Followers

AQSA2GAZA3

Friday, May 17, 2013

Umrah Part 1: Madinah al-Munawwarah


Assalamualaikum

Alhamdulillah

16 April 2013- 27 April 2013 merupakan antara detik-detik terindah dalam hidup Farah. 

Menjadi tetamu Nya adalah suatu rahmat yang tidak mungkin dapat kami sekeluarga lupakan.

Apabila lidah kelu berkata-kata, dan jari jemari tidak dapat meluahkan rasa, maka gambar kenangan yang akan berbicara.

Di King Abdul Aziz Airport, Jeddah

Bertolak 1130 pagi dari LCCT, Sepang. 
Perjalanan memakan masa lebih kurang 8 jam. Oleh sebab terdapat perbezaan 5 jam antara waktu Malaysia dan Arab Saudi (which kite 5 jam awal), maka perjalanan ke sana sentiasa siang hehe

Destinasi pertami kami ialah Madinah.
Tibanya di airport Jeddah, kami menaiki bas ke Madinah (memakan masa 5-6 jam).
So bayangkan la kitorg travel berapa jam duduk je kan. Tapi takde la jet lag sangat pun. Dalam flight tido, dalam bas pun tido hehe.

On our first night (sampai di hotel di Madinah sudah tengah malam), kitorang sampai je terus tido. Supaya tak lewat untuk subuh di Masjid Nabawi

noon at Masjid Nabawi

3 Heroes: My brother, My Daddy and My Uncle

Suasana waktu siang di Masjid Nabawi memang cantik. Walau pun panas, tapi diperkarangan masjid tak terasa panas pun. Maybe sebab ada payung yang cantik kat atas tu.
 Time ni panas lagi bumi Melaka hehe
Pape pun Alhamdulillah time ni Allah mudahkan segala urusan ibadah kami dan kesihatan kami pun dalam keadaan yang baik


Fajr at Masjid Nabawi

Ketika ini ialah fajar terakhir kami di Masjid Nabawi
Cuma 3 hari saja kami di sini
dan Dia menghadiahkan fajar paling indah pernah mata kami saksi kan di bumi Madinah
Walau cuma 3 hari
Ia 3 hari yang penuh bermakna
penuh keinsafan
dan penuh kerinduan terhadap Rasulullah kekasih Nya

Masjid Nabawi di waktu malam


Masjid Quba

Masjid Quba (masjid yang dibina atas dasar taqwa) ini merupakan masjid paling suci selepas Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa. 
Solat sunat 2 rakaat di Masjid Quba, ganjaran nye sama seperti menunaikan ibadah umrah.
Untuk penerangan lanjut mengenai Masjid Quba, boleh tanya incik Google ^^

Ladang Kurma

Selain Masjid Quba, kami juga telah di bawa ke Ladang Kurma dan Pasar Kurma sebagai salah satu aktiviti ziarah kami (Selain melawat Bukit Uhud).
Pelbagai jenis kurma dijual di sini, malah kami juga dibenarkan makan kurma secara percuma (ala-ala free tester) sebelum memilih jenis kurma yang ingin di beli. 
Makan kurma free jek dah kenyang
Tambah lagi ada kopi kurma dan teh kurma yang diberikan percuma kepada jemaah yang datang.

(nampak tak tong oren tu? tu la dia kopi dan teh kurma. Still hot and tasty. Teh kurma boleh di minum begitu sahaja, tetapi kami di ajar untuk minum kopi kurma sambil makan kurma, sebab kopinya pahit maka kurma yang sedap dapat mengurangkan kepahitan itu)

Disini terdapat pelbagai jenis gred Kurma Ajwa. Lain gred lain harga. Paling murah 80 riyal sehingga lah ke paling mahal dalam 120 riyal utk 1 kg.
Terdapat juga banyak pilihan kurma di pasar kurma. Dengan syarat, kena pandai nego (^^)

Bir Ali

Hari terakhir di Madinah, kami bersedia utk umrah yang pertama dan Bir Ali merupakan tempat miqat kami.

Dari Bir Ali kami terus ke Mekah dan kami tiba pada waktu tengah malam (6 jam kurang lebih perjalanan). Selepas check in hotel kami bergegas mempersiapkan diri untuk umrah pertama kami. Time tu dah pukul 2 pagi. 
Naseb tak ngantuk sebab dah tido puas-puas dalam bas. 



Antara view sepanjang berjalan2 

Pemandangan dari bilik hotel

RNR dari Madinah ke Mekah
Singgah alas perut dengan kebab ayam

Mereka


Tips di Madinah

1. Sentiasa pastikan datang awal ke Masjid Nabawi, terutama bagi wanita. Kalau datang lambat makanya sukar nak dapat solat di bahagian dalam masjid. Kalau datang awal takde la rushing atau kelam kabut kan?. Ganjaran solat didalam masjid Nabawi tak sama dengan solat di luar kawasan masjid yek.

Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Rasulullah Sallallu 'alaihi Wasallam telah bersabda 

"Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ( Masjidil nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada  1 000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram."

Dari Anas bin Malik Radhiallahu Anhu, Rasulullah Sallallhu 'alaihi Wasallam bersabda 

" Sesiapa sembahyang di masjidku 40 sembahyang ( dengan syarat ) ia tidak ketinggalan dalam satu sembahyang ( waktu ) pun, nescaya akan ditulis baginya kelepasan dari api neraka, dan kelepasan dari azab siksa dan (ia juga akan bersih ) dari sifat munafik."

2. Seboleh-bolehnya lepas solat, iktikaf la di dalam masjid. Banyakkan solat sunat dan baca al-Quran. Jangan asyik fikir nak shopping je. Jangan risau sebab shopping can do anytime, tapi peluang untuk iktikaf dalam masjid Nabawi bukan selalu kite dapat kan? Jadi gunakan peluang ini sebaik mungkin.

3. Bagi yang hendak solat di Raudah (wanita), check waktu mereka open untuk solat. As for the men, Raudah sentiasa terbuka untuk mereka, jadi ia bukan masalah. Ruang solat di Raudah (wanita) selalunye di buka sekitar waktu dhuha dan waktu malam selepas isyak. Pastikan plan betul-betul, datang awal dan bersedia. Bila dah masuk dalam Raudah, please jangan berebut atau bertolak-tolak untuk solat. Memang mustajab berdoa dan solat di Raudah tapi niat tidak menghalalkan cara kan? Semua orang berpeluang untuk solat di Raudah dengan tenang jika semua orang behave. Hati baik dan ikhlas, insyaAllah Allah mudahkan solat di sana.

4. Shopping di Madinah kena pandai nego. Jubah/ Abaya dan kurma lebih murah di sini berbanding Mekah. Tapi terpulang juga pada taste masing-masing. Kalau dah shopping kat Madinah, senang nak fokus ibadah di Mekah. Plan masa sebaiknya sebab di kedua- dua tempat ni memang bukan untuk berehat atau bersuka ria. Ibadah di utamakan. Shopping boleh buat lepas balik dari masjid. Banyak kedai-kedai di luar kawasan masjid/ berhampiran hotel, jadi tak perlu risau. Yang perlu dirisaukn ialah jaga nafsu shopping supaya tak boros hehe

5. Pada yang ingin beli nombor telefon di sana, di sarankan survey harga dulu sebelum beli.

6. Pada kaum wanita, mereka akan cek beg sebelum masuk ke dalam Masjid Nabawi. Aim ialah telefon berkamera/ camera itself. Jadi tak yah la bw camera. Kalau nk bawa pandai2 la sorok. And for the handphone pun pandai-pandai la yek.

 Nantikan sambungan Umrah Part 2: Mekah al-Mukarramah









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT (C) 2011-2012. All Right Reserved by Farah Liyana