Followers

AQSA2GAZA3

Friday, May 31, 2013

Umrah Part 2: Mekah al-Mukarramah



Assalamualaikum

Entri ini adalah sambungan daripada entri ini

Selepas menghabiskan 3 hari di Madinah
baki hari-hari yang lain dihabiskn di Tanah Suci Mekah






Antara kedai2 di bawah kawasan hotel. 
Sepanjang jalan pun ada kedai yag jual abaya, tasbih, dan macam-macam lagi.
Kat bawah hotel kitorang siap ada restoran fast food yang jual ayam goreng ala-ala kfc 
Kalau nak carik KFC pun ada je kt sini. Keluar dari gate masjidil haram, KFC betul-betul kat luar gate.
takde la kempunan yekk teheee

Jabal Tsur

Ziarah kat sini, kitorang jalan kat bawah je dan dengar tentang sejarah nya serba sedikit.
Pada sesiapa yang nak daki sampai Gua Hiraq tu, mereka plan sendiri dan pergi sendiri. Kekangan waktu dan time ni ramai veteren2 maka mereka tidak di galakkan naik sebab jauh dan mengambil masa sejam untuk sampai ke atas.



Jabal Rahmah

Memula sampai sini segan nak naik sengsorang sampai atas. Mujur ada "geng" yang ajak. Semangat je memanjat sampai atas. Bila time nak turun, rupanya ada tangga kt sebelah sana. Tangga dari atas straight sampai bawah plak tu. Jika ku tahu lenkali naik tangga je la, ayu sikit. Ni ngn jubah semangat lak memanjat kann huhu


Ziarah di Mudzalifah





Kat Mudzalifah ni ada kuda dan kereta kuda. Kami naik 6 orang 20 riyal
Boleh la buat pusing satu mudzalifah tu
Seronok jugak lepas makan naik kereta kuda feeling ala-ala princess gitu
pas tu makan aiskrim

wah sangat merehatkan diri dan melepaskan tekanan (sile baca "self-rest" dan release stress")

Ni la kuda nya

Ustaz Osman cerita apekah kepada mereka

Di Miqat pun boleh menyopping sambil tunggu jemaah lain



Ais krim pun turut di jual di luar kawasan masjidil haram

Orang lain makan ais krim time tengah hari
Kite lak makan ais krim ni di malam hari otw pulang ke hotel
maka sakit tekak, selsema dan demam jangan di rungut =.='


Air Zam Zam

Di hari terakhir sebelum Tawaf Wida'

Ye muka memang kelihatan penat seperti tidak cukup tidur.
Sesungguhnya memang takkan cukup tidur jika datang sini. Maka biasa kan lah diri anda.




Kat Masjidil Haram dan Masjid Nabawi ni ramai orang yang suke sedekah makanan 
pada jemaah yang iktikaf dalam masjid
Maka tak perlu risau ye
ada rezeki dapat la kurma free ke roti ke
air tak perlu risau sebab air zam zam free access unlimited ok?




ni dekat kawasan pejalan kaki di luar Masjidil Haram
ingat London jek ada pigeon cam ni?

 
Masjid Terapung Jeddah

Dihari terakhir kami di sini (27/4/13), kami bertolak lebih kurang jam 9 pagi (waktu Mekah) menuju Lapangan Terbang King Abdul Aziz di Jeddah. Sempat juga kami singgah di tempat hukuman qisas di jalankan dan juga Masjid Terapung Jeddah. Walau bagaimanapun, kami tidak dibenarkan untuk menangkap gambar di tempat hukuman qisas. 



Tips Di Mekah:

1. Make sure persiapan diri dari segi mental, fizikal, dan emosi sebelum tiba di tanah suci. Bukan apa, setiap langkah dan setiap tanah yang dipijak di sini, sangat-sangat rugi kalau kite tak manfaatkan dengan berdoa atau berzikir. 

2. Perbanyakkan solat sunat taubat dan solat sunat yang lain (sebelum ke tanah suci) sebagai salah satu persediaan. Bersihkan hati dan maafkan orang sekeliling. Dan jangan lupe untuk setelkan hutang yang patut and minta maaf pada orang lain juga.

3. Ambil tahu tempat-tempat yang mustajab untuk berdoa. Tanya ustaz/mutawwif tentang sejarah tempat-tempat/ kawasan-kawasan di sini. Kite datang bukan sahaja untuk umrah/ haji, tapi untuk melakukan juga ibadah yang Rasulullah saw pernah lakukan dulu. Dalami sejarah Rasul kite, pasti kite akan rasa lebih dekat dengan Rasulullah saw.

4. Ketika Tawaf, sangat penting untuk jaga bahu. IGNORE anasir-anasir luar yang memujuk anda dengan mengatakn mereka ingin menolong anda untuk mencium Hajar Aswad. Itu salah satu helah untuk mereka mendapatkan duit dari anda kerana cas yang tinggi (200-400 riyal). 

5. Jangan terlalu taksub untuk cium Hajar Aswad atau memegang Kaabah ketika TAWAF. Penting untuk kite habiskn 7 pusingan tawaf terlebih dahulu, solat sunat tawaf dan berdoa. Selepas selesai itu baru la anda boleh masuk kembali di kawasan tawaf untuk mencium Hajar Aswad atau memegang Kaabah (Rukun Yamani).

6. Perbanyakkan la bersedekah walaupun hanya memberi air pada jemaah lain. Allah swt membalas setiap kebaikan yang anda lakukan. Dia juga Maha Mendengar, maka jaga lah hati dan fikiran kite agar ia sentiasa bersih dan berfikiran positif. 

7. Perbanyakkan tawaf sunat dan beriktikaf di dalam Masjidil Haram. 

8. Pada yang pergi bersama ahli keluarga yang berusia "emas", sila jaga mereka sebaik-baiknya. Seelok-eloknya, pergi ke masjid bersama, tawaf dan saie bersama, supaya dapat mengelakkan masalah "sesat" atau "orang hilang".

9. Pada yang muda, bantu lah mereka yang tua. Tiada rugi nye jika anda saling membantu. Allah swt bagi cash kat sini. 

10. Jika selipar hilang, bersabarlah dan jangan merungut. Pinjam selipar masjid dan beli la selipar baru sebelum pulangkan selipar yang dipinjam tadi. Di luar Masjidil Haram ada je orang jual selipar, maka jangan risau.


Setakat ini tu je la tips yang di beri. Pape pun buat la persediaan secukupnya. Jangan malu bertanya jika tidak faham dan rajin-rajin kan la diri hadir ke kursus-kursus umrah/haji. Ilmu itu penting dan ia akan membantu kite untuk merancang "perjalanan ibadah" kite di sana supaya bile balik Malaysia kite tak regret sebab tak buat sesuatu yang kite lambat tahu.

Semoga Allah swt memberikan kite kesihatan yang baik, umur yang panjang dan rezeki yang halal serta menjemput kite semua menjadi tetamuNya lagi.

* ada a few video tapi korang nak tengok ke? Cam segan lak nk upload =.='

No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT (C) 2011-2012. All Right Reserved by Farah Liyana