Assalamualaikum
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh,
serta saling berpesan dengan kebenaran,
dan saling berpesan dengan kesabaran
..............................................................
Just now tengok TV Al-Hijrah, so rasa macam nak share something yang penting tapi macam diabaikan lately ni..
KONSEP PENGURUSAN MASA
Dalam konsep pengurusan masa, Ustaz menekankan konsep Quadral 4. Jom check keutamaan kite di mana:
Quadral 1: Utamakan Perkara Penting & Urgent
Contoh: Kejar dateline untuk assignment/Thesis/ study untuk exam last minute
Quadral 2: Utamakan Perkara Penting Tetapi Tidak Urgent
Contoh: Study awal sebelum exam, siapkan assignments lebih awal sebelum dateline etc.
Quadral 3: Utamakan Perkara Tidak Penting Tetapi Urgent
Quadral 4: Utamakan Perkara Tidak Penting Tetapi Tidak Urgent
Contoh: Berfoya-foya/enjoy/ tengok movie walaupun dateline assignment dah hampir etc.
Dimane kah kite??
Untuk menjadi orang yang berjaya, kena letakkan fokus kite pada:
Quadral 2: Utamakan benda yang penting tetapi tidak urgent.
Orang yang bertindak sebelum perkara tersebut jadi urgent adalah
-orang yang proaktif (bertindak awal)
-Pandai merancang (1st thing 1st)
Bile kite fokus untuk menjadi orang seperti Quadral 2- automatik kite akan elakkan diri kite dari menjadi orang seperti Qudral 1 ( Orang yang tidak pandai merancang pengurusan masa dan sering buat kerja last minute), Quadral 3 (Orang yang mendahulukan perkara2 yang tidak penting) dan Quadral 4 (Orang yang mensia-siakan masa nya dengan perkara yang tidak berfaedah).
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua golongan dalam menguruskan masa.
Peringatan ini juga adalah untuk saya agar sentiasa beringat bahawa masa itu lebih bernilai dari emas permata.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua golongan dalam menguruskan masa.
Peringatan ini juga adalah untuk saya agar sentiasa beringat bahawa masa itu lebih bernilai dari emas permata.
p/s: Thank you pada Ustaz Amin (TV Al-Hijrah) atas perkongsian yang menarik. InsyaAllah akan menjadi ingatan setiap masa