Followers

AQSA2GAZA3

Saturday, April 07, 2012

Wanita Penyejuk Jiwa



Alhamdulillah...
Sempena Konvensyen Bidadari Dunia 2012 yang lepas,
Dato' Siti Noor Bahiyah juga telah dijemput menjadi salah seorang tokoh wanita dan slot yang disampaikan bertajuk "Wanita Penyejuk Jiwa"


Wanita Penyejuk Jiwa

Dalam slot berkenaan, beliau telah berkongsi 15 tips untuk menjadi wanita penyejuk jiwa. Tips-tips adalah seperti berikut (skema plak -.-');

1) Nur keimanan yang memancar di wajah
2) Akhlak yang terpuji
3) Ilmu pengetahuan
4) Isteri idaman suami
5) Senyuman manis buat suami terchenntaa
6) Berhias dan berdandan buat suami tersayang (jangan over sudeyy)
7) Meluangkan masa untuk merawat diri
8) Hati yang dipenuhi dengan sifat mahmudah
9) Penampilan mengikut syariat
10) Segera meminta maaf apabila membuat salah dan bersedia untuk memaafkan
11) Bersabar menempuhi dugaan hidup
12) Sentiasa menderma dan berinfak
13) Bersifat penyayang kepada anak2 dan mendidik mereka menjadi anak yang soleh dan solehah
14) Perasaan takut pada Allah
15) Dapat keredhaan ibu bapa

Nur Iman yang memancar di wajah

Mahukan diri itu cantik adalah fitrah kita sebagai manusia. Allah juga sukakan kecantikan. Jika di lihat perkembangan fesyen tudung sekarang ni yang sering bertukar membuktikan bahawa wanita sentiasa memikirkan bagaimana untuk menjadi lebih cantik dari hari ke hari. Tapi, bagaimana untuk mendapatkan cantik yang disukai Allah?
Taat pada Allah swt
Buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang.
Bukankah Allah itu tidakmelihat pada rupa dan harta kite?
Apa yang Allah lihat adalah hati kita. Hati yang baik, insyaAllah, kecantikan hati akan terpancar di wajah kita

Akhlak yang terpuji

“Wanita itu tiang negara. Seandainya wanita itu baik, maka majulah Negara tetapi seandainya wanita itu rosak akhlaknya, mundurlah sesebuah negara itu”- Pujangga Arab
MashaAllah, hebatnya impak wanita pada Negara kan?

Untuk menjadi wanita yang mempunyai akhlak yang baik, kite kena mengelakkan diri kita dari 4 P. Kerana jika kita melakukan P yang pertama akan mendorong untuk kite melakukan P yang ke 2 dan seterusnya. 

4P yang dimaksudkan ialah:
1)      Pandang lebih-lebih (tundukkan pandangan kerana dari mata akan turun ke hati)
2)      Pegang-pegang
3)      Peluk
4)      Penzinaan
 
Jika kite terlibat sehingga P yang ke 3, akan menyebabkan kite terjerumus ke P yang ke empat.. NAuzubillah… semoga kite dijauhkn daripada keempat-empat P tersebut…insyaAllah…

Ilmu pengetahuan

Di dalam Al-Quran, Allah telah menyebut perkataan ‘ilmu’ sebanyak 880 kali. Ini membuktikan kepentingan ilmu untuk kite pelajari. 
Bagi wanita islam yang sering dipandang hina oleh bangsa bukan islam, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk meningkatkan ilmu pengetahuan kita. 
Sebagai seorang wanita, kite juga membawa benih di dalam rahim kita, maka kite bertanggungjawab untuk mendidik benih tersebut supaya menjadi hebat. Lagipun, wanita yang bijaksana dapat membuat suami terpikat ( ni ustazah yg cakap okeyyy)

Isteri Idaman suami

6 sebab kenapa wanita wajib taat pada suami;
1) Perintah Allah [rujuk surah An-Nisa’ ayat 34]
2) Kedudukan suami sebagai pemimpin.
3) Kewajipan isteri
4) Dapat pahala
5) Memburu keredhaan Allah swt
6) Untuk jauhi azab api neraka (Syurga isteri terletak di bawah telapak kaki suami)

Rasulullah saw pernah berkata,
“Kalaulah aku dapat perintahkan manusia sujud pada manusia, aku akan suruh seorang isteri sujud pada suaminya”

Senyuman manis buat suami tercinta

Saintis barat pernah membuat kajian, apabila seseorang manusia itu tersenyum, dia menggunakan 14 otot di muka di mana ia adalah rahsia awet muda.

Berhias & berdandan buat suami tersayang

Tiru macam Siti Khadijah. Beliau sentiasa berlembut dengan suaminya dan tingkah layanannya yang baik pada Rasulullah saw membuatkan beliau diangkat untuk menjadi penghulu bidadari syurga

Meluangkan masa untuk merawat diri

Jgn jadi selekeh. Allah suruh wanita pelihara aurat, bukan suruh wanita jadi selekeh

Hati yang dipenuhi dengan sifat mahmudah

4 racun hati yang perlu kita buang
1)      Berlebihan dalam berbicara
2)      Berlebihan dalam melihat sesuatu
3)      Berlebihan ketika makan
4)      Berlebihan dalam pergaulan

Penampilan mengikut syariat

Jaga aurat

Bersabar menempuh dugaan hidup

Boleh amalkan doa lembut hati. Rujuk Al-Quran [3:200], [59:21], [42:19]

 Bersifat penyayang kepada anak-anak dan mendidik mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah

“Orang yang mandul adalah orang yg mempunyai ramai anak tetapi tak dapat memberi manfaat pada mereka”

Perasaan takut pada Allah awt

Dah bertaubat pada Allah belum?

Keredhaan ibu bapa

“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” [31;14]

Tanpa keredhaan ibu bapa, usah bicara tentang nk masuk syurga


InsyaAllah untuk next entry Farah akan share tentang slot Forum plak yang bertajuk 
Fashion: YES or NO.



Wanita, Iman dan Kerjaya


Cahaya Kemanisan Iman

Hjh Zawiah

Rasulullah saw bersabda;

“Tiga perkara di mana sesiapa mempunyainya, maka dengannya (3 perkara tersebut) dia akan merasai kemanisan iman.”

Tiga perkara tersebut ialah;
1     1) Seseorang itu menjadikan Allah swt dan RasulNya sebagai yang paling dicintainya
       2) Tidak mencintai seseorang melainkan keranaNya
      3) Dan membenci untuk kembali kekufuran sepertimana dia tidak suka untuk dicampakkan ke dalam neraka

Iman sentiasa turun dan naik kerana itu adalah lumrah kehidupan. 
Tetapi, adalah malang bagi kite jika iman kita lebih banyak menurun dari menaik.

Iman itu bermakna;
1)      Menyebut dengan lidah
2)      Mengaku dengan hati
3)      Beramal dengan anggota

Jika kita mengaku kita cintakan Allah swt tetapi tidak melakukan perintahNya, adakah layak kita digelar sebagai orang yang beriman? Allahu…

Fitrah manusia suka kan kebaikan dan tiada seorang manusia pun yang dilahirkan tanpa fitrah tersebut. Namun, faktor sekeliling menyebabkan ‘fitrah’ kita itu berkarat seperti besi yang terkena air.

Allah swt itu Maha Penyayang. Walau pun kite berniat di dalam hati untuk melakukan dosa dan maksiat, tiada satu pun yang dicatit dalam buku amalan kita. Tidak seperti jika kita ingin berbuat baik, niat sahaja malaikat sudah pun menulis satu pahala kebaikan di dalam buku amalan kita. Dan apabila niat untuk melakukan kebaikan itu dilaksanakan, Allah menggandakan lagi pahala buat kita. SubhanAllah… Allah Maha Penyayang..

Oleh itu janganlah kita bersifat sombong kepada Allah swt.

Dulu ketika Nabi Adam as diciptakan, Allah menyuruh malaikat dan iblis sujud pada Adam. Iblis yang enggan sujud pada Adam dihalau oleh Allah dari syurga.

Bagaimana pula dengan kita? Sudah berapa kali kita sombong pada Allah?...Astaghfirullah al azim….

Wanita dan Kerjaya

Dr Nikki Shuhada

Dr Nikki mensarankan agar kite meletakkan matlamat kite dari sekarang jika kite ingin berjaya.

Contoh matlamat saya:

- nak habeskan pengajian master saya secepat mungkin
- bekerja dalam bidang 'research' dan mengumpul harta supaya saya dapat pergi ke tanah suci mekah bersama keluarga
- mendirikan rumah tangga dan memperoleh anak2 yang soleh dan solehah. Untuk itu, saya akan persiapkan diri saya supaya menjadi muslimah yang berkualiti dari segi ilmu, agama dan taqwa supaya saya mampu mendidik bakal anak2 saya untuk menjadi muslim yang berkualiti
-membuat amal kebajikan 
-menyumbang kepada kemajuan negara dengan ilmu dan kajian yang saya lakukan insyaAllah...

"Life is not about taking, but giving"

Dr juga menasihatkan kite untuk sentiasa berjimat cermat dan menabung demi masa depan. Kurangkan berbelanja pada kehendak yang tidak munasabah. <--insyaAllah akan diusahakan dan semoga usaha  berterusan..bukan hangat2 tahi ayam sudah lerr...

Dr Nikki juge telah meng'highlight' kan 5 ciri wanita yang berjaya. Ciri-ciri tersebut ialah;
1) Berfikiran positif
2) Pilih kawan yang betul
3)Membaca buku
4) Hadiri seminar
5) Melawat tempat2 yang hebat

Semoga kite semua sentiasa istiqomah dan muhasabah diri dalam membentuk diri menjadi muslimah yang berperibadi mulia, berilmu, dan bertaqwa pada Pencipta kita. Semoga kite sentiasa pantau iman kite di tahap mana dan berusaha menjadi bidadari dunia yang lebih berkualiti. Amin...

p/s: Petikan dari kedua tokoh bidadari ini tidak lah lengkap seperti mana yang telah disampaikan. Saya hanya merujuk kepada sumber laen dan semoga minta di tegur mane yang silap dan ditambah mana yang kurang


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT (C) 2011-2012. All Right Reserved by Farah Liyana