Followers

AQSA2GAZA3

Saturday, April 07, 2012

Wanita, Iman dan Kerjaya


Cahaya Kemanisan Iman

Hjh Zawiah

Rasulullah saw bersabda;

“Tiga perkara di mana sesiapa mempunyainya, maka dengannya (3 perkara tersebut) dia akan merasai kemanisan iman.”

Tiga perkara tersebut ialah;
1     1) Seseorang itu menjadikan Allah swt dan RasulNya sebagai yang paling dicintainya
       2) Tidak mencintai seseorang melainkan keranaNya
      3) Dan membenci untuk kembali kekufuran sepertimana dia tidak suka untuk dicampakkan ke dalam neraka

Iman sentiasa turun dan naik kerana itu adalah lumrah kehidupan. 
Tetapi, adalah malang bagi kite jika iman kita lebih banyak menurun dari menaik.

Iman itu bermakna;
1)      Menyebut dengan lidah
2)      Mengaku dengan hati
3)      Beramal dengan anggota

Jika kita mengaku kita cintakan Allah swt tetapi tidak melakukan perintahNya, adakah layak kita digelar sebagai orang yang beriman? Allahu…

Fitrah manusia suka kan kebaikan dan tiada seorang manusia pun yang dilahirkan tanpa fitrah tersebut. Namun, faktor sekeliling menyebabkan ‘fitrah’ kita itu berkarat seperti besi yang terkena air.

Allah swt itu Maha Penyayang. Walau pun kite berniat di dalam hati untuk melakukan dosa dan maksiat, tiada satu pun yang dicatit dalam buku amalan kita. Tidak seperti jika kita ingin berbuat baik, niat sahaja malaikat sudah pun menulis satu pahala kebaikan di dalam buku amalan kita. Dan apabila niat untuk melakukan kebaikan itu dilaksanakan, Allah menggandakan lagi pahala buat kita. SubhanAllah… Allah Maha Penyayang..

Oleh itu janganlah kita bersifat sombong kepada Allah swt.

Dulu ketika Nabi Adam as diciptakan, Allah menyuruh malaikat dan iblis sujud pada Adam. Iblis yang enggan sujud pada Adam dihalau oleh Allah dari syurga.

Bagaimana pula dengan kita? Sudah berapa kali kita sombong pada Allah?...Astaghfirullah al azim….

Wanita dan Kerjaya

Dr Nikki Shuhada

Dr Nikki mensarankan agar kite meletakkan matlamat kite dari sekarang jika kite ingin berjaya.

Contoh matlamat saya:

- nak habeskan pengajian master saya secepat mungkin
- bekerja dalam bidang 'research' dan mengumpul harta supaya saya dapat pergi ke tanah suci mekah bersama keluarga
- mendirikan rumah tangga dan memperoleh anak2 yang soleh dan solehah. Untuk itu, saya akan persiapkan diri saya supaya menjadi muslimah yang berkualiti dari segi ilmu, agama dan taqwa supaya saya mampu mendidik bakal anak2 saya untuk menjadi muslim yang berkualiti
-membuat amal kebajikan 
-menyumbang kepada kemajuan negara dengan ilmu dan kajian yang saya lakukan insyaAllah...

"Life is not about taking, but giving"

Dr juga menasihatkan kite untuk sentiasa berjimat cermat dan menabung demi masa depan. Kurangkan berbelanja pada kehendak yang tidak munasabah. <--insyaAllah akan diusahakan dan semoga usaha  berterusan..bukan hangat2 tahi ayam sudah lerr...

Dr Nikki juge telah meng'highlight' kan 5 ciri wanita yang berjaya. Ciri-ciri tersebut ialah;
1) Berfikiran positif
2) Pilih kawan yang betul
3)Membaca buku
4) Hadiri seminar
5) Melawat tempat2 yang hebat

Semoga kite semua sentiasa istiqomah dan muhasabah diri dalam membentuk diri menjadi muslimah yang berperibadi mulia, berilmu, dan bertaqwa pada Pencipta kita. Semoga kite sentiasa pantau iman kite di tahap mana dan berusaha menjadi bidadari dunia yang lebih berkualiti. Amin...

p/s: Petikan dari kedua tokoh bidadari ini tidak lah lengkap seperti mana yang telah disampaikan. Saya hanya merujuk kepada sumber laen dan semoga minta di tegur mane yang silap dan ditambah mana yang kurang


Thursday, March 29, 2012

Konvensyen Bidadari Dunia 2012


Bidadari Impian


Ustazah Fatimah Syarha


Asiah isteri Firaun, Maryam Ibu Nabi Isa a.s, Saidatina Khadijah dan Saidatina Fatimah..

Keempat-empat tokoh wanita islam ini mempunyai persamaan. Mereka dekat dengan Rasul Allah. Asiah dekat dengan Nabi Musa a.s, Maryam dekat dengan Nabi Isa a.s, Saidatina Khadijah dan Saidatina Fatimah pula dekat dengan Rasullullah saw. Tokoh-tokoh wanita ini telah berjaya memperoleh trofi taqwa dan kemuliaan disisi Allah swt. SubhanAllah..

Asiah isteri Firaun

Firaun amat memusuhi Nabi Musa a.s, dan apabila mengetahui bahawa isterinye Asiah beriman dengan Allah swt, maka beliau diseksa dan dibunuh oleh suaminyer sendiri. Kaki dan tangannya diikat di 4 penjuru dan dihempap dengan batu. Disaat kematiannya, Asiah berdoa pada Allah swt. Doanya dirakamkan dalam surah At-Tahrim ayat 11:

Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada mudaratnye) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: "Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim"

Hebatnya Asiah kerana kekuatan aqidahnya. Asiah tidak mampu mengawal situasinya tetapi mampu mengawal responnya.

"Kau boleh ambil jasad aku tapi tidak aqidahku"

Hebatnya Asiah kerana menjadikan Allah swt sebagai yang pertama dalam hidupnya. Jika Allah yang diletakkan sebagai nombor 1 dihati kite, tiada siapa yang mampu menggoncangkn iman kita. Walau disiksa sekejam mane, Asiah tahu dia tidak keseorangan kerana dia sentiasa merasakan Allah bersamanya. Walaupun Asiah tidak melihat Allah, namun Asiah tahu Allah sentiasa melihatnya. 

Dengan itu tiada alasan untuk kite para muslimah untuk tidak berubah. Asiah isteri Firaun mampu mempertahankan aqidahnya walau ditentang dan disiksa kejam oleh suaminya sendiri, apatah lagi kite wahai muslimah. Alasan tentang faktor sekeliling menjadi penghalang untuk kite berubah? Tidak malukah kite pada Asiah?

Letakkan Allah sebagai no 1 di hati kita. Walau tidak dapat dilihat, Allah itu wujud. Cintailah Allah dan kite akan merasakan cinta Allah pada kita. Solat dan Al-Quran Allah merupakan medium perhubungan kita dengan Allah swt. Maka, jaga solat, dan baca lah AL-Quran agar diri kita sentiasa merasa dekat dengan Allah.

Maryam Ibu Nabi Isa a.s

Seorang wanita yang diuji dengan sebesar-besar ujian, mengandung tanpa suami. 
Beliau difitnah melakukan zina dan dicemuh penduduk kampungnya. Tapi Maryam wanita yang hebat. Imannya tidak sekali pun berubah disebabkan ujian yang diberikan itu. Dan tanpa beliau sangka bayi dalam kandungannya itu ialah Nabi Isa a.s. Oleh kerana ketabahan hati Maryam, Allah telah memuliakannya di dalam Al-Quran. 

Jika kite sedar, Maryam adalah satu-satunya wanita yang disebut-sebut dalam Al-Quran secara khusus sehinggakan satu surah diberi atas namanya. MashaAllah...

'Ia berkata:"Sesungghunya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci". Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?". Ia menjawab:" Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan: Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiku; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.' [19:19-21]

Saidatina Khadijah

Abu Hurairah menyatakan bahawa Jibril datang kepada Nabi saw sambil berkata, "Wahai Rasulullah, Khadijah sedang berjalan kemari. Ia membawa bekas yang berisi makanan dan minuman. Jika ia sampai kepadamu, maka katakanlah bahawa Tuhan-Nya dan aku berkirim salam kepadanya. Dan sampaikanlah khabar gembira kepadanya bahawa ia mendapat sebuah rumah di syurga yang dibuat daripada buluh yang tidak dirisik dn tidak melelahkan." (Muttafaqun alaih). Fatimah pernah bertanyakan ayahnya tentang hal itu, "Adakah buluh yang berada disekitar ini?" Rasulullah menjawab, "Tidak. Melainkan buluh yang bertatahkan intan, mutiara dan berlian."

Siti Khadijah sangat menghargai suaminya. Walaupun Rasulullah saw anak yatim piatu, dan Siti Khadijah tidak dapat memuliakan ibu dan bapa mertuanya, tetapi hebatnya Khadijah ini kerana beliau memuliakan ibu susuan Rasulullah saw kerana ingin menghargai apa sahaja yang berkaitan dengan suaminya. 
Kalau kita? Kalau boleh nak kahwin dengan anak yatim piatu sebab malas nak layan mak mertua kan? Ishh, teruknyer kite...

Saidatina Fatimah 

Puteri Rasulullah saw ini merupakan ikon atau role model yang terbaik untuk para remaja puteri.
Dalam surat At0Taubah ayat 21, Allah berfirman;

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Wanita dan lelaki diciptakan dengan fitrah ingin melengkapi satu sama lain. Tapi, bukanlah dengan cara couple yang dilakukan oleh remaja zaman sekarang. Fatimah, seorang wanita yang sanggup menyembunyikan perasaan cintanya sehinggalah akhirnya dengan kuasa Allah, mereka dijodohkan.

Malam pertama Fatimah dan suaminya Ali, Fatimah memberitahu bahawa dia berkenan dengan seorang lelaki dikampungnya sebelum menikahi Ali, dan Fatimah berniat untuk menjadi isteri lelaki itu. Ali merasa cemburu lalu bertanya adakah Fatimah menyesal berkahwin dengan Ali?? Lantas Fatimah tersenyum dan menjawab;

"Tidak menyesal, kerana abanglah lelaki itu"

Sweetnye Fatimah ;)

Walaupun kite jauh dengan Rasulullah saw, namun Baginda telah meninggalkan al-Quran dan sunnah sebagai pegangan untuk kite. Berpeganglah pada keduanya, dan sentiasa lah ingat-mengingatkan sesame kita. 
Semoga para bidadari semua mengambil contoh dari keempat-empat tokoh bidadari ini. Merubah diri menjadi muslimah yang lebih beriman dan lebih bertaqwa.
Tutuplah aurat dengan sempurna dan perbaiki diri secara bertahap-tahap. Perubahan perlahan-lahan tetapi berterusan adalah lebih baik daripada perubahan drastik dan berpatah balik.
Sentiasa la istiqomah dalam mempersiapkan diri menjadi bidadari dunia dan bidadari akhirat insyaAllah...

(Peringatan ini juga buat saya yang masih dalam proses pembelajaran. Sama-sama lah kite insyaAllah..)






p/s: Tenkiu pada sis Erna untuk rujukannya.. Semoga Allah swt membalas segala kebaikan sister Erna dalam usaha berkongsi pengisian2 sepanjang konvensyen...Amin..

Wednesday, March 28, 2012

KBD: Bidadari in the making


Assalamualaikum..

"Didik wanita, negara terpelihara"

Alhamdulillah 
Pada 24 & 25 Mac 2012 yang lalu Konvensyen Bidadari Dunia 2012 telah berjaya diadakan. 
Program yang berlangsung selama 2 hari ini telah diisi dengan slot-slot ceramah dan forum yang sangat bermanfaat.

Antara Panel2 Bidadari yang sudi berkongsi ilmu ialah:


Ustazah Fatimah Syarha- Bidadari Impian 
Dato' Siti Nor Bahiyah- Wanita Penyejuk Jiwa
Prof Dr Muhaya- Bahagia/Soalnya Hati
Dr. Nikki Syuhada- Wanita VS Kerjaya
Datin Zaleha- Wanita Berkarisma
Pn Jamilah- Ibu Luar Biasa
Dr Rubiah- Solehah itu Indah
Dr Harlina- Wanita dan Dakwah
Rosmawati Zainal (Ummi Ross)- Sesuci Mawar Putih

Malam pertama dan kedua program pula diisi dengan slot forum yang sungguh menarik. 

Malam Pertama:
Topik: Fashion: YES or NO?
Moderator: Wardina Safiyyah
Panel: Catriona Ross, Datin Zaleha dan Pn Suryati Daman

Malam Kedua:
Topik: Titian Syurga
Moderator: Ustazah Amie Sofie (Juara Solehah)
Panel: Ustazah Firuz Akhtar (Juara Ustazah Pilihan), Irma Hasmie, Nora dan Farazila



CEO ILuvIslam.com, Saudara Imran Koyube memberi ucapan pada pembukaan majlis


menyemmmpatttt

Slot pertama: Bidadari Impian
oleh Ustazah Fatimah Syarha

Dato Ustazah Siti Bahiyah dengan topiknya "Wanita Penyejuk Jiwa"

Forum Fashion: YES or NO? pada malam pertama konvensyen.
Moderator: Sister Wardina
Panel: Datin Zaleha, Catriona Ross dan Pn Suryati Daman

Forum Titian Syurga
Moderator: Ustazah Amie Sofie (Juara Solehah)
Panel: Ustazah Firuz (Juara Ustazah Pilihan), Sister Nora,  Sister Irma, dan Sister Farazila 
Selain dari pengisian2 yang padat dan bermanfaat tu, sempat juge la kami peserta2 (semasa program di panggil bidadari/sister) bertemu dengan panel2 bidadari dalam sesi beramah mesra.
Maka sempat la berposing seperti di bawah:

Ustazah Fatimah Syarha dan Sister Apiah

Ustazah yang tak lokek dengan senyuman dan doa untuk kami ;)

Prof Dr. Muhaya yang sangat humble.."bahagia mula dari dalam :)"

Kebahagiaan Sister Irma yang dapat dirasai oleh semua sister2 di sini :)

Sangat comel Sister Farazilla! "Peace yang tidak dirancang ;p"

Selain slot2 ceramah dan forum, gerai-gerai jualan juga di buka sepanjang program. Antara hasil tangkapan yang tak seberapa
Hasil tulisan Ustazah Fatimah Syarha- sempat amek autograph  penulis buku ^^

Haritu baru jek cakap kat mama yang pendrive saya takde tali. Sekarang dah ade. Pendrive saya mesti happy ^^

We Love Islam =)

Cukuplah sisters... cukuplah kite berdiam selama ini-Dr. Harlina

Pengisian dalam slot-slot semasa program akan Farah update pada entri seterusnyer insyaAllah...


Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih Farah ucapkan pada ILuvIslam.com kerana menganjurkan program yang sangat bermanfaat ini dan kepada team2 sisters yang berusaha dengan sedaya upaya memastikan program berjalan lancar dan juga kerana layanan yang sangat baik. Semoga program seperti ini dapat diadakan setiap tahun insyaAllah...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT (C) 2011-2012. All Right Reserved by Farah Liyana