Bidadari Impian
Ustazah Fatimah Syarha
Asiah isteri Firaun, Maryam Ibu Nabi Isa a.s, Saidatina Khadijah dan Saidatina Fatimah..
Keempat-empat tokoh wanita islam ini mempunyai persamaan. Mereka dekat dengan Rasul Allah. Asiah dekat dengan Nabi Musa a.s, Maryam dekat dengan Nabi Isa a.s, Saidatina Khadijah dan Saidatina Fatimah pula dekat dengan Rasullullah saw. Tokoh-tokoh wanita ini telah berjaya memperoleh trofi taqwa dan kemuliaan disisi Allah swt. SubhanAllah..
Asiah isteri Firaun
Firaun amat memusuhi Nabi Musa a.s, dan apabila mengetahui bahawa isterinye Asiah beriman dengan Allah swt, maka beliau diseksa dan dibunuh oleh suaminyer sendiri. Kaki dan tangannya diikat di 4 penjuru dan dihempap dengan batu. Disaat kematiannya, Asiah berdoa pada Allah swt. Doanya dirakamkan dalam surah At-Tahrim ayat 11:
Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada mudaratnye) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: "Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim"
Hebatnya Asiah kerana kekuatan aqidahnya. Asiah tidak mampu mengawal situasinya tetapi mampu mengawal responnya.
"Kau boleh ambil jasad aku tapi tidak aqidahku"
Hebatnya Asiah kerana menjadikan Allah swt sebagai yang pertama dalam hidupnya. Jika Allah yang diletakkan sebagai nombor 1 dihati kite, tiada siapa yang mampu menggoncangkn iman kita. Walau disiksa sekejam mane, Asiah tahu dia tidak keseorangan kerana dia sentiasa merasakan Allah bersamanya. Walaupun Asiah tidak melihat Allah, namun Asiah tahu Allah sentiasa melihatnya.
Dengan itu tiada alasan untuk kite para muslimah untuk tidak berubah. Asiah isteri Firaun mampu mempertahankan aqidahnya walau ditentang dan disiksa kejam oleh suaminya sendiri, apatah lagi kite wahai muslimah. Alasan tentang faktor sekeliling menjadi penghalang untuk kite berubah? Tidak malukah kite pada Asiah?
Letakkan Allah sebagai no 1 di hati kita. Walau tidak dapat dilihat, Allah itu wujud. Cintailah Allah dan kite akan merasakan cinta Allah pada kita. Solat dan Al-Quran Allah merupakan medium perhubungan kita dengan Allah swt. Maka, jaga solat, dan baca lah AL-Quran agar diri kita sentiasa merasa dekat dengan Allah.
Maryam Ibu Nabi Isa a.s
Seorang wanita yang diuji dengan sebesar-besar ujian, mengandung tanpa suami.
Beliau difitnah melakukan zina dan dicemuh penduduk kampungnya. Tapi Maryam wanita yang hebat. Imannya tidak sekali pun berubah disebabkan ujian yang diberikan itu. Dan tanpa beliau sangka bayi dalam kandungannya itu ialah Nabi Isa a.s. Oleh kerana ketabahan hati Maryam, Allah telah memuliakannya di dalam Al-Quran.
Jika kite sedar, Maryam adalah satu-satunya wanita yang disebut-sebut dalam Al-Quran secara khusus sehinggakan satu surah diberi atas namanya. MashaAllah...
'Ia berkata:"Sesungghunya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci". Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?". Ia menjawab:" Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan: Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiku; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.' [19:19-21]
Saidatina Khadijah
Abu Hurairah menyatakan bahawa Jibril datang kepada Nabi saw sambil berkata, "Wahai Rasulullah, Khadijah sedang berjalan kemari. Ia membawa bekas yang berisi makanan dan minuman. Jika ia sampai kepadamu, maka katakanlah bahawa Tuhan-Nya dan aku berkirim salam kepadanya. Dan sampaikanlah khabar gembira kepadanya bahawa ia mendapat sebuah rumah di syurga yang dibuat daripada buluh yang tidak dirisik dn tidak melelahkan." (Muttafaqun alaih). Fatimah pernah bertanyakan ayahnya tentang hal itu, "Adakah buluh yang berada disekitar ini?" Rasulullah menjawab, "Tidak. Melainkan buluh yang bertatahkan intan, mutiara dan berlian."
Siti Khadijah sangat menghargai suaminya. Walaupun Rasulullah saw anak yatim piatu, dan Siti Khadijah tidak dapat memuliakan ibu dan bapa mertuanya, tetapi hebatnya Khadijah ini kerana beliau memuliakan ibu susuan Rasulullah saw kerana ingin menghargai apa sahaja yang berkaitan dengan suaminya.
Kalau kita? Kalau boleh nak kahwin dengan anak yatim piatu sebab malas nak layan mak mertua kan? Ishh, teruknyer kite...
Saidatina Fatimah
Puteri Rasulullah saw ini merupakan ikon atau role model yang terbaik untuk para remaja puteri.
Dalam surat At0Taubah ayat 21, Allah berfirman;
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
Wanita dan lelaki diciptakan dengan fitrah ingin melengkapi satu sama lain. Tapi, bukanlah dengan cara couple yang dilakukan oleh remaja zaman sekarang. Fatimah, seorang wanita yang sanggup menyembunyikan perasaan cintanya sehinggalah akhirnya dengan kuasa Allah, mereka dijodohkan.
Malam pertama Fatimah dan suaminya Ali, Fatimah memberitahu bahawa dia berkenan dengan seorang lelaki dikampungnya sebelum menikahi Ali, dan Fatimah berniat untuk menjadi isteri lelaki itu. Ali merasa cemburu lalu bertanya adakah Fatimah menyesal berkahwin dengan Ali?? Lantas Fatimah tersenyum dan menjawab;
"Tidak menyesal, kerana abanglah lelaki itu"
Sweetnye Fatimah ;)
Walaupun kite jauh dengan Rasulullah saw, namun Baginda telah meninggalkan al-Quran dan sunnah sebagai pegangan untuk kite. Berpeganglah pada keduanya, dan sentiasa lah ingat-mengingatkan sesame kita.
Semoga para bidadari semua mengambil contoh dari keempat-empat tokoh bidadari ini. Merubah diri menjadi muslimah yang lebih beriman dan lebih bertaqwa.
Tutuplah aurat dengan sempurna dan perbaiki diri secara bertahap-tahap. Perubahan perlahan-lahan tetapi berterusan adalah lebih baik daripada perubahan drastik dan berpatah balik.
Sentiasa la istiqomah dalam mempersiapkan diri menjadi bidadari dunia dan bidadari akhirat insyaAllah...
(Peringatan ini juga buat saya yang masih dalam proses pembelajaran. Sama-sama lah kite insyaAllah..)
p/s: Tenkiu pada sis Erna untuk rujukannya.. Semoga Allah swt membalas segala kebaikan sister Erna dalam usaha berkongsi pengisian2 sepanjang konvensyen...Amin..