Followers

AQSA2GAZA3

Wednesday, May 02, 2012

Di suatu hari



Assalamualaikum

Again entry tentang FOOD, tentang makanan! tentang Pizza!! ho-yeahh!!!


Last week yang tak brape nak last, me n my big brother poie la makan pizza hut 
actually bukan la 1st choice pun. time tu memang lapo giler la. pastu memasing tanya 

"ko nak makan nasi ke bukan nasi" 

pastu memasing pun malu nak cakap hasrat sebenar di hati 

"aku ikut je ko nak makan pe"
"aku tak kesah ko nak makan pe, ikut la"

silence....

"ko nak makan pe dik?"
"ikut jojo la adik tak kesah"

silence....

"jo nak makan pe?"
"ikut adik la jo tak kesah"

kalau nak ikutkan conversation cam ni memang sampai subuh besok la kitorang kebulur

last-last redah la sini



tak tau la plak Garlic Breadstix ni dah takde. Al maklum dah lama tak makan pizza kannn


ni la pengganti nyer...
hidangan pertama yang sampai seperti biasee


ni la pizza 3D yang baru tu. Sedap gak la. Lagi sedap kalau ada orang belanja
kui kui kui kui

big brother merasmikan

sporting ok angkat pizza pelan-pelan sebab nak kasi gambar cantikk

"cheese dikk cheese dia dikkk cepat cepat!!"
hamboiii -.-

senyuman sebab dapat pizza ngengengenge

i punye!

soup yang lambat sampai. 
sampai hati korang hantar soup time kite dah kenyang tau...

platter yang chicky & cheesy 

si abang mengorder ini sebagai tambahan
ia kelihatan sangat lazat

dan memang sah lazaattt

i hanya minum ini
selain kenot drink carbonated drink, ini juga satu langkah penjimatan ketika perut ngengade minta benda mahal


K, bila lah dapat makan pizza lagik yekkk






Pizza dan Teksi Kuning


Yellow Cab Pizza

Assalamualaikum

Beberapa minggu yang lepas, kitorang decided nak makan Yellow Cab Pizza.
Ceh dah beberapa minggu baru nak hupdate sekarang? 
ehem
Kitorang memula tu plan baekk punye nk pegi Taipan branch, pastu bile google eh eh macam dah tutup plak tempat tu.
Maka Plan B harus dibuat on the spot.
cari punye cari kitorang pun redah je pegi Yellow Cab Pizza yang kat Jalan Raja Abdullah
Rupenyer dekat jekkk ngn opis Nuffnang
*if i knew from the beginning -.-'

meh layan gambarsss

orang paling hensem kena order

ni jek la menu hot drinks yang ada. Khas untuk orang macam Farah yang tak leh minum carbonated drinks sob sob

minuman mereka yang 'muda'

the menu
 

FYI, size pizza kat sini larger compare dengan pizza tempat lain. Dorang ni siap leh compare ngan size viva lagikk. Last kitorang order 14'' ala-ala besar tayar kereta (comparison kau bukan mainn)

classic ke specialty? berjam gak la pilih. first time kann nak rasa

minuman orang 'tua' sob sob

jeng jeng jeng

half is Tribeca Mushroom and another half is Roasted Garlic & Shrimp

tangan pun nak bergambar kann

amek amek jangan tak amekk

dapat la merasa kan pizza nii

ni la vespa kuning. delivery boy pakai ni okk hantar pizza kat koranggg. kelasss uuu

Yellow Cab Pizza


Secara ringkasnya Farah dan kengkawan puas hati makan kat sini. Pizza dia sedap, roti lembut dan puas makan sebab besar portion dia. So memang tak rugi try makan pizza ni.

But hope after this perbanyakkan lah cawangan kt KL and area Selangor ni supaya kitorang leh selalu order kalau malas nak keluar ahaks

p/s: ada sesape nak blanje saya makan pizza tak?

Saturday, April 07, 2012

Wanita Penyejuk Jiwa



Alhamdulillah...
Sempena Konvensyen Bidadari Dunia 2012 yang lepas,
Dato' Siti Noor Bahiyah juga telah dijemput menjadi salah seorang tokoh wanita dan slot yang disampaikan bertajuk "Wanita Penyejuk Jiwa"


Wanita Penyejuk Jiwa

Dalam slot berkenaan, beliau telah berkongsi 15 tips untuk menjadi wanita penyejuk jiwa. Tips-tips adalah seperti berikut (skema plak -.-');

1) Nur keimanan yang memancar di wajah
2) Akhlak yang terpuji
3) Ilmu pengetahuan
4) Isteri idaman suami
5) Senyuman manis buat suami terchenntaa
6) Berhias dan berdandan buat suami tersayang (jangan over sudeyy)
7) Meluangkan masa untuk merawat diri
8) Hati yang dipenuhi dengan sifat mahmudah
9) Penampilan mengikut syariat
10) Segera meminta maaf apabila membuat salah dan bersedia untuk memaafkan
11) Bersabar menempuhi dugaan hidup
12) Sentiasa menderma dan berinfak
13) Bersifat penyayang kepada anak2 dan mendidik mereka menjadi anak yang soleh dan solehah
14) Perasaan takut pada Allah
15) Dapat keredhaan ibu bapa

Nur Iman yang memancar di wajah

Mahukan diri itu cantik adalah fitrah kita sebagai manusia. Allah juga sukakan kecantikan. Jika di lihat perkembangan fesyen tudung sekarang ni yang sering bertukar membuktikan bahawa wanita sentiasa memikirkan bagaimana untuk menjadi lebih cantik dari hari ke hari. Tapi, bagaimana untuk mendapatkan cantik yang disukai Allah?
Taat pada Allah swt
Buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang.
Bukankah Allah itu tidakmelihat pada rupa dan harta kite?
Apa yang Allah lihat adalah hati kita. Hati yang baik, insyaAllah, kecantikan hati akan terpancar di wajah kita

Akhlak yang terpuji

“Wanita itu tiang negara. Seandainya wanita itu baik, maka majulah Negara tetapi seandainya wanita itu rosak akhlaknya, mundurlah sesebuah negara itu”- Pujangga Arab
MashaAllah, hebatnya impak wanita pada Negara kan?

Untuk menjadi wanita yang mempunyai akhlak yang baik, kite kena mengelakkan diri kita dari 4 P. Kerana jika kita melakukan P yang pertama akan mendorong untuk kite melakukan P yang ke 2 dan seterusnya. 

4P yang dimaksudkan ialah:
1)      Pandang lebih-lebih (tundukkan pandangan kerana dari mata akan turun ke hati)
2)      Pegang-pegang
3)      Peluk
4)      Penzinaan
 
Jika kite terlibat sehingga P yang ke 3, akan menyebabkan kite terjerumus ke P yang ke empat.. NAuzubillah… semoga kite dijauhkn daripada keempat-empat P tersebut…insyaAllah…

Ilmu pengetahuan

Di dalam Al-Quran, Allah telah menyebut perkataan ‘ilmu’ sebanyak 880 kali. Ini membuktikan kepentingan ilmu untuk kite pelajari. 
Bagi wanita islam yang sering dipandang hina oleh bangsa bukan islam, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk meningkatkan ilmu pengetahuan kita. 
Sebagai seorang wanita, kite juga membawa benih di dalam rahim kita, maka kite bertanggungjawab untuk mendidik benih tersebut supaya menjadi hebat. Lagipun, wanita yang bijaksana dapat membuat suami terpikat ( ni ustazah yg cakap okeyyy)

Isteri Idaman suami

6 sebab kenapa wanita wajib taat pada suami;
1) Perintah Allah [rujuk surah An-Nisa’ ayat 34]
2) Kedudukan suami sebagai pemimpin.
3) Kewajipan isteri
4) Dapat pahala
5) Memburu keredhaan Allah swt
6) Untuk jauhi azab api neraka (Syurga isteri terletak di bawah telapak kaki suami)

Rasulullah saw pernah berkata,
“Kalaulah aku dapat perintahkan manusia sujud pada manusia, aku akan suruh seorang isteri sujud pada suaminya”

Senyuman manis buat suami tercinta

Saintis barat pernah membuat kajian, apabila seseorang manusia itu tersenyum, dia menggunakan 14 otot di muka di mana ia adalah rahsia awet muda.

Berhias & berdandan buat suami tersayang

Tiru macam Siti Khadijah. Beliau sentiasa berlembut dengan suaminya dan tingkah layanannya yang baik pada Rasulullah saw membuatkan beliau diangkat untuk menjadi penghulu bidadari syurga

Meluangkan masa untuk merawat diri

Jgn jadi selekeh. Allah suruh wanita pelihara aurat, bukan suruh wanita jadi selekeh

Hati yang dipenuhi dengan sifat mahmudah

4 racun hati yang perlu kita buang
1)      Berlebihan dalam berbicara
2)      Berlebihan dalam melihat sesuatu
3)      Berlebihan ketika makan
4)      Berlebihan dalam pergaulan

Penampilan mengikut syariat

Jaga aurat

Bersabar menempuh dugaan hidup

Boleh amalkan doa lembut hati. Rujuk Al-Quran [3:200], [59:21], [42:19]

 Bersifat penyayang kepada anak-anak dan mendidik mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah

“Orang yang mandul adalah orang yg mempunyai ramai anak tetapi tak dapat memberi manfaat pada mereka”

Perasaan takut pada Allah awt

Dah bertaubat pada Allah belum?

Keredhaan ibu bapa

“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” [31;14]

Tanpa keredhaan ibu bapa, usah bicara tentang nk masuk syurga


InsyaAllah untuk next entry Farah akan share tentang slot Forum plak yang bertajuk 
Fashion: YES or NO.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT (C) 2011-2012. All Right Reserved by Farah Liyana