Perempuan Pisau Cukur (PPC)
Amaran awal: Ini adalah ‘serious talk’
Perempuan pisau cukur ni ialah sejenis golongan perempuan yang hobinyer cukur poket lelaki tanpa rasa bersalah malah telah menjadikan tabiat itu sebagai rutin kehidupannya. Dan akan menjadi ketagih kalau tak buat ‘or’ bile tak dapat.
Spesies yang membiak secara berkumpulan dan merbahaya ni telah dikategorikan seperti berikut;
a) 1) Pisau cukur bulanan; Yang mencukur poket lelaki secara ‘monthly’. Maknanya asal buayafren dia ni dapat gaji je pisau cukur dia pun berkilat la. Setiap hujung bulan shopping di KLCC, Pavilion, Sunway Pyramid dan pelbagai tempat yang dipenuhi ‘branded stuff’ dan makanan sedap yang mahal tapi belum tentu konpem HALAL. Ketajaman pisau cukur di asah setiap hujung bulan.
b) 2) Pisau cukur mingguan; Yang mencukur poket lelaki secara mingguan. Maknanyer setiap hujung minggu adalah minggu wajib ‘dating’. Sebab ape? Sebab tiap kali dating mesti nk kena tengok wayang kapel seat + popcorn + drinks yg besar punyer + makan kt tempat stylo lagi mahal (Still tak konpem HALAL) + shopping (Kasut 3 pasang + baju wajib PINK + alat make up Estee Lauder dll). Ketajaman pisau diasah setiap hujung minggu
c) 3) Pisau cukur harian; Yang ni paling tajam. Setiap hari dia mencukur dan sekaligus mengempiskan poket lelaki yg di target. Maknanye segala perbelanjaan harian (atau mungkin hampir segalanya) adalah di tanggung oleh lelaki yg terlibat. Contohnyer tak yah tunggu hujung minggu la kalau nk menengok wayang dan dinner di tempat elite, malah setiap hari pun nk tengok midnight movie (after waktu kerja) sekali pakej makanan mahal di tempat yg mahal yang masih lagi belum tentu konfem HALAL.
So, bagi kaum perempuan, cube check apekah korang ni tergolong dalam mane2 spesies PPC di atas atau pun xde dlm mane2 golongan tersebut. Kalau yang takde tu jangan la marah. Bersyukur la ok!
Bagi yang dapat detect korang dari golongan yang mane (a,b,atau pun c), SILA dan TOLONGLA ubah diri anda. Tumpulkan cketttt pisau cukur tu. Tak baek ok!
Saya tahu dan ramai tahu ada di kalangan korang yang tak sedar korang dah jadi PPC. So sekarang ni tolong-tolong la sedar. Bayangkan kalau abang korang ker adik korang ker tak pun pakcik korang ke jadi mangsa PPC. Hangin tak?? Macam tu la perasaan mak kepada lelaki yang korang dah kempiskan poket dia tu dan macam tu la perasaan ayah, adik, kakak, abang, atok, nenek, moyang dorang bile duit ATM anak2 bujang dorang ni memanjang je kosong.
Kepada pasangan kapel2 di luar tu. Kot ye pun nak dating sakan, agak2 la yek. Kalau duit asyik perabih ke dating je bile nak kawinnyer?
Asal kumpul duit je habes asal habes je kumpul duit.
Lepas tu, bila buayafren korang lambat masuk meminang korang pun merajuk dan mula la cari lelaki lain yang lebih kaya sebagai mangsa baru dan seterusnyer jadikan mangsa baru itu sebagai calon suami terhebat dalam list korang sekiranyer mereka layak menanggung perbelanjaan perkahwinan walaupun telah dikikis secara bulanan, mingguan atau harian.
Adakah itu yg Korang nak?
Saya bercakap bukan memihak kepada kaum adam. Saya sebagai kaum hawa memang suke sangat kalau dorang ni suke je bagi hadiah dan belanja kite macam2. Konon sebagai tanda sayang. Tapi korang tau tak, tanda sayang mereka yang paling besar itu ialah apabila mereka masuk meminang korang!
So untuk dorang masuk meminang korang dan sekaligus menjadikan korang bini dorg yang sah ialah for sure kena ada duit!
Kalau korang dah kikis still ada lgik ker duit belanja kawin?. Nak belanja kawin bukan sikit woooo
Kadang2 tu kaum adam yg korang target ni berlagak kaya je lebih tpi poket belum tentu tebal babe. Ada yang sanggup tak makan sepanjang hari sebab nak makan ngan korang candle light dinner. Kalau tak tunaikan apa yang korang nak takut melepas plak kan. So korang yang kaum hawa ni tak kesian ke pasangan korang sanggup berlapar demi korang? Bangga? Bagus la kalau korang rasa bangga sebab itu menunjukkan kehaprakkan korang sebagai perempuan. Malu beb pompuan camni!
So nasihat saya untuk kaum Hawa
‘’kalau korang sayangkan pasangan korang & memang berniat nak sehidup semati, sile la bantu mereka kumpul duit. Beli apa yang patut dan bersederhana. Jangan minta benda merepek2. Dah besar baya mak orang pun nak soft toys lagik. Dan please la tak yah la nk tiru macam Nora Elena. Asal merajuk je nk kena pujuk dengan bunga. Please la. Korang bukan cantik macam Nora Elena pun & buayafren korang pun tidak sekacak Aaron Aziz, so please la k? berpijak di bumi yg nyata’’
bagi kaum Adam plak
‘’ Jangan la korang nk bersuke ria plak saya wat entri cenggini. Dan please jangan ambil kesempatan bile gelifren korang tu jenis yang tak meminta. Dia tak meminta tu sebab nak tolong korang kumpul duit kawin. Jangan la plak korang amek kesempatan wat tak reti je bile time birthday dia ke anniversary korang ker, tu kalau nak rasa perang dunia ke-3 cube la try test yek. Sekali sekala hargai la mereka dengan pemberian ikhlas korang tanda cintan cintun korang tu.
Jadilah lelaki yg romantic, yg pandai jaga hati pasangan korang tanpa pembaziran (membazir itu amalan syaitan). Yang penting, berbelanja lah utk perempuan yang telah halal bagi korang, bukan untuk yang masih tak confirm lagik. Ingat, bile korang tak berduit, bile2 masa mereke boleh lari mencari poket yang lebih tebal.
Pada korang2 yang ada aweks spesies camni, adalah dinasihatkan banyakkan istikharah. Adakah perempuan seperti ini korang nak tanggung sampai korang masuk kubur? Cukup ke gaji korang nak tanggung soft toys idaman mereka? Yang mungkin dorang juge akan merengek bersama anak2 korang di shopping kompleks menginginkan soft toys. Atau apekah korang sanggup men’sponsor’ perempuan tersebut sambil berpuasa tak berniat sepanjang tahun asalkan dia happy? Sungguh besar pengorbanan korang. Dan dia juge sungguh happy ada pak turut yang sanggup berkorban untuk dia (sambil dia tersenyum riang dan menyiapkan wishlist dia untuk next shopping item!)’’
Pilihan di tangan korang, Adam dan Hawa. Pilihlah jalan kebahagian yang menyenangkan, bukan menyusahkan.
p/s: berbelanja untuk orang tersayang itu tidak salah, tetapi haruslah berpada-pada. Dan berbelanja utk perempuan yang halal bagimu ialah tanggungjawab.
No comments:
Post a Comment