Which one hurts you the most: Saying something and wishing you had not, or saying nothing, and wishing you had?
Followers
AQSA2GAZA3
Wednesday, June 29, 2011
Israk dan Mikraj
Sebelum Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu. Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ): Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah: i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan); Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya : § Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak. § Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan). § Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang). § Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka. § Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami. § Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`. § Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain. § Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya. § Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang. § Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat. § Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat. § Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua. § Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat. Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum. Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat. Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ): Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah). i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan. ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S. iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S. iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S. v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil. vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab. vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah). viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya. ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya. x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya: Allah S.W.T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang. Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga. Selepas Mikraj Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam. (Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya. Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka. Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam. Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1). artikel di petik dari |
Labels:
info baek
Tuesday, June 28, 2011
Blackberry Playbook!
indahnye dunia ni byk gadgets yg maveles
tak tau nk pilih mane satu
sume pun i berkenan
kali ni blackberry (bukan blue berry or cherry cherry) launch produk baru
its Blackberry Playbook!
cube tengok pic ni
smart kan?
BB user sure looking forward playbook ni kan?
saya yg bukan bb user ni pun pikir banyak kali sambil merenung bb playbook ni
al-maklum la
hari tu tengok samsung galaxy S2
ni ha keluar plak bb playbook
so bagi pengguna Maxis
Maxis akan buat offical launch pada waktu berikut:
Bg pengguna MAXIS BIS (blackberry internet service), korang boleh dapatkan bb playbook ni dengan top up data BIS sedia ada dengan salah satu dr pakej2 yg di tawarkan:
amacam menarik kan?
untuk yg lebih menarik korang leh usha link ni
http://www.churpchurp.com/farahfarly/share/MaxisPlayBook2/
remember korang 16th July 2011 ok?
jumpe disana! ^^
tak tau nk pilih mane satu
sume pun i berkenan
kali ni blackberry (bukan blue berry or cherry cherry) launch produk baru
its Blackberry Playbook!
cube tengok pic ni
smart kan?
BB user sure looking forward playbook ni kan?
saya yg bukan bb user ni pun pikir banyak kali sambil merenung bb playbook ni
al-maklum la
hari tu tengok samsung galaxy S2
ni ha keluar plak bb playbook
so bagi pengguna Maxis
Maxis akan buat offical launch pada waktu berikut:
tarikh: 16th July 2011
masa: 10 pagi-6 ptg
tempat: Exhibition Hall 4, KLCC
Bg pengguna MAXIS BIS (blackberry internet service), korang boleh dapatkan bb playbook ni dengan top up data BIS sedia ada dengan salah satu dr pakej2 yg di tawarkan:
amacam menarik kan?
untuk yg lebih menarik korang leh usha link ni
http://www.churpchurp.com/farahfarly/share/MaxisPlayBook2/
remember korang 16th July 2011 ok?
jumpe disana! ^^
p/s: dunia gadgets memang MARVELOUS!! =p
Monday, June 27, 2011
time marah ape korang buat?
hari ni memang aku agak hangin sikit la. sabar punyer sabar diam punye diam akhirnyer di malam hari juga la aku melepas kn kemarahan dengan cara yg lebih baik dr sebelum ni (ye kott)
sekarang ni semakin hari semakin matang
so aku telah pun menggunakan pelbagai cara utk melepaskan kemarahan yg terpendam
contoh macam td
aku memang marah giler
pasal ape aku x tau
besa la musim kott
so pe aku buat time aku marah?
ha.......
aku masak
aku masak mcm 3 hari punyer stok makanan
masak mcm 5 org nak makan
padahal aku sorg je yg makan td
masak la banyak2 smpi hilang rasa marah
pastu bile time makan rasa sedey plak sebab pe?
sebab xhabes!
haissshhhh
positif ke cara ni? mengundang pembaziran!
last2 jadik la alasan
"lauk utk sahur esok..."
heeeeiiiiisssssshhhhh hati berapi x hbes lagik ni! apekah perlu masak lagi?
karang masak sape plak nk hbeskn
korang hbeskn leh??
sekarang ni semakin hari semakin matang
so aku telah pun menggunakan pelbagai cara utk melepaskan kemarahan yg terpendam
contoh macam td
aku memang marah giler
pasal ape aku x tau
besa la musim kott
so pe aku buat time aku marah?
ha.......
aku masak
aku masak mcm 3 hari punyer stok makanan
masak mcm 5 org nak makan
padahal aku sorg je yg makan td
masak la banyak2 smpi hilang rasa marah
pastu bile time makan rasa sedey plak sebab pe?
sebab xhabes!
haissshhhh
positif ke cara ni? mengundang pembaziran!
last2 jadik la alasan
"lauk utk sahur esok..."
heeeeiiiiisssssshhhhh hati berapi x hbes lagik ni! apekah perlu masak lagi?
karang masak sape plak nk hbeskn
korang hbeskn leh??
Sunday, June 26, 2011
the youngest in the family!
Selamat petang everybody!!
kenal tak benda comel ni?
ni la baby baru saya
ASUS 1015PW yang comel kiut miut
hati sangat riang gumbira okey dapat baby baru ni!
tenkiu kepada my mummy n my daddy sbb tlg pilihkan baby yang cantik cenggini
lenkali leh tolong pilihkan calon yg comel gak
errrrrrkkkkkk =.='
okeh okeh serious talk balik
info yg lebih details tentang baby saya ni ada kt link ni http://belaptops.blogspot.com/2011/03/asus-eee-pc-netbook-1015-pw-with-atom.html
untuk korang yg tengah survey netbook leh try usha link yg kt bawah ni utk latest nye model
Syukur sangat
Alhamdulillah pagi ini masih indah walau pun dapat news yg tak berapa nk best..
Tapi takpe, esok boleh disetelkan i.allah
Entry kali ni Farah nak story kat korang pasal kejadian malam tadi.
Jalan memang jem dan kerete2 pun suke je nak rapat2 kan?
Nk dijadikan cerita, kat LDP depan tropicana city tu kan jalan bukit yg ala2 menggelongsor ke bawah tu kan?
ha.... kat situ la tempat kejadian
bile kereta depan nk jalan, ayah pun standby la nk jalan gak. tengok dr cermin...astaghfirullah al azim.... 4 kereta sedang melanggar belakang kerete satu sama lain and kereta belakang kitorang ni cube nk ngelak dr langgar kerete kitorg, so kena la bumper belah kiri. Ayah nk ngelak pun x sempat time tu. so nk dijadikan cerite ni la hasilnyer yang kene kat kerete ayah farah.
the 1st car:
Alhamdulillah tak seteruk kerete2 yang lain. memang syukur sangat2. Cume beger KFC Farah tergolek je masa kena langgar belakang tu (naseb jatuh kat pangku Farah je huhuhuhuhu)
the 2nd car:
Nissan Sentra (yg ni rental car, kerete company. jenuh la nk menyetelkan)
the 3rd car : Proton Saga.
the 4th car:
Toyota Vios (kete ni la yg start dulu bcuz of driver dia sleepy masa drive, so she start langgar kete saga dulu)
and the 5th car: Proton Persona
so mlm td memang setel balai je la nk wat cane lagik kan?
so niat nk menyinggah di FD terbantut sebab urusan kt balai pun sampi kul 11.
p/s: extra careful when u drive at night, when the traffic is heavy and please DO NOT drive while you're sleepy. tak pasal2 dah 5 kereta kan?
Saturday, June 25, 2011
Yang Slim tu la orang nak!
Salam and Hye everyone!
ada good news untuk peminat gadget
sekarang ni zaman android kan?
So, samsung ada keluarkan 1 lgi produk baru yg best dan akan letup2 kebaboom sebab ia nye di katakan "FAST, LUXURIOUS & SLIM"
cer tengok pic ni
ni la SAMSUNG GALAXY S2
ha slim kan smart phone ni
slim & lawa giler
wpun dh mcm iphone but for me samsung is the best!
dengan memory card 16GB MicroSD & 8MP AF dengan LED Flash + 2MP front
dan siap ada GPS which is dah mcm sgt wajib ada skrg ni (sesuai untuk Farah yg asyik sesat je =.=')
so smartphone ni memang berbaloi2 untuk korg masukkan dlm wishlist korg
untuk info lebih lanjut tentang spesifikasi dan feature dia, korang leh try click link ni http://www.churpchurp.com/farahfarly/share/samsung-gs2/
selamat meng'usha new gadget!
Friday, June 24, 2011
New Look!
Salam semua & good morning ^^
kalau korang rajin singgah blog ni sure korang tau kan sekarang blog ni dah berwajah baru!
yeeeehoooo!!!!
ni adalah hasil kerja yg dibuat tgh malam td diwaktu saya sedang hilang arah xtau nk wat keje mane satu dulu
erk???? leh plak camtu ekkk
hahahahah
sebenarnyer ini jg adalah salah satu cara untuk Farah release tension bekerja & study. al maklum la bile dah multi-tasking ni pressure tu semacam sikit
so untuk rilekskan minda & jiwa raga ni la Farah tumpu pada blog untuk kasi blog lagi kemas dan x sakit mata nak memandang
cume part gambar kat atas tu je la macam bajet cket kan? mentang2 icecream of my life letak pun gambar makan ais krim kat mekdi
act. gambar tu dah lama giler ok!
pencarian gambar yg sesuai sgt la susah sebab xnk la letak gambar yg macam bajet2 dan control2 kan? mcm kelakar je hahahahahah
so gambar tu temporarily je la sebab mcm malu dah >.<
next time bile FREE or maybe bile TENSION (=p) Farah akan tukar gambar yg lain
so today mcm x sempat sebab ada major eksperimen yg kena buat. ni pun kul 8 pagi dah sampai lab (dengan semangatnyerrr)
pape pun
Salam Jumaat
semoga hari ini segala kerja kite dipermudahkanNya dan sentiasa dalam keberkatanNya
kepada yg berpuasa hari ni selamat berpuasa dan berbuka nanti jangan bazir2 k! (macam dah ramadhan plak rasa =)
p/s: hari ni x puasa sebab xsempat bangun sahur-->lupe set alarm =.='
Thursday, June 23, 2011
LOVE & BFF contest
Friday, June 17, 2011
Our moment ♥
what's with the picture above?
wah
speaking plak i kt entry ni
hehehehe
okeh people
serious talk ok?
just now
I've read about
"This is our moment photo contest"
that organize by
ErnieKhairina Collections
it's all about our BEST moment with love ones
it could be your soul mate
or your family
your parents or your sibling
or it could be your friends!
so I've join this contest by sending a picture of me with my younger sister
guess who's who!
♥
and I need your help
1st
please like this page on FACEBOOK
2nd
please like this picture
3rd
If you're free please promote to your friends to like this picture too!
&
if you wants to join this contest
you can email your best moment picture
to
erniekhairina@gmail.com
and i will vote for you too!
The contest start on
16 June 2011 until 23 June 2011
So hurry up!
Thank you so much
muchas gracias
muito obrigado
정말 감사합니다
そんなにありがとう
grazie mille
merci beaucoup
salamat sa iyo kaya magkano
شكرا جزيلا
Wednesday, June 15, 2011
tak boleh nak download dah???
heyyo!
sekarang tengah kecoh pasal blok memblok downloading website and kebangkitan hackers2 Malaysia
i LIKE!
so ni ada 1 solution sementara yg di bagi oleh sorg member saya ni
Katanya
''kalo nak surf website yg telah diblok, tukar DNS kepada 8.8.8.8 dan 8.8.4.4, solution sementara''
tpi kena ingat
tu solution SEMENTARA je ok??
sesape yg nk try
sile la try
saya tak try lagik
ada pape masalah/ pandangan sile tinggalkan komen anda
macih ^^
Song for today
sekarang tengah kecoh pasal blok memblok downloading website and kebangkitan hackers2 Malaysia
i LIKE!
so ni ada 1 solution sementara yg di bagi oleh sorg member saya ni
Katanya
''kalo nak surf website yg telah diblok, tukar DNS kepada 8.8.8.8 dan 8.8.4.4, solution sementara''
tpi kena ingat
tu solution SEMENTARA je ok??
sesape yg nk try
sile la try
saya tak try lagik
ada pape masalah/ pandangan sile tinggalkan komen anda
macih ^^
Song for today
Allah lebih tahu
Tuesday, June 14, 2011
BFF
Ape itu BFF
sure korang tau kan?
BFF sinonim dengan BEST FRIEND FOREVER
semakin ramai dah menggunakan istilah BFF ni
dan entry kali ni ialah utk bagitau korg sume yg eight designs boutique (http://www.eightdesignsboutique.com/) telah mengadakan satu pertandingan berdasarkan BFF ni la
nama nyer
BFF contest 2
(maksudnyer pernah ada yg BFF contest 1 tpi saya je tak tahu huhuhuhuhuhu)
so
nk minta jasa baik korang2 yg rajin blog walking ni kan
minta la tolong
senang je
1st
korang like page ni
2nd
korang like la pic ni yek
3rd
promote2 la kat BFF korang gk utk like sekali pic ni
(kalau sudi la yek)
hehe
ni la 1st time saya masuk contest2 cenggini
menang kalah tu belakang kire
yg penting kemeriahan nyer terasa
(meriah ker??)
pape pun
kepada sume org2 yg baik hati yg telah 'like' pic tersebut
saya ucapkan million billion infinity thanks sbb sudi like
moge next time leh like lagi
this is the BFF pic that join the contest
♥
Merapu tahap tenggiling yg tengah golek2
Tuesday, June 07, 2011
Menciikkkk!!
Sunday, June 05, 2011
Thursday, June 02, 2011
after 2 weeks dapur berasap lagi ^^
my breakfast & lunch for today
breakfast:
nasi with seaweed
lunch:
nasi with sayur & sambal
p/s: nmpk sgt makan depan lappy =p
^^
Labels:
Food
Wednesday, June 01, 2011
♥!
"Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita."
"Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!"
Ustaz Pahrol Mohd Juoi
artikel
iluvislam.com
Labels:
cinta
Subscribe to:
Posts (Atom)