Cahaya Kemanisan Iman
Hjh Zawiah
Rasulullah saw bersabda;
“Tiga perkara di mana sesiapa mempunyainya, maka dengannya (3 perkara tersebut) dia akan merasai kemanisan iman.”
Tiga perkara tersebut ialah;
1 1) Seseorang itu menjadikan Allah swt dan RasulNya sebagai yang paling dicintainya
2) Tidak mencintai seseorang melainkan keranaNya
3) Dan membenci untuk kembali kekufuran sepertimana dia tidak suka untuk dicampakkan ke dalam neraka
Iman sentiasa turun dan naik kerana itu adalah lumrah kehidupan.
Tetapi, adalah malang bagi kite jika iman kita lebih banyak menurun dari menaik.
Iman itu bermakna;
1) Menyebut dengan lidah
2) Mengaku dengan hati
3) Beramal dengan anggota
Jika kita mengaku kita cintakan Allah swt tetapi tidak melakukan perintahNya, adakah layak kita digelar sebagai orang yang beriman? Allahu…
Fitrah manusia suka kan kebaikan dan tiada seorang manusia pun yang dilahirkan tanpa fitrah tersebut. Namun, faktor sekeliling menyebabkan ‘fitrah’ kita itu berkarat seperti besi yang terkena air.
Allah swt itu Maha Penyayang. Walau pun kite berniat di dalam hati untuk melakukan dosa dan maksiat, tiada satu pun yang dicatit dalam buku amalan kita. Tidak seperti jika kita ingin berbuat baik, niat sahaja malaikat sudah pun menulis satu pahala kebaikan di dalam buku amalan kita. Dan apabila niat untuk melakukan kebaikan itu dilaksanakan, Allah menggandakan lagi pahala buat kita. SubhanAllah… Allah Maha Penyayang..
Oleh itu janganlah kita bersifat sombong kepada Allah swt.
Dulu ketika Nabi Adam as diciptakan, Allah menyuruh malaikat dan iblis sujud pada Adam. Iblis yang enggan sujud pada Adam dihalau oleh Allah dari syurga.
Bagaimana pula dengan kita? Sudah berapa kali kita sombong pada Allah?...Astaghfirullah al azim….
Wanita dan Kerjaya
Dr Nikki Shuhada
Dr Nikki mensarankan agar kite meletakkan matlamat kite dari sekarang jika kite ingin berjaya.
Contoh matlamat saya:
- nak habeskan pengajian master saya secepat mungkin
- bekerja dalam bidang 'research' dan mengumpul harta supaya saya dapat pergi ke tanah suci mekah bersama keluarga
- mendirikan rumah tangga dan memperoleh anak2 yang soleh dan solehah. Untuk itu, saya akan persiapkan diri saya supaya menjadi muslimah yang berkualiti dari segi ilmu, agama dan taqwa supaya saya mampu mendidik bakal anak2 saya untuk menjadi muslim yang berkualiti
-membuat amal kebajikan
-menyumbang kepada kemajuan negara dengan ilmu dan kajian yang saya lakukan insyaAllah...
"Life is not about taking, but giving"
Dr juga menasihatkan kite untuk sentiasa berjimat cermat dan menabung demi masa depan. Kurangkan berbelanja pada kehendak yang tidak munasabah. <--insyaAllah akan diusahakan dan semoga usaha berterusan..bukan hangat2 tahi ayam sudah lerr...
Dr Nikki juge telah meng'highlight' kan 5 ciri wanita yang berjaya. Ciri-ciri tersebut ialah;
1) Berfikiran positif
2) Pilih kawan yang betul
3)Membaca buku
4) Hadiri seminar
5) Melawat tempat2 yang hebat
Semoga kite semua sentiasa istiqomah dan muhasabah diri dalam membentuk diri menjadi muslimah yang berperibadi mulia, berilmu, dan bertaqwa pada Pencipta kita. Semoga kite sentiasa pantau iman kite di tahap mana dan berusaha menjadi bidadari dunia yang lebih berkualiti. Amin...
p/s: Petikan dari kedua tokoh bidadari ini tidak lah lengkap seperti mana yang telah disampaikan. Saya hanya merujuk kepada sumber laen dan semoga minta di tegur mane yang silap dan ditambah mana yang kurang
gud entry kak farah..keep on writing n sharing
ReplyDeleteTenkiu Hasni. ni pun ambil point2 dari Konvensyen Bidadari Dunia tempoh hari.
DeleteSemoga sedikit sebanyak jadi panduan untuk semua. Amin...