Followers

AQSA2GAZA3

Sunday, August 28, 2011

Contest & Give Away by Ceritera Dieyana




Rasanye macam dah lama tak update blog kan? Maybe sebab lately ni asyik ke sana ke mari mencari barang-barang utk persiapan raya, so terasa macam dah lama x singgah kat blog sendiri =.='

Hari ni bile blog walking dapat la satu news ni yang Cik Dieyana kite ni ada buat contest dan give away 2 in 1
Sangat menarik so confirm la Farah nak join : p




Syarat-syarat penyertaan :
  1. Buat satu entry bertajuk " Contest & Give Away by Ceritera Dieyana" (done)
  2. Follow blog CD & Like fanpage Sini (done)
  3. Letakkan 1 gambar korang pakai shawl dengan gaya yang unik/menawan * gaya ape2 pun takpe,then explain,korang guna shawl jenis ape & bagaimana. Tue jea.* (done)
  4. Letakkan banner CD kat entry korang tue & pastikan ada link ke blog CD nie * Kalo letak banner kat sidebar lagi ok,tak wajib* (done)
  5. Tag sekurang-kurangnya 2 orang rakan blogger *tak wajib* (done)
  6. Linkkan entry korang kat ruangan komen kat bawah nie (done)

Untuk syarat no 3, ni gambar nyer


Tentang Shawl  dalam pic di atas:
1) Farah tak tau apa nama dia tapi material dia macam crumpy2 cket and kain ala2 cotton, so memang sangat selesa. 
2) Dia ada 2 tone color iaitu bright pink dan dark pink (ala2 nak dekat hitam sikit)
3) Shawl ni one of my faveret shawl yang selalu Farah padankan dengan baju putih so kaler dia yang 2 tone tu akan terserlah
4) Farah suke shawl ni sebab selain dari material dia yg sejuk dan selesa, kaler dia buatkan Farah nampak lebih ayu lemah lembut gitu hik hik hik terperasan la plak : p
5) Shawl ni Farah prefer pakai dengan inner neck dan stail ala2 Siti coz sgt mudah nak pakai dan tak buang masa lama2 depan cermin v^^

untuk yg no 5 Farah tag 2 member blogger Farah:


korang sure nak tahu hadiah yg CD offer ni kan?
So ni la hadiah2 yg disediakan
  • Ada 7 pemenang semua 
  1. Tempat pertama : 2 helai shawl , sling bag , cardigan/jaket & topup RM20
  2. Tempat kedua : 2 helai shawl, cardigan/jaket & topup RM10
  3. Tempat ketiga : 1 helai shawl, purse & topup RM5
  4. 2 orang pemenang by Random.org : 1 helai shawl setiap seorang
  5. Seorang pemenang by lucky draw : 1 helai shawl & puff blouse
  6. Seorang pemenang yang tag rakan paling ramai : 1 helai shawl & cardigan/jacket
    • Bagi pemenang tempat pertama,dua & tiga owner blog akan pilih sendiri. So,korang buat la entry yang cun melecun ea. Harap korang semua sudi join
    • Tarikh tutup penyertaan apabila owner blog da buat entry about hadiah (totally gambar sebenar hadiah yang bakal dimenangi)

    Friday, August 26, 2011

    Ramadhan yg berlalu pergi...


    Assalammualaikum

    Kepada semua pembaca blog Farah yang setia-yang comel-yang hencem-yang anggun-yang menawan

    Sempena Ramadhan yang ke-26 ni (dah penghujung kan sob sob) hope kite semua termasuklah Farah akan terus menjalankan kehidupan sebagai hamba Allah dengan ikhlas dan sabar. Ibadah yang kite lakukan sepanjang Ramadhan diharap akan terus diamalkan dibulan-bulan yg lain juga.

    Pada yang rajin bertahajud, solat taubat, solat hajat, istikharah dan sebagainyer-semoga kite semua tak abaikan ibadah2 tersebut di bulan2 yg lain juga. Walaupun hanya ibadah yg sunat, namun pahala dan ganjarannya sgt hebat.

    Dan paling penting-sahabat sejati kite...al-Quran... semoga kite tidak hanya membuka lembaran dan menghayati kandungannye ketika ramadhan sahaja..

    Jadikan Ramadhan sebagai pencetus untuk kite semua berubah menjadi lebih baik dan lebih rajin beribadah. InsyaAllah....

    Semoga bertemu pada Ramadhan yg akan datang.... 

    Monday, August 22, 2011

    Mee & Ice Cream


    Assalamualaikum
    =)

    Kenyang dah ke? 
    Al maklum la memasing baru pas buke puase ye tak
    Ada yang berbuka di rumah, ada yang berbuka di luar dan tak kurang juge yang berbuka di opis memasing

    Kat mane pun tempat berbuka yang menjadi pilihan
    Panjatkan la kesyukuran yang kite semua dah completekan puasa untuk hari ini. Alhamdulillah..

    Semoga puasa esok hari dan hari yang seterusnyer dipermudahkan dan diberkati oleh Nya

    Entri kali ni pasal makan! Biase la kalau pasal makan sure nak share dengan korang tempat2 yang cambest kitorg pegi untuk makan

    Ok kite mulakan dengan tempat yang pertama. *Ceh wah

    Noodles Station-Mid Valley

    Tempat ni mula-mula Farah agak risau gak. Ye la mostly food dia mee la kan. Risau plak perut ni leh terime ke nak sumbat mee terus??
    Disebabkan kesuntukan masa dan tempat-tempat lain konpem penuh, makanya kitorang sepakat redah je makan kat tempat ni.

    Not bad ok!

    Sedap!!

    Ni antara menu yang kitorang order

    mee with beef sumthing *tak ingat la plak namanyer

    Super trio mee tom yam
    tom yam dia memang kaw kaw pedas punyer ok. me likey yang amat!
    ada prawn, fish ball and chicken inside +wantan

    siap close up ok


    ni plak kuew tiow goreng
    nampak sgt nyum nyum kan??
    Butter Scotch ice cream =)

    Sekali dah makan kat sini memang rasa nak datang lagik!




    Lepas makan konpem la kena jalan-jalan kan kasi cepat sikit proses penghadaman 




    The next day plak Farah g jengjalan lagik kali ni dengan member2 masa study dulu

    After 'berperang' dekat PKNS sempat plak singgah Giant Kota Damansara sebelum kitorang buka puasa di ICE ROOM yang terletak berdepan je dengan Giant tu

    SO ni apa yang kami order di ICE ROOM

    Tea Love Coffee

    Mee Tom Yam

    Asam pedas with rice


    Japanese Terriyaki Eel with rice- ni Farah yang order
    sedap sgt ok!

    Lepas dah makan main dishes dia sure nak rasa ice cream dia kan? So ni antara ice cream yang dah memikat hati kami


    Strawberry

    Acar

    Peanut-recommended


    Passion fruit

    After penat shopping raya, memang berbaloi reward diri sendiri dengan makanan-makanan yang best macam ni
    One day korang pun try la jugak yek!



    p/s:suke try makan kat macam2 tempat ^^v


    pic resources: Farah Liya & Erny Kazuma (noodles station)~Kamsahamida!

    Sunday, August 21, 2011

    Serious Talk: Apa nak kecoh?



    Lepas sahur ni macam tak best jek nak terus tido. Nanti takut menambahkan spare tires kat perut dan beberapa bahagian badan yang lain
    ok
    start entri baru untuk pagi yang indah ini
    ---------------------------------------------------------
    Entri kali ni agak serius berbanding entri2 yang ringan sebelum ni.
    Bukan apa, cuma isu ni dah lama sangat dah tapi still continues, non stop ok!

    Serius tak larat dah nak melayan kerenah orang-orang yang lebih risaukan diri kite seolah-olah macam kite ni tak risau langsung pasal diri sendiri

    *sigh

    ceritenyer tentang sikap manusia yang memang suke risaukan masalah orang lain dan bertindak seolah-olah tuan badan tak reti nak rancang masa depan sendiri

    to be specific
    People: Please stop asking me about MARRIAGE

    Masyarakat kite ni memang sukeee sangat ambil berat hal orang laen (tak salah pun sikap concern korang but please put your limitation)
    terutama sekali kalau tengok jiran sebelah tu anak dah berderet
    yang berderet tu sume dah keje besar-besar tapi still tak kahwin lagik

    so ada paham ka situasi kat sini

    Minah: eh Mamat, sampai bila ko nak duk membujang cam ni cian la kt mak ko tu ha kempunan nak kan menantu pompuan. 
    Mamat: I.Allah kak Minah. Ada jodoh ada la
    Minah: Ehhhh ko jangan cakap camtu mat! Ko kena carik dari sekarang karang jadik bujang terlajak karang sape yg susah 
    Mamat: (aku tak kahwin ko ke yang susah).  
    Minah: Kalau ko nak akak ada calon ni. Esok akak bawak ko jumpe dia yek. Cun orangnyer, baik dan pandai masak lagi. Sure ko suke punyer 
    Mamat: tak pe la kak minah. toksah le susah-susah 
    Minah: eiiii ape susahnyer, tak susah punnnn. Esok akak bawak dia datang umah ko yek 
    Mamat: *speechless

    daripada dialog yang tak seberapa nak ikhlas kat atas tu (harap korang paham-sebab aku malas nak sambung dialog yang langsung tak menarik perhatian aku untuk sambung)

    Orang-orang kite ni selalu ada teori yang SALAH set dalam kepala otak dorang

    asal belajar tinggi je kahwin lambat
    asal kahwin lambat je belajar tinggi

    aku memang sangat tak setuju dengan statement tu

    bile korang bagi statement cenggitu
    secara automatik nyer korang telah menyatakan betapa korang tidak percaya pada statement yang kat bawah ni plak

    Ajal Maut Jodoh pertemuan di tangan Allah

    betul tak?

    Allah sendiri pernah berfirman *sorry aku tak ingat dr mane tapi ustaz dan ustazah aku selalu cakap

    kite kena terima qada dan qadar dari Allah betul tak?
    ada qada dan qadar yang kite boleh ubah
    contohnyer macam rezeki kite
    kalau kite berusaha kite masih boleh ubah naseb kite 
    contoh macam kite keje kilang tapi teringin nak gaji extra so kite leh part time untuk dapat side income kan?
    or kite boleh amek sijil, belajar part time pelan-pelan lama-lama dapat ijazah pastu leh keje duk dalam opis yang ber'air cond'
    betul tak?
    ok tu contoh qada dan qadar yang boleh diubah

    dan ada juga qada dan qadar yang tak boleh diubah
    Allah dah tentukan awal2 so buat la macam mane sekali pun kalau belum tiba masa benda tu nak jadi, memang takkan jadik punyer

    contoh paling common ialah Ajal
    kalau dah sampai ajal ko tak leh nak suruh malaikat maut tu bagi ko extra 5 minit sebab ko nak tulis wasiat bagai
    same goes to JODOH

    Kalau tertulis jodoh ko umur 23 ko nak ngelak camne pun ko tetap kawen umor 23
    kalau jodoh ko tak sampai-sampai lagik walau ko dah cecah 40
    ko paham-paham je la memang jodoh ko belum sampai lagi

    so?

    apa nak kecoh umur 26 tak kawen lagi?? 
    (tak pasal-pasal kena mention -.-')

     kat sini meh aku cerite kat korang
    sepanjang aku sambung master ni korang rasa berapa ramai member seusia aku yang turut amek master dah kawen? yang akan kawen? dan yang sedang merancang untuk berkawen?
    2?
    3?
    10?

    lebih dari yang korang sangka kan 

    so jangan pepandai nak kata aku lambat kawen sebab aku amek master

    YEs memang lelaki takut nak dekat ngan pompuan yang belajar tinggi2
    so masalah aku ke?
    should i uneducated kan diri i ni sebab nk lelaki dekat ke?
    Hell no! that is very cheap ok?

    korang kena ingat yang:
    1) further study bukan penghalang jodoh macam yg korang set kan dalam mind korang tu
    2) bukan semua student master/PhD katak bawah tempurung/anti sosial
    3) lambat kawen sebab nk fokus belajar?

    Further study bukan penghalang jodoh
    back to basic

    ajal  maut jodoh pertemuan di tangan Allah
    so bile korang cakap study tinggi-tinggi ni lambat kawen means korang dah mempersoalkan kerja Allah
    hebat sangat ke korang nk persoalkan ketentuan dari Dia?

    not to mention
    Rasulullah saw pernah cakap
    "tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China"

    so obvious tak ilmu tu pun tuntutan dalam agama?
    Student master/PhD anti-sosial?

    korang seyes sure confirm ke statement korang ni?
    korang tak pernah dengar cerite budak U rajin pegi clubbing??
    (aku memang tak pegi la but ramai yang pegi ok-anti sosial ke?)

    cuber korang tengok budak U dulu dan sekarang
    tiap-tiap minggu naik genting main theme park
    setahun tah berapa kali pegi piknik dengan member-member 
    tak masuk lagi buat reunion sekolah rendah
    follow dengan reunion sekolah menengah
    pastu bulan depan plak reunion matrik

    tu belum masuk aktiviti luar yang dorang join sampai terbang satu malaysia
    join sport
    tengok F1
    tengok motor GP (tenkiu Im ajak i tengok masa kite degree dulu)

    so anti sosial ke?
    teringin plak nak tahu orang yg cakap budak master ni anti sosial ni macam mane cara dia bersosial yekk

    Lambat kawen sebab nak fokus kat study

    yang ni tak dinafikan memang ramai yang nk fokus study maka nye dia letak soal kawen no 2
    but

    aku pun ada je kawan yang time degree dah kawen
    siap ada anak sorang lagik
    time final exam leh bawak perut masuk dewan
    tu time degree yek

    time amek master plak ada je yang siap bawak anak datang lab
    buat keje sambil jaga anak

    so 
    bukan semua orang sama
    bukan semua orang adalah seperti yang korang pikirkan

    ok meh kite bincang tenang-tenang kenapa perempuan sekarang suke belajar tinggi-tinggi

    1- bukan tak trust lelaki untuk tanggung mereka. Tapi ni untuk masa depan mereka betul tak? Ada je kes-kes yang sebulan kawen laki dah tak panjang umur. Kalau perempuan tak tau nak berdikari/ takde keje/ tak reti carik keje- sape nak tanggung? Tambah plak yang anak berderet. Kalau bini keje biase-biase je tapi dah jadik ibu tunggal tak ke suffer nak besarkan 10 orang anak sorang2?
    ni bukan aku kata-ni banyak keluar kat TV/berita/radio

    *apa? korang tak pernah dengar? Mungkin korang kena kurangkan aktiviti sosial korang dan lebihkan tengok berita kt TV or at least baca newspaper
    kikikikikikiki

    ok enuff laugh

    2. Selain daripada ajal maut yang memisahkan suami isteri- jangan lupe ada satu jenis makhluk perosak yang attracted to sum1 else hubby/ sum1 else wifey.
    So naseb korang cane lepas tu? 
    Jangan tanya aku, korang pikir sendiri

    sure korang akan cakap
    belajar tinggi-tinggi pun tak jamin laki ko tak cari pompuan lain kan?

    Yes memang tak jamin pun
    But 
    at least aku leh jamin masa depan aku sendiri (InsyaAllah) tanpa perlu bergantung pada orang lain

    then korang akan cakap

    belajar tinggi pun nanti masuk dapur gak

    korang ingat yang belajar tak berapa nak tinggi tu masuk dapur sangat ker?

    apa kaitan dapur dgn ketinggian education korang
    oh pelissss jangan meng'kuno'kan pemikiran korang yg korang anggap moden sgt tu okeh?

    aku dari dulu sampai sekarang pun masuk je dapur
    hari-hari masuk dapur masak tarak hal punye
    kekerapan aku masak adalah lebih kerap berbanding perempuan yang tak habes sekolah masak
    tak percaya?
    ada aku kesah?

    tak yah la korang ingat aku belajar tinggi ni sebab sebab tak nak masuk dapur
    haprak sungguh mindset korang
    dan
    korang akan cakap
    kalau tak usaha memang takkan dapat jodoh??
    ye betul tapi korang kena ingat jugak
    apa jenis usaha yang korang buat untuk dapatkan jodoh? pegi club? lepak2 kat KLCC? tunggu mamat hensem datang tegur korang minta no tepon? adakah itu usaha korang??

    korang usaha la macam mane pun tapi make sure usaha korang tu di landasan yang betul
    dan paling penting letak Allah no 1 dalam usaha-usaha korang nak cepat kawen tu

    kalau Allah tak izin korang tetap tak kawen walaupun dah berpuluh laki korang kenal betul tak?
    Dengan izin Allah gak la 
    walau pun korang baru kenal sorang laki, dah boleh dh korang kawen-again "izin Allah"

    So lastly aku nk conclude kan kat korang:

    1-ubah la mindset korang tu sebab ia tak menjamin apa-apa pun
    2- it's good that u concern and care about your single buddy-but its better to respect her/his personal life
    3-bersederhana la dalam apa pun yg korang buat + yg korang pikir
    4-remind yourself that- bukan semua orang berfikir macam korang dan ingat yang korang pun tak berfikir macam semua orang yang lain
    5-Untuk dapatkan jodoh memang kite kena usaha + tawakal dan paling penting -Izin Allah
    6- Jodoh dan ilmu- 2 perkara yang dituntut dalam islam. So, jangan la korang abaikan salah satu demi mencapai yang satu lagik.


    p/s: isu ni memang takkan habis kan?

    Thursday, August 18, 2011

    First Giveway By Tengkunizam | Rakan Blogger Klik1Malaysia




    Salam korang semua

    Farah still kat lab lagik walaupun waktu bekerja habes jam 5
    Kat luar tu hujan tengah lebat diiringi guruh yg sangat kuat
    makanya takuuutttt la nak jalan kaki balik sengsorang

    Luckily got 1 friend ajak berbuka sama2 kat opis ni ha

    So i guess berbuka kt sini je la baru balik

    BTW kali ni Farah nk join

    ni GA pertama dia tpi hadiah dah gempak2 okehhh
    Sure la Farah nak join!

    Farah teringin nak hadiah yg photoshoot tu

    Macam best plak kn heheheh

    So sini Farah tag 2 orang member blogger Farah untuk Join

    pe lagi korang join la
    mane tau menang gak kan?





    Tuesday, August 16, 2011

    #1 GiveAway Kecik : Love and You


    Assalammualaikum

    Tadi sempat buat blog walking and guess what?
    Cik Mot ada wat giveaway
    and hari ni last day plak tu
    >.<

    hadiah dia yang kat bawah ni ha


    comel giler kan?
    sebab comel gile la Farah nakkkkkkk menang giveaway kecik ni!

    boleh tak?
    boleh la *sambil buat mata blink blink kat cik mot*

    to cik mot: kesian henpon Farah, dia teringggggiiiin sangat nak accessory ni

    *henpon pun berusaha buat mata blink blink kt cik mot*





    Rileks Sebentar Mau Promote Blog Anda






    assalamualaikum

    Selamat Pagi korang semua

    Releks Sebentar ada anjurkan satu segmen

    "mau promote blog anda"

    ni segmen ke-2 Farah join

    *segmen mode*

    Dalam segmen ni Releks Sebentar akan terjah blog2 yang join dengan tujuan nak promotekan blog tu jugak. So best kan? Kalau korang nak join gak segmen ni (join je tak rugi ape pun) korang leh right klik sini or klik je kt banner atas tu okeh?


    Monday, August 15, 2011

    Churp Churp the blue bird yg comel






    Entry kali ni Farah nak ceriter tentang Churp Churp
    Untuk otai2 blogger sure dah kenal sangat blue bird yang comel loteh ni kan?

    Tapi untuk adik2 yang masih newbie dalam blogging ni, meh Kak Farah (kakak? *blush blush) story telling tentang kisah burung yang comel ni

    Apa itu Churp Churp
    tweet bird




    Churp Churp ni adalah satu social sharing website yang memang menjadi best friend kepada blogger2 semua. Dia datang sepakej sekali dengan Nuffnang. 
    So kalau korang join Nuffnang sure korang tau Churp Churp ni kan?

    Dekat Churp Churp ni korang leh share event2 yang happening, trend2 dan brand2 yang baek punyer dengan campaign2 yang dorang sediakan. Sebagai member kepada Churp Churp ni jugak kite leh join contest2 dan event2 bersama-sama dengan Churpers yang lain. So boleh meramaikan kenalan lagik. 
    Best tak? best kan kan kan 


    Untuk join Churp Churp ni tak semestinyer korang kena ada blog.
     Ada Facebook or Twitter je pun cukup la asalkan korang ada social media network. Sebab Churp Churp ni kan base on sharing kan? So medium paling mudah untuk share ialah through online media macam Yahoo Messenger, IM, Friendster, Facebook, Twitter and Blog.

    Apa benefit yang saya dapat jadi Churpers ni?
    Banyak rewards yang kite dapat join Churpers ni. Setiap campaign yang kite share dengan kawan-kawan kite melalui Facebook, Blog, YM, IM dan sebagainyer, kite akan dapat rewards depends pada apa yang campaign tu offer. Nak tau rewards dia korang kena la join.

    Saya nak join, tapi x reti. Help me! Help! Help!

    Senang je. Kalau korang nak join leh right klik kat sini
    Jangan lupe join Nuffnang sekali yek ^^ 

    Antara campaign-campaign yang best kt Churp Churp
    Saya sayang kereta saya! Saya nak kereta saya beraya bersama-sama!

    Untuk driver-driver yang cool, cute dan bergaya ; korang leh tintedkan kereta kesayangan korang hanya dengan RM550  180 
    untuk Raytech Car Tint dengan teknologi terkini daripada USA. 
    Antara yang best tentang teknologi ni ialah dia ada 99% reduction of UV light 
    (protect your car and your skin while driving)

    korang leh usha Tawaran MAD Deal dengan right klik kat sini

    Bersantai di hujung minggu
    Offer MAD Deal yang sangat-sangat MAD!

    Korang leh dapatkan 90 minit pakej 

    FACIAL + TONING & FIRMING RADIO DERMAL TREATMENT+ EYE TREATMENT + EAR CANDLING+ RM!)) FACIAL PACKAGE VOUCHER dari Aleema Beauty, Wangsa Maju dengan hanya membayar RM498 59
    sangat-sangat yang amat berbaloi untuk kite ramai-ramai serbu Aleema Beauty sebagai salah satu persiapan untuk nampak gojes di pagi raya!

    berminat? korang leh terjah sini


    Pengguna iPhone

    Dengan hanya RM39 instead of RM89, korang leh dapatkan Nino Signature Series Handmade Leather Vest utnuk iPhone korang yang terchenta tu

    Selain tu korang pun akan dapat Anti-glare Screen Protector + Free Shipping Nationwide daripada Mobile Element Distribution Enterprise 

    YES, sume tu dengan harga RM89 39 jerr
    Nak jugak? leh right klik kat sini

    Last but not least
    Tawaran MAD Deal hanya RM25 instead of RM613 untuk 1 jam pakej ni

    EssentialSoft Facial Treatment & Eye, Neck, Hand Treatment + 1 jam De-stress aromatherapy Body Treatment + 15 minit detoksification Foot Spa
    All these in 1 package at RM25 at Resume Face, Body & Spa, e-Gate
    Klik sini untuk grab package yang cool ni


    p/s: selamat menjalani ibadah puasa di hari yg ke-15. Jangan puasa yang yang yok sudahh

    Sunday, August 14, 2011

    Segmen Promosi Blog 500 Follower ke Bawah





    Assalamualaikum & Selamat pagi semua

    Anif Abdullah ada anjurkan satu segmen yg bertajuk 
    "Segmen Promosi Blog 500 Follower ke Bawah".

    Tujuan segmen ni ialah;

    1. meningkatkan jumlah follower;- i.allah boleh meningkatkan traffic blog juge 
    2. Supaya blogger2 especially new blogger boleh blogwalking aka blog travelling kt blog member2 yg lain. 
    3. Silaturrahim among bloggers

    It is a fun segment yg for sure Farah tak nak miss segmen ni. ^^

    Nama: Farah Liyana
    Hobi: window shopping, movie watching, book reading & travelling

    Farah tag 2 member Farah untuk segmen ni
    1. Amira
    2. Syaida

    Pada sesiap yg berminat nk join, korang leh right klik sini
    p/s: 1st time join segmen cenggini. Can't wait ^^

    Monday, August 08, 2011

    From Kenny Rogers to Sambal Hijau with ♥♥♥!


    Salam Ramadhan semua 

    Hari ni dah masuk minggu ke-2 kite berpuasa. Alhamdulillah selama seminggu ni semuanya berjalan lancar. 
    Weekend yang lepas memang tak masak pun untuk berbuka (sebab berbuka kat luar). Cuma masak untuk sahur je (Alhamdulillah ^^)

    Sabtu: Last minute plan~ leh plak nak gi makan kat Kenny Rogers (I guess sum1 miss the food here =p)

    Ni pic2 food yang kitorang order hari tu. Macam biase la, kalau makan kat sini sure confirm akan order quater meal dia. At first, Farah order Balinese Gravy, tapi bila adik yg amek order tu cakap dia masam2 sikit, terus Farah change to black paper gravy. Black paper ni memang feveret dari dulu lagi.

    Ash's meal


    ni yang Farah order; every time pun side dishes pun sama je: baked beans, sweet corn and carrot and fruit


    piah's meal; macaroni dia sedap jgk
    our muffin; chocolate, vanilla and banana-sure la xhbes so tapauuuuu


     at the end of the day dapat apply Bpoint card. Walaupun kedengaran kurang femes diketika ini, tpi sebab dengar point terus apply =p


    After berbuka sempat la jalan2 sekejap sambil cuci mata. Just a relaxing hang out. Balik rumah hati riang gumbira. Jangan tanya kenapa, sbb Farah sendiri tak tahu kenapa. hehehehehe


    Ahad; Yang ni bukan last minute planning. this is 1 week planning and suggested by cik Fae mung Saranghye ♥ dan direalisasikan oleh gadis2 ayu ash-cuk, piah-cuk dan kak As anggun yang beroperasi bersama2 di hari kejadian. 

    Majlis berbuka puasa ala2 Reunion budak2 Lab-UM ni disertai (skema) oleh budak2 lab dari generasi terawal sampai la latest generasi (current). 

    Lokasi pilihan ialah Restoran Sambal Hijau yang terletak di Sg. Penchala. Restoran ni sebelah Masjid Kuning aka Masjid Jamek, so senang jugak la nak cari walaupun semalam first time Farah sampai sini.


    Lokasi pilihan: Restoran Sambal Hijau
    Menu pilihan

    Ayam dara masak lemak cili api; serious sedap


    ikan keli


    tempe dan tauhu


    Sambal telur puyuh;i Like!


    ikan pari bakar; feveret!


    Udang masak lemak cili api; top feveret!

    Bandung cincau; terbaik ^^


    the girls


    2 generasi


    reunion dan special guest ^^

    us ^^
    Million thanks atas kesudian meramaikan majlis. To Papa J, tenkiu sbb sporting melayan kereneh kami hehehe.....

    p/s:  ♥ korang semua!


    *tenkiu to ash & im for the lurvely pictures ^^

    Thursday, August 04, 2011

    new hair cut with MAD DEAL!





    Hello and selamat sahur geng2 sekelian

    hari ni just a simple entry untuk bagitau korang yang nak tukar hair style korang

    MAD DEAL ada bagi offer ONLY RM155 46.50 untuk korang 
    CUT + HAIRWASH + TREATMENT + STYLE kan rambut korang yang gojes tu untuk nampak lagi gojes

    korang leh klik sini untuk baca maklumat lanjut. It's just as simple as that. Then korang leh g potong rambut dan dapatkan hair cut yang di idam-idam kan

    Promosi ni berakhir selepas 3 hari 
    klik sini untuk maklumat lanjut

    p/s: tak sampai seminggu puasa dan berangan nak rambut raya. *standard la tuuu*

    Tuesday, August 02, 2011

    Diet & Puasa


    Salam semua,

    Hari ni 2 Ramadhan, means ada 28 hari lagi baru nak raya kan? So dalam masa 28 hari ni sempat tak nak diet? a.k.a nak kuruskan badan

    tak sempat??? Sape kata! Sempat la hehehe 
    sempat jika kite diet dengan cara yang betul iaitu amalkan pemakanan seimbang

    "Balik-balik pemakanan seimbang. Apa tu pemakanan seimbang?"

    Pemakanan seimbang ni means kite ambil makanan yg mengandungi semua nutrien/zat yang diperlukan oleh badan kite tapi dalam kuantiti tertentu
    Contohnyer kombinasi makanan tu mesti ada karbohidrat sikit, protein, zat besi, vitamin C dll.
    ........................................

    Sepanjang bulan puasa ni memang terbaik la kalau kite nak manfaatkan diet seimbang ni

    bile kite puasa automatically boleh bantu kite kawal pemakanan. 
    Contohnyer kalau tak puase kite makan brape kali sehari?

    Yang wajib
    breakfast
    lunch 
    minum petang
    dinner 

    Yang extra
    jajan between breakfast dan lunch
    makan goreng pisang lepas lunch
    makan megi after dinner
    supper burger 12 tgh malam

    *ada sesape terasa tak, hehehe*
    ..........................................................

    So bulan puasa ni la time terbaek untuk kite control kekerapan kite makan, terutama sekali buang terus tabiat makan makanan yg berkolesterol tinggi
    am i right??

    so ni Farah listkan tips untuk korang diet khas untuk bulan puasa

    Sahur

    Sebagai tambahan kepada nasi yang wajib kite makan time sahur, korang leh try ambil makanan yang berfiber tinggi sebab makanan jenis ni mengambil masa yang lama untuk hadam. Ini akan memberikan korang rasa kenyang berjam-jam dan elakkan rasa lapar time puase.
    Contoh makanan fiber tinggi ni ialah; 
    barli, gandum, oat, kekacang, badam dan pelbagai produk bijirin, sayur-sayuran seperti bayam, pucuk ubi, dan buah-buahan seperti kurma, apricot, dan buah prun.

    time masak tu PLEASE kurangkan garam sebab makanan yang bergaram tinggi (ewah) a.k.a masin boleh buatkan kite rasa dahaga di siang hari.

    So formula untuk sahur = more high fiber food + lauk yang less salt 

    buka puasa

    ikut style Rasulullah saw= kurma + air suam
    pastu leh makan makanan yang mudah di hadam diikuti dengan yang sederhana secara slowly atau berkala. 
    Adalah lebih baik solat maghrib then baru makan nasi. 

    (Kuantiti nasi juga dikurangkan)

    Simple je kan?
    Tapi Ingat! pemakanan seimbang tu ada sayur-daging/ayam/seafood-buah-buahan dan penting untuk AVOID makanan yg berlemak, bergoreng dan yg manis

    ni apa yang Farah buat setakat ni;

    sahur
    nasi 1 senduk
    sayur
    daging/ayam/seafood
    nestum
    spirulina (as supplement)

    buka puasa
    air suam
    kurma
    buah-buahan
    nasi 1 senduk
    sayur
    daging/ayam/seafood


    kebiasaan yang Farah buat dari sebelum puasa lagi ialah kurangkan kuantiti nasi dan lauk yang berminyak. Farah akan lebihkan protein (yg sesuai mcm tempe) dan sedikit daging/ayam/seafood.

    Korang leh jugak try research diet tips yang lain sebagai tambahan pada apa yang Farah sharekan kat sini.

    p/s: Manfaatkan puasa untuk memperkukuhkan iman dan memantapkan kerohanian serta upgrade kesihatan fizikal kite.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    COPYRIGHT (C) 2011-2012. All Right Reserved by Farah Liyana