ASSALAMUALAIKUM
Sejak 5 hari yang lepas, demam melanda diri
Setelah berbulan tak demam bukan bajet sihat yek, kite memang susah nak demam.
Kalau rerase demam nak datang jek, awal-awal kite dan minum sup ayam dan makan ubat. Maka demamnya kebah sebelum tiba eh ada yek macam ni??
Tapi nak dijadikan cerita, demam jugak la time tu
dengan selsema bagai (forgot to mention, aii ni pun susah nk selsema)
Time tu la yg susah dapat nye jadi susah baik nye juga
Mungkin banyak dosa yang perlu dihapuskan
maka nya selama 3 hari makan ubat pun sama juga takde kurang nya
Di hari ke 4 tetibe terpikir menda ni
Teringat orang tua-tua selalu cakap air kelapa ni bagus
eh eh orang muda zaman sekarang pun ada cakap la kan?? kite je yang terlupe fuhhh
Alhamdulillah
Dihari minum air kelapa ni memang stop la ubat-ubat doktor ni.
KEbah la segala demam kura-kura dan selsema yang menyinggah
Alhamdulillah
Setelah di google meh kite share share sikit khasiat air kelapa ni
1. Sejukkan badan / Normalkan suhu badan
2. Menambah kandungan air di dalam badan (especially bila byk air yg hilang akibat perpeluhan etc)
3. Meningkatkan kadar metabolisma badan
4. Mengurangkan berat badan (that is why bile minum je rasa kenyang)
5. Menyahtoksik dan melawan kuman dalam badan
6. Rawatan bagi sembelit kerana ia berfungsi membersihkan usus
7. Meningkatkan sistem imunisasi badan
8. Mengawal diabetik
9. Membantu melawan selsema, demam dan AIDS
10. Menstabilkan pH badan dan mengurangkan risiko kanser
11. Merawat penyakit buah pinggang dan batu karang
12. Melancarkan peredaran darah
Sumber : Sini
Lain-lain khasiat, sila rajinkan diri untuk cari sendiri yekk
So bagi korang yang demam, boleh la minum air kelapa ni yek. Tapi sila JANGAN tambah gula dan JANGAN minum dengan ais. Ambillah ia dalam keadaan aslinya supaya ia lebih efektif in shaa Allah
No comments:
Post a Comment