Followers

AQSA2GAZA3

Monday, November 25, 2013

Keep Calm & Do Your Best!




Assalamualaikum

SPM is the beginning, not the ending (permulaan, bukan pengakhiran )

Sekarang ni musim SPM
kalau flashback 11 years ago, when I was 17th

rasanya time SPM season ni memang takut giler
sampaikan berbulan pantang makan megi sebab takut neuron-neuron dalam sel otak putus
takut nak buat itu takut nak buat ini

Reason 1 je

Sebab saya nak berjaya
sebab saya tak nak gagal
sebab saya tak perlu gagal kalau saya boleh berjaya

Hence, usaha, usaha dan usaha
tapi usaha je tak cukup

hati mau bersih wooo
jaga hati papa mama
jaga hati adik beradik
jaga hati sendiri
most important is 
jaga hubungan baik dengan Allah swt

tido mesti mau cukup
makan mesti mau jaga
no junk food!<--- ni part papa paling tegas
siap supply supplement lagi untuk kami

no outside food! <---sebab mama rajin masak
plus air tangan mama is the best

tapi kalau tengok budak2 sekarang nak spm memang otai
takut-takut pun rileks je tengok

remember
spm ni satu permulaan
walaupun spm bukan segala-galanya
tapi segala-galanya pun nak tengok sijil SPM korang
so jangan ambil ringan
jangan ambil mudah


and to the parents
hope jangan compare result SPM anak-anak anda semua dengan abang kakaknye ye
jangan compare dan jangan pressure
kesian dorang penat belajar
give them reward after they struggle to be the best they can be

Semoga Allah swt berikan kejayaan pada mereka ^^




p/s: to my little sister. udah-udah la tu tengok cter korea. plastic surgery je sume tu =D

Saturday, August 17, 2013

Solidariti For Mesir


Assalamualaikum




 14 Ogos 2013

Sedang rakyat Malaysia umumnya, dan muslim khususnya sedang beriang gembira makan rendang, lemang, ketupat dan bergelak ketawa keluar masuk panggung wayang tengok movie raya, saudara-saudara kite di Mesir menyambut Syawal dengan cara yang berbeza.

Hati terlalu sedih untuk menaip dengan panjang lebar, maka saya cume berikan beberapa link (Sumber yang saya percayai) yang boleh dijadikan rujukan untuk korang semua ambil tahu apa yang berlaku.



dan anda2 juga boleh google sendiri isu berkaitan Mesir.





"Anda tidak perlu untuk menjadi rakyat Mesir untuk bersimpati, anda hanya perlu menjadi manusia"- Recep Tayyip Erdogan (Perdana Menteri Turki)

Tuesday, August 13, 2013

Salam Cookies Lebaran











Assalamualaikum


Dah 5 Syawal baru la berkesempatan nak buat entri baru
Sebelum ni bukan nye tak sempat, tapi tunggu mood berblogging yang tak kunjung tiba.

Kali ni mood tiba bersama-sama semangat nak buat cookies ala famous amos gitu kiki


Resipi ni Farah refer kat sini
dan menurut penulis blog tu, dia ambil resipi ni dari Chef Wan. (patut la sedap kiki)

Bahan-bahannya ialah:

1.  1 cawan mentega tanpa garam. (Farah guna 2 cawan)
2.  1 cawan gula castor (Farah kurangkan ke 3/4 cawan)
3.  1 cawan gula perang 
4.  1 biji telur
5.  1 sudu teh esen vanila
6.  1/3 cawan serbuk koko
7.  2 sudu besar susu segar (Farah guna susu HL je)
8.  1 3/4 cawan tepung gandum (yang diayak)
9.  1/4 sudu teh soda bikarbonat
10.  70 gm buah kurma (yang ni Farah tak masukkan sebab tak dapat cari kurma time-time ni huhu)
11.  Walnut, almond dan chocolate cip. Yang ni masuk la ikut suka korang nak letak banyak mana.

Step 1 (Bekas A)

1. Pukul mentega pada kelajuan tinggi. (Guna mesin pengadun putar). 
2. Tambah esen vanila, gula castor dan gula perang, pukul hingga adunan gebu.
3. Masukkan telur. (Sila basuh dulu ye sebelum dipecahkan. Lebih elok pecah siap-siap letak dalam mangkuk.)
4. Kurangkan kelajuan pada aras lebih rendah dan masukkan serbuk koko diikuti susu segar sambil adunan masih dipukul

Step 2 (Bekas B)

1. Pukul tepung gandum, soda bikarbonat hingga rata. (Guna senduk kayu je)
2. Campur chocolate cip, walnut dan almond. Gaul rata

Step 3

1. Campurkan adunan dalam bekas B ke bekas A dan adun hingga rata
2. Bulat-bulatkan adunan dengan sudu teh dan atur di atas dulang pembakar.
3. Setkan suhu oven 175C selama 12-13 minit. (Bergantung pada oven)
4. Sejukkan biskut selama 2 minit sebelum diangkat dari dulang pembakar.


Sempena kuih raya yang bakal habes tak lama lagi, cookies ni boleh la dihidangkan untuk para tetamu, especially korang yang akan buat Open House nanti. Bebudak sekolah pun suka kot??

Pastu kalau dorang cakap sedap, korang buka je 1 branch famous amous kikiki


Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir & Batin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT (C) 2011-2012. All Right Reserved by Farah Liyana