai terlupe ada blog


Salam Lebaran to all blogger yg hebat dan bergaya di pagi raya

hehe

seperti tajuk kat atas tu, Farah memang dah lame x update blog sebab sebuk nak beraya

nak kata raya sakan tu tak la sakan sangat
tapi malam raya tolong mak bersihkan daun palas & tolong isi beras pulut sebab nak buat ketupat pulut daun palas

tu je la paling-paling rajin di malam raya pun

Pagi raya cam biase la bersiap-siap terus ke kampung ayah, jumpe sedara mara di sana

Kat sana kakak & her family dah menanti. Nak berombongan menziarah kubur arwah atok, nenek, adik sedara dan moyang2. Siap berombongan ok!

Pastu baru la menjamu selera makan ketupat rendang dan seangkatan dengannyer sampai la tengah hari

For the 1st day raya Farah tak berjalan pun sebab x berapa nak sihat rasa badan time tu. Penat sebenarnyer (gedik betul).


So 2nd day raya baru la berjalan raya sampai la hari ni. So sekarang ni dah penat-penat tetibe teringat ada blog plak :p

Hahahaahha sabor je laaa

Maapkan saya ye blog terabai awak seketika.

Sambil-sambil update blog ni Farah terpikir cam nak buat contest la. Tapi tengah pikir nak kasi korang hadiah ape yek?

Dah ada list hadiah nanti Farah umumkan contest ape ok? Dan jika korang ada cadangan, sile jangan malu-malu untuk taipkan pendapat korang di ruangan komen. Pendapat ramai sangat dialu-alukan =)

Walau bagaimana pun, hope masih belum terlambat untuk Farah wish korang sume


"Salam AidilFitri, Maaf Zahir dan Batin: dari hujung rambut sampai hujung kaki. Maaf jika ada keterlanjuran kata sepanjang berblogging"

p/s: sibok makan lemang dan ketupat nasi pun dah dilupekan =p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT (C) 2011-2012. All Right Reserved by Farah Liyana