Followers

AQSA2GAZA3

Tuesday, August 02, 2011

Diet & Puasa


Salam semua,

Hari ni 2 Ramadhan, means ada 28 hari lagi baru nak raya kan? So dalam masa 28 hari ni sempat tak nak diet? a.k.a nak kuruskan badan

tak sempat??? Sape kata! Sempat la hehehe 
sempat jika kite diet dengan cara yang betul iaitu amalkan pemakanan seimbang

"Balik-balik pemakanan seimbang. Apa tu pemakanan seimbang?"

Pemakanan seimbang ni means kite ambil makanan yg mengandungi semua nutrien/zat yang diperlukan oleh badan kite tapi dalam kuantiti tertentu
Contohnyer kombinasi makanan tu mesti ada karbohidrat sikit, protein, zat besi, vitamin C dll.
........................................

Sepanjang bulan puasa ni memang terbaik la kalau kite nak manfaatkan diet seimbang ni

bile kite puasa automatically boleh bantu kite kawal pemakanan. 
Contohnyer kalau tak puase kite makan brape kali sehari?

Yang wajib
breakfast
lunch 
minum petang
dinner 

Yang extra
jajan between breakfast dan lunch
makan goreng pisang lepas lunch
makan megi after dinner
supper burger 12 tgh malam

*ada sesape terasa tak, hehehe*
..........................................................

So bulan puasa ni la time terbaek untuk kite control kekerapan kite makan, terutama sekali buang terus tabiat makan makanan yg berkolesterol tinggi
am i right??

so ni Farah listkan tips untuk korang diet khas untuk bulan puasa

Sahur

Sebagai tambahan kepada nasi yang wajib kite makan time sahur, korang leh try ambil makanan yang berfiber tinggi sebab makanan jenis ni mengambil masa yang lama untuk hadam. Ini akan memberikan korang rasa kenyang berjam-jam dan elakkan rasa lapar time puase.
Contoh makanan fiber tinggi ni ialah; 
barli, gandum, oat, kekacang, badam dan pelbagai produk bijirin, sayur-sayuran seperti bayam, pucuk ubi, dan buah-buahan seperti kurma, apricot, dan buah prun.

time masak tu PLEASE kurangkan garam sebab makanan yang bergaram tinggi (ewah) a.k.a masin boleh buatkan kite rasa dahaga di siang hari.

So formula untuk sahur = more high fiber food + lauk yang less salt 

buka puasa

ikut style Rasulullah saw= kurma + air suam
pastu leh makan makanan yang mudah di hadam diikuti dengan yang sederhana secara slowly atau berkala. 
Adalah lebih baik solat maghrib then baru makan nasi. 

(Kuantiti nasi juga dikurangkan)

Simple je kan?
Tapi Ingat! pemakanan seimbang tu ada sayur-daging/ayam/seafood-buah-buahan dan penting untuk AVOID makanan yg berlemak, bergoreng dan yg manis

ni apa yang Farah buat setakat ni;

sahur
nasi 1 senduk
sayur
daging/ayam/seafood
nestum
spirulina (as supplement)

buka puasa
air suam
kurma
buah-buahan
nasi 1 senduk
sayur
daging/ayam/seafood


kebiasaan yang Farah buat dari sebelum puasa lagi ialah kurangkan kuantiti nasi dan lauk yang berminyak. Farah akan lebihkan protein (yg sesuai mcm tempe) dan sedikit daging/ayam/seafood.

Korang leh jugak try research diet tips yang lain sebagai tambahan pada apa yang Farah sharekan kat sini.

p/s: Manfaatkan puasa untuk memperkukuhkan iman dan memantapkan kerohanian serta upgrade kesihatan fizikal kite.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT (C) 2011-2012. All Right Reserved by Farah Liyana