Followers

AQSA2GAZA3

Tuesday, May 31, 2011

Alhamdulillah =)


Alhamdulillah sangat2

walau pun lately ni xcukup rest & ada byk benda yg perlu di setelkan
kesyukuran tetap dipanjatkan atas rezeki yg Allah kurniakan

Alhamdulillah
rezeki sgt murah lately ni

hati pun riang gumbira

lalalalalalalala


=)

Monday, May 30, 2011

After the b r e a k


Salam...

terasa rindu plak nk wat entry
seminggu bizi ngn kerja2 laen & conference
wiken plak bizi memenuhi undangan kenduri kawen kawan2

maka 
seminggu gak la blog ni sunyi sepi
huhuhuhu

as starting for this week
 hope dpt cergaskn diri
sebab hari ni memang sgt sleepy & tired like ****
al maklum, x cukup tido & x cukup rest

pape pun

thankz a lot to all of you 
yg memeriahkan seminggu i ber'cuti'
& meneman g wedding sana sini

suka sama-sama
penat sama-sama
ngantuk sama-sama

a r i g a t o


wedding Ezzah @ Muar
p/s: gmbr2 wedding yg kt PD & merlimau sile rujuk fb.
ek lupe plak, kt merlimau x sempat amek gmbr sbb penat



wedding Zura @ Putrajaya

sempat jalan-jalan @ Putrajaya after wedding


& hari ni
ngn bestnyer dpt sesuatu yg best juge


a r i g a t o 
=)

Tuesday, May 24, 2011

Abaya chantek?


Salam korg!

sihat ke semua?

kat sini ada nk promote cket pasal ABAYA
korang tau x pe tu abaya?

abaya tu cam jubah la

so skrg ni ada la org wat jual2 cket la kan abaya ni
ada utk lelaki (jubah) dan ada untuk wanita (abaya)

ape bestnyer abaya ni compare org len punyer abaya?

bestnyer ialah:

1) x jarang
2) kain sejuk & selesa di pakai
3) patern simple tapi elegant
4) bg ibu yg menyusu, abaya ni mmg sesuai sbb kebanyakkannyer ada zip kt depan
5) harga berpatutan (kalau beli byk confirm ada diskaun ^^)

so jom la cuci mata kat link ni


sambil2 cuci mata leh la survey utk baju raya ke 
lawa jugak ok


*sudah planning pki abaya di Pagi Raya ^^

Monday, May 23, 2011

Pagi2 lagi....


pagi2 dh terrrbuat komplen
eh?
huhu x sengaja ok
tpi bgus gk
kalau x korg x tau staf bawah korg wat keje ke x kan?
dr february smpai la ni xdpt2 gk catridge yg kitrg order

sekali tny terus kt bos korg
ha amek ko

sekali lagi kami x sengaja
kami cuma mahu catridge kami sahaja
huhuhu

owh utk meredakan kebengangan pagi isnin ni
gmbr di bawah ialah nasi goreng yg sy masak pgi td

saya rasa x pedas tpi member kata pedas
so pedas la tu sbnrnyer

xpe janji i kenyang



*mulakan hari anda dengan senyuman =)

Sunday, May 22, 2011

Bila hati dan akal berbicara tentang cinta



Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..
Akal : Assalamualaikum, sahabat.
Hati : Waalaikumussalam...
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati terdiam...
Akal bertanya sekali lagi.
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati : Kurang sihat mungkin.
Akal : Mengapa?   
Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...
Akal : Dia yang mana, sahabatku?
Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..
Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.
Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.
Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.
Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.
Akal : Apa makna cinta?       
Hati : Kasih dan sayang.
Akal : Bagiku cinta itu gila.
Hati : Mengapa pula?
Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.
Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?
Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.
Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.
Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?
Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.
Hati terdiam lagi...
Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?
Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?
Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..
Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?
Hati diam dan tertunduk...
Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!
Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...
Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!
Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...
artikel dipetik daripada

Friday, May 20, 2011

Ayam Bob


Salam!

korg penah dengar x Ayam Bob?

member citer yg ayam bob ni femes kt pasar malam
tpi kenapa saya x tau pun??

mebi sbb dh lama x g pasar malam kott
(rindu psr mlm pantai dlm uhuks)

so pe lagi
tanye la ankel google i

ghupenyer mmg femes ames ayam ankel bob ni

so ni pic dr ankel google tentang ayam sedap kebabom ni


ada dua flavor ayam ni
satu original & satu lgik spicy


ayam dia besar
so kalau beli makan sengsorg mmg kenyang giler
pas dia goreng ayam ni dia gunting la kecik2
supaya senang nk makan



best makan time panas2 smbil ngadap lappy ^^
...............................................................................
so 2 hari lepas saya pun try la ayam ankel bob ni
tpi bukan beli kt pasar malam yek

cafe kt tempat keje ni baru je dia buke gerai ayam ankel bob ni
so pe lagi
pegi la beli n rasa sendiri kesedapannyer


ayam ni saya beli tgh hari time lunch
but makan sampai 11 mlm sbb byk giler n kenyang okkkk

so next time kena share kottt (nk ke share=p)






Hidup org bujang


assalamualaikum
salam pagi jumaat
semoga kite semua sentiasa dalam rahmatNya

so pepagi ni korg dh bekfast ke?
ceh wah
cam ada makna je saya tanya kan?

of koz

entry kali ni pasal makanan lagik

2 hari lepas my mummy hntr few things utk cooking2 -through my daddy-
(byk sbnrnyer-thanx manyak2 mummy ^^)

so pagi ni semangat masak lgi huhu

so for bekfast saya buat roti telur jer
simple but sedap! (puji sendiri)

*gmbr x sempat amek sbb dah habeskan dek kerana kelaparan yg terlampau*

& utk lunch saya dah masak megi goreng (lagi?)
huhuhu
plan A nk buat nasi goreng but malam td lupe plak nk masak nasi =.='

so to make it simple but kenyang
alamatnyer megi goreng lagik la
huhu


xsbr plak nk tunggu lunch
slurrrrrrpppppp

p/s: mummy, cili hijau dh ptg kecik2 hehe

Thursday, May 19, 2011

Cinta Cara Islam


assalamualaikum
lately ni entry byk pasal cinta kan?
bukan ape
saya agak tertarik dengan isu ni dan still nk belajar tentang isu ni dgn lebih mendalam lagi
so bile terbaca artikel dr iluvislam.com
saya nk share artikel yg simple tpi padat ni pada kawan2 semua
e n j o y ^^

..............................................................................................................................
Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu?
Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.
Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.
Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.
Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh".
Masyarakat Sudah Lari
Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.
"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang.
Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan," terang beliau.
Konsep Meminang
Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, "Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas.
Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah haram perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda.
Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan," jelas beliau lagi.
Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta.
Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.
Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.
Perigi Cari Timba
Ada pula yang berkata, "Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, 'macam perigi mencari timba', 'wanita tidak bermaruah' dan macam-macam lagi." Sabar dahulu saudari.
Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.
Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah.
Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.?
Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.
Indahnya Cara Islam
Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.

senyum pun susah ker?



macam hanginn je tajuk entry kali ni kan?

tpi saya xde la hangin sgt
cume mcm kesian je kt org2 yg macam ni

bile kite senyum, boleh plak dia wat muke pelik
pastu wat muka masam & pandang tempat laen

adoyaiiii makcik
pagi2 dh wat muka masam awatnyer?
x suke g keje ke?
kalau x suke pi la balik rumah

cer tengok pic ni
kucing pun tau senyum
bile senyum kan comel


but still got some good people yg smile back at me when i smile at them


sorry la yek
xyah la korg ingt aku ni gile sebab suke senyum kt org

sebab
aku memang suke senyum kt org pun wpun aku x kenal
sebab ape?
sebab korg kan satu tempat keje ngn aku!

so senyum je la
xkeluar duit pon




Wednesday, May 18, 2011

Surat untuk Adam



Adam...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu

Wahai Adamku...
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.

Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu tatkala aku sentiasa mahu terpesong dari landasan... kerana aku buruan syaitan.

Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya.

Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana kerana Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.

Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.

Tetapi... aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu.

Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.

Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki mempunyai hak terhadap kaum wanita.Kau diberi amanah untuk mendidik aku.

Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini.Kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku.

Dimana perginya keadilanmu?Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut... tetapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam..Mengapa kau biarkan aku begini? Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketuaku.Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu.Aku? Akalku satu, nafsuku sembilan.

Oleh itu Adam...pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.

Maafkan aku sekali lagi Adam...Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu. Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.

Waspadalah Adam...
Andai auratku terdedah...andai suaraku mengatasimu... andai langkah seiringmu... andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.

Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi..Tetapi percayalah!!! Bukan emas yang kucari... bukan berlian yang kupinta... tetapi, hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu...

Adam...
Dengarlah keluhan hatiku buat dirimu...
ikhlas dari Hawa abad ini..

p/s: artikel bukan tulisan sendiri, tpi diambil drp org laen (sy pun xtahu sape) but confirm penulisnyer pompuan la kan??


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT (C) 2011-2012. All Right Reserved by Farah Liyana