Followers

AQSA2GAZA3

Wednesday, May 18, 2011

Ayat Cinta kepada Kekasih


Sebaik sahaja saya post entry
"Logik ke cinta tanpa maksiat"

terbaca pule artikel yg dimuatkan dalam iluvislam.com

"Ayat Cinta kepada Kekasih'


Biarpun ayat-ayat cinta itu sudah tua, rapuh, luluh dan lusuh,
Cinta itu tetap Segar Mekar dan Semakin Dalam,
Cinta itu yang Kau beri,
Cinta itu dengan Hati, Sanubari, Rohani & Jasmani, 
Dengan Cinta Datangnya Sabar,
Orang Bercinta tiada Gusar,
Apa berlaku hanyalah Mata Kasar,
Mata hati tetap berkobar-kobar.
Dengan Cinta tiada Was-Was,
Apa dibuat biarlah berbalas atau tidak berbalas,
Waktu bersua, diri sentiasa kemas,
Wangian harum, percikannya ikhlas.
Dengan Cinta Sentiasa Mahu Berhubung,
Juga Rasa Mahu Bersama,
Harapan tinggi sampai ke penghujung,
Selepas Nyawa bertemu di Syurga
Dengan Cinta datang pengorbanan,
sentiasa hidup dalam bantuan,
Sungguh indah Hidup Bertuhan,
Kerana Allah, Cintaku murnikan.
Lembaran Cinta tanda kekuasaan,
Sentiasa ada sepanjang Zaman,
Melalui Kekasih Dia Sampaikan,
Buat pedoman cinta sepanjang Jalan.
Dengan Cinta penuh Pengharapan,
Takutnya hilang cinta dari Tuhan,
Sentiasa Diri dalam Persiapan,
Sampai waktu, akan disemadikan.
ayat2 cinta utk Allah swt....
Ya Allah! Aku mohon kepada Engkau semua kebaikan masa kini dan yg akan datang samada yang aku ketahui atau tidak dan aku berlindung kepada Engkau dari semua kejahatan masa kini dan akan datang samada yang aku ketahui atau tidak.

"Ya Allah... kurniakanlah aku dan keluargaku serta sahabat handai ku, kebaikan pada hari ini, dan kebaikan yg terkandung pd hari ni...dan jauhilah kami dari keburukan hari ini dan keburukan yg terkandung pd hari ini...
Lindungilah kami drp niat jahat manusia dan godaan syaitan....jauhkan la kami dr kesesatan dan kejahilan, selamatkanlah kami dr azab kubur...dan jauhi la kami drp seksa api neraka.... 
Sesungguhnyer kepadaMu jua kami memohon ampun dan pertolongan....Amin..."

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ 
رَّحِيمٌ
"Katakanlah (Wahai Muhammad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Surah Ali-Imran 3:  Ayat ke 31)
article from

No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT (C) 2011-2012. All Right Reserved by Farah Liyana